Kosmo Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Hiburan |
- Pertaruhan bakat Zizan, Lisa, Fizz
- Majlis berbuka puasa Hot FM meriah
- Diana Amir nikah tahun ini juga
Pertaruhan bakat Zizan, Lisa, Fizz Posted: Pertaruhan bakat Zizan, Lisa, FizzSPIDERMAN, Superman dan Batman antara naskhah adi wira popular yang telah banyak kali menukar teraju utamanya. Tidak salah untuk menyatakan bahawa setiap penerbitan siri filem adi wira tersebut mengikut zon zaman berbeza memberikan impak yang berasingan, malah penceritaan juga dinamik dan sering diolah supaya kena dengan situasi semasa. Begitu juga sekuel kedua filem Cicakman iaitu Cicakman 3 yang bakal memula- kan penggambaran tidak lama lagi. Tiga teraju utama asal iaitu Saiful Apek, Fasha Sandha dan Aznil Nawawi masing-masing kini diganti oleh Zizan Razak, Lisa Surihani dan Fizz Fairuz. Ramai yang barangkali menyangka bahawa Cicakman 3 menampilkan karakter baharu menggantikan watak asal Hairi (lakonan Saiful Apek) menerusi Cicakman dan sekuelnya, Cicakman 2 - Planet Hitam yang merupakan adiwira Cicakman di bandar Metrofulus. Hakikatnya, menurut pengarah Cicakman 3, Yusri Abdul Halim, filem itu pada dasarnya adalah kesinambungan kepada kehidupan adi wira Cicakman baharu dan watak Hairi yang digalas Saiful Apek sebelum ini tidak dimatikan secara total. "Karakter Hairi (Saiful Apek) dikatakan telah merajuk dan berjauh hati untuk terus berkhidmat sebagai Cicakman, namun dia bakal digantikan oleh Man yang dilakonkan oleh Zizan," ujarnya yang ditemui pada majlis sidang akhbar pengumuman Cicakman 3 di Peninsula Residence, Kuala Lumpur baru-baru ini. Mengulas lebih lanjut perkembangan karakter Man atau Cicakman, heroin baharu Linda dan watak antagonis Adam atau SuperBro, Zizan, Lisa dan Fizz berkongsi pandangan. Zizan enggan dibayangi Apek Perbandingan pastinya perkara pokok yang timbul setiap kali muncul sekuel adi wira dan Zizan harus mengakui situasi itu sedikit sebanyak akan tercetus apabila filem tersebut ditayangkan kelak. "Apek ada karakter dan bahasa badan dia sendiri sebagai seorang Cicakman. Begitu juga saya, maka masing-masing mempunyai keunikan sendiri dan penonton harus akur akan hal ini. "Soal perbandingan sudah menjadi kelaziman tapi anggap saja sekuel baharu adalah permulaan dan penerimaan watak baharu," jelasnya.
Menerima tawaran membintangi Cicakman 3, kata Zizan, selain mempunyai skrip dan jalan cerita yang menarik, filem itu juga merealisasikan impiannya bergandingan dengan Lisa Surihani sebagai pasangan suami isteri. "Pertama kali saya melakonkan watak sebagai seorang suami dan itu juga antara sebabnya saya menerima tawaran ini. "Berlakon dengan Lisa yang kehidupan realitinya seorang isteri kepada penga- rah filem ini perlu profesional. Memang mula-mula rasa kekok tapi saya membayangkan saya bercinta dengan watak Linda bukannya Lisa. "Untuk menjadi seorang adi wira, seseorang itu perlulah kental dan harus bersedia luar dan dalam. Saya bangga, terkejut dan teruja untuk mula beraksi dalam Cicakman 3," kata Zizan yang cuba untuk melakukan lagak ngerinya sendiri. Yusri minta Lisa mesra Bekerja di bawah arahan suami sendiri pada mulanya bukan perkara mudah bagi Lisa Surihani. Namun, bagi pendukung watak Linda dalam Cicakman 3, dia menganggap situasi itu sebagai tanggungjawabnya sebagai anak seni. "Saya teruja sebenarnya untuk bekerja di bawah arahan suami sendiri. Di set penggambaran kami adalah pekerja dan perlu profesional tapi apabila di rumah hubungan kami adalah suami isteri. "Yusri merupakan seorang yang terbuka terutama proses manipulasi watak. Di depan dia sendiri saya dan Zizan membina keserasian dan dia yang mengarahkan untuk saya lebih mesra dengan watak utama iaitu Man. "Ketika sesi bacaan skrip awal juga, Yusri yang memberikan nama timang- timangan manja untuk saya dan Zizan supaya lebih nampak semula jadi. "Sejujurnya, memang kami tiada isu untuk saya berlakon bersama lelaki lain sementelah memegang watak sebagai seorang isteri. "Yusri bukan seorang yang senang cemburu dan apa saja yang pengarah mahukan saya sebagai pelakon perlu mencuba walaupun pengarah itu bukan suami saya sendiri," tegasnya. Lisa menyifatkan watak Linda seorang yang idealis dan mencintai Man disebabkan sifat jejaka itu yang kelakar, malah watak tersebut bukan seorang wanita yang terlalu kompleks.
Fizz adiwira kedua Muncul sebagai SuperBro dalam Cicakman 3, watak itu bertindak sebagai iaitu adiwira baharu di bandar Metro- fulus iaitu SuperBro selepas ketiadaan Cicakman (Hairi). Namun, Adam bertukar menjadi antagonis apabila Cicakman baharu iaitu Man muncul. Berpeluang bergandingan dengan Zizan, Fizz mengakui cukup teruja kerana mereka pernah bergandingan dalam filem Hantu Kapcai pada tahun lalu. "Saya dan Zizan pernah digandingkan bersama sebelum ini dan rasanya tidak sukar untuk saya 'menumpaskan' dia sebagai lawan saya kali ini. "Apabila ditawarkan watak seorang anggota polis bernama Adam yang juga merupakan adi wira baharu di kota Metrofulus iaitu SuperBro, adalah sukar untuk saya menolak tawaran ini. "Watak Adam sedikit kompleks berbanding watak Man yang berubah menjadi Cicakman. Adam pada masa sama menjadi SuperBro tapi di lain ketika cuba merebut kembali cintanya kepada Linda," tambahnya. Cicakman 3 amat relevan dengan latar emosi manusia yang mempunyai jenaka, drama, konflik kekeluargaan, dendam, cinta dan tamakkan kuasa. Filem itu mengisahkan Man, peminat tegar Cicakman yang kecewa kerana terpaksa berpisah dengan isterinya, Linda dan anaknya, Boboy lalu cuba membuktikan dia mampu berubah. Keadaan semakin tertekan apabila Adam, bekas rakan persekolahan mereka cuba memenangi hati Linda, namun kehidupan Man pula berubah apabila dia menemui sebuah kotak rahsia peninggalan Cicakman dan Man belajar menjadi Cicakman baharu. | ||
Majlis berbuka puasa Hot FM meriah Posted: Majlis berbuka puasa Hot FM meriahOleh RONI HIDAYAT RIDWAN SESI bergambar bersama barisan penyampai radio Hot FM, artis dan kanak-kanak dari rumah Anak Yatim Damai, Kuang, Selangor selepas selesai berbuka puasa. SEMPENA kehadiran bulan Ramadan yang mulia ini, tidak dinafikan pelbagai pihak menganjurkan majlis berbuka puasa bersama-sama golongan kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim. Pada 17 Julai lalu, stesen radio popular Hot FM memeriahkan lagi suasana bulan yang mulia ini dengan majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim Damai, Kuang, Selangor yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara. Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul berkata, setiap kali bulan Ramadan tiap- tiap tahun, Hot FM tidak pernah ketinggalan menganjurkan majlis sedemi- kian. "Ini merupakan tahun keempat Hot FM mengambil kesempatan untuk berbuka puasa bersama dengan anak-anak yatim dan pada masa yang sama meraikan rakan-rakan media yang banyak menyokong kami selama ini. "Kali ini, majlis yang dianjurkan juga sedikit berbeza kerana diadakan dalam suasana yang lebih meriah dengan kehadiran kira-kira 300 tetamu," ujarnya ketika ditemui selepas majlis berakhir. Menurut Seelan, majlis berkenaan menjadi lebih menarik apabila ia turut dihadiri oleh barisan penyampai radio Hot FM seperti Fara Fauzana, Kieran, Sharifah Aleya, Ikhwan, Chad dan Deen. Ujarnya, dengan kemunculan beberapa penyampai radio Hot FM semasa majlis tersebut ternyata memberi peluang kepada mereka untuk bermesra dengan tetamu serta anak-anak yatim yang hadir. "Tidak dinafikan ada antara penyampai yang mempunyai jadual yang padat untuk memenuhi pelbagai undangan berbuka puasa, namun mereka masih tetap meluangkan masa untuk memeriahkan majlis ini," ujarnya. (BERDIRI tiga dari kiri): Fara, Aleya, Deen dan Kieran sibuk melayan tetamu yang hadir pada majlis berbuka puasa anjuran stesen Hot FM. Sementara itu, Fara Fauzana yang ditemui menyatakan bahawa dia cukup teruja dan gembira kerana berpeluang untuk mendekati golongan kurang bernasib baik. Jelas Fara, biar sesibuk mana sekali- pun jadual hariannya sebagai penyampai radio dan pengacara, dia seboleh-bolehnya memang mahu hadir pada majlis yang membabitkan anak-anak yatim. "Secara kebetulan, saya memang tidak terbabit dengan sebarang aktiviti hari ini. Jadi, saya bersyukur kerana berpeluang untuk memeriahkan lagi majlis yang dianjurkan ini," ujarnya. Program raya Pada majlis tersebut, Seelan turut ditanya mengenai program-program menarik yang akan disiarkan di stesen radio Hot FM sepanjang sambutan Aidilfitri nanti. Jelas Seelan, untuk menampilkan sedikit kelainan berbanding stesen-stesen radio yang lain, pihaknya akan menyiar- kan beberapa program istimewa untuk para pendengar. "Pengisian program sepanjang Aidilfitri pastinya menarik untuk diikuti, terutamanya ketika pendengar yang beragama Islam dalam perjalanan berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat semasa beraya. "Selain itu, kami juga sudah merancang untuk tidak menyiarkan terlalu banyak lagu raya seperti tahun-tahun sebelum ini. Namun begitu, dengan pengisian program yang telah diaturkan, kami yakin ia mampu menghiburkan pendengar," ujarnya. Antara program yang akan disiarkan di stesen Hot FM sepanjang Aidilfitri ini seperti Hot FM Akustika Raya, In Person Bersama Nicholas Saputra, Hero Aidilfitri, Hot FM 30 Edisi Raya, ND Lala & Shila Amzah Di Raya Paling Hangat, 4 Suara dan Aidilfitri Di Perantauan. | ||
Diana Amir nikah tahun ini juga Posted: Diana Amir nikah tahun ini jugaOleh RONI HIDAYAT RIDWAN
SEMENJAK mengambil keputusan untuk berhijab kira-kira dua tahun lalu, ternyata pelakon Diana Amir sudah agak jarang muncul di kaca televisyen atau layar perak. Berkesempatan menemui Diana pada majlis berbuka puasa anjuran Metrowealth baru-baru ini, dia mengakui terpaksa menolak banyak tawaran berlakon lantaran watak yang kurang sesuai. Kali terakhir berlakon dalam filem Salam Cinta pada tahun lalu, Diana menyatakan, sehingga kini dia masih lagi aktif berlakon dan kekal bernaung di bawah Metrowealth sehingga bulan Februari 2015. Diana yang turut bergelar pengacara rancangan SIS terbitan TV9 itu berkata, kini dia masih lagi menunggu sekiranya ada tawaran yang memerlukannya membawa watak yang sesuai dengan penampilannya sekarang. Kosmo!: Ketika ini Diana dilihat seperti sudah tidak aktif berlakon. Adakah Diana mahu melupakan terus bidang lakonan? DIANA: Perkara tersebut memang benar-benar terjadi sejak saya mengubah penampilan kepada bertudung sekarang. Tawaran berlakon masih lagi ada, cuma watak yang diberikan tidak sesuai dengan penampilan saya. Bagaimanapun, saya tidaklah terlalu memilih sangat apabila ditawarkan berlakon dan tidak semestinya saya memilih drama atau filem yang berbentuk keagamaan. Asalkan jalan ceritanya yang memberi mesej positif kepada penonton pun saya terima. Adakah Diana pernah mengadakan perbincangan tentang masa depan karier lakonan anda dengan Metrowealth? Saya pernah berbincang dengan bos Metrowealth iaitu David Teo tentang karier saya. Kemudian dia memberitahu bahawa setakat ini masih belum ada filem atau drama yang sesuai untuk ditawarkan kepada saya. Sebenarnya saya tidak kisah kalau tidak banyak mendapat tawaran kerana percaya rezeki itu di tangan Allah. Lagipun, kalau tidak berlakon saya masih ada lagi punca pendapatan lain untuk menampung kehidupan seharian saya.
Memandangkan anda tidak aktif berlakon, apakah aktiviti yang dilakukan sekarang? Baru-baru ini saya baru sahaja menerbitkan sebuah buku motivasi berjudul Titisan Mahabbah terbitan Mustread Publication yang telah dilancarkan kira-kira dua minggu lalu dan sambutan yang diterima memang sangat memberangsangkan. Selain itu, saya juga menjalankan perniagaan menjual tudung jenama Emel secara dalam talian serta diundang untuk memberi ceramah tentang etika dan ketrampilan wanita di beberapa syarikat korporat. Anda sudah mengikat tali pertunangan dengan Mohd. Habib Bullah A. Rahman pada tahun lalu. Jadi, bilakah kalian akan melangsungkan perkahwinan? Kalau mengikut kepada perbincangan semasa bertunang dahulu, memang kami ikat selama setahun dan sepatutnya perkahwinan akan dilangsungkan pada bulan September depan. Bagaimanapun, perancangan tersebut terpaksa ditangguhkan kerana persediaan perkahwinan masih belum dilakukan lagi. Sebenarnya saya tidak mahu tangguh lama-lama dan kalau boleh saya tetap ingin berkahwin pada tahun ini. Lagipun sekarang saya sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri tetapi sebagai seorang wanita saya cuma menunggu tarikh yang akan diberikan oleh tunang saya. Apakah aktiviti yang anda lakukan sepanjang bulan puasa? Sepanjang tempoh sebulan ini kelas agama bersama kumpulan Usrah Fitrah dihentikan buat sementara waktu untuk memberi tumpuan kepada amal ibadat. Ketika ini, saya bersama ahli Usrah Fitrah yang lain seperti Heliza Helmi, Irma Hasmie dan Yatt Hamzah bekerjasama dengan Masjid As-Syakirin di KLCC menganjurkan program tarbiah, solat tarawih dan qiamullail. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |