{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Jenayah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Jenayah


Polis kenal pasti suspek tembak pengasas Ambank

Posted: 30 Jul 2013 10:13 PM PDT

Oleh ILAH HAFIZ ABD. AZIZ

KUALA LUMPUR 31 Julai - Polis telah mengenal pasti seorang suspek yang disyaki menembak mati pengasas bank Ambank, Hussain Ahmad Najadi, 75, di Jalan Ceylon di sini kelmarin.

Ketua Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek berkenaan dikenal pasti selepas polis menahan seorang pemandu teksi di sebuah kedai kopi di Seri Petaling.

"Pemandu teksi itu dipercayai menjadi individu yang membawa suspek selepas kejadian tembak itu di depan sebuah tokong di Jalan Ceylon," katanya. - UTUSAN ONLINE

Lima maut selepas pulang beli baju raya

Posted: 30 Jul 2013 07:41 PM PDT

KULAIJAYA 31 Julai - Hajat enam sekawan untuk beraya tidak kesampaian apabila lima daripada mereka maut dalam satu kemalangan di Kilometer 21, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam ke arah Johor Bahru berhampiran Senai, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi tadi, kenderaan yang dinaiki dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok serta tiang lampu di tengah pembahagi jalan.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, mangsa dipercayai baru sahaja pulang daripada membeli-belah persiapan raya di Pandan, di sini, berdasarkan beberapa bungkusan plastik mengandungi pakaian baharu ditemui di lokasi kejadian.

"Mereka yang maut adalah pemandu dan empat penumpang lain, manakala seorang lagi cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kulaijaya untuk mendapatkan rawatan.

"Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zulkefly, mangsa yang maut ialah pemandu, Mohd. Fadzli Mohd. Fakri, 20 dan empat penumpang iaitu Hairul Adham Hamidan, 26; Nazierul Khalies Mohd. Ashari, 19 serta Nor'ain Alias, 23; manakala maklumat mengenai seorang lagi mangsa belum diperoleh.

Katanya, mangsaa yang cedera parah ialah Nor Syarifah Hazwani Bardaidi, 21. - UTUSAN

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat