{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: Global

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: Global


Bayi gergasi pecah rekod

Posted: 30 Jul 2013 09:26 AM PDT

Berlin: Seorang bayi mempunyai berat 6.1 kilogram (kg) dan berukuran 57.4 sentimeter dilahirkan di Jerman pada 26 Julai lalu.

Bayi sebesar itu biasa dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, tetapi Jasleen dilahirkan secara normal.

Akhbar Der Spiegel melaporkan Jasleen dilahirkan di Hospital Universiti Leipzig dan ibu bayi itu berdepan masalah diabetes yang tidak dikesan.

Keadaan itu yang berlaku pada minggu ke-24 kehamilan boleh menyebabkan saiz bayi membesar lebih daripada biasa.

Foto

PETUGAS hospital memeriksa Jasleen yang mempunyai berat 6.1 kilogram.


Walaupun kedua-dua ibu dan anak terbabit dalam keadaan baik, Jasleen masih berada di unit rawatan neonatal.


Dia kini secara rasminya menjadi bayi baru lahir terbesar di Jerman memecahkan rekod bayi lelaki bernama Jihad yang dilahirkan di Berlin pada 2011 dengan berat 5.8 kilogram.

Seorang ibu rakyat Britain melahirkan seorang bayi lelaki bernama George dengan berat 6.8kg pada Mac lalu.

George dilahirkan secara semula jadi dan menjadi bayi baru lahir kedua terbesar di Britain.

Yang mengejutkan tiada siapa menyedari ibu George bakal mendapat anak yang besar.

"Dia adalah satu kejutan besar kepada saya.

"Secara jujur, saya tidak ingat langsung. Saya berasa sakit dan kemudian dia keluar. Saya hanya ingat saya meneran dengan kuat," katanya.

Menurut Buku Rekod Guiness, bayi baru lahir paling berat dilahirkan oleh wanita Kanada Anna Bates pada 1879.

Anak lelakinya mempunyai berat 10 kilogram ketika dilahirkan, tetapi meninggal 11 jam kemudian. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31

Cekup anak jumpa guru

Posted: 30 Jul 2013 09:19 AM PDT

London: Deria rasa seorang ibu mendorong seorang wanita cuba memerangkap dan mengejutkan anak perempuannya yang disyaki bercengkerama dengan pasangan lelaki.

Namun, perangkap itu wanita terbabit lebih terkejut apabila mendapati anak perempuannya membawa masuk seorang guru lelaki.


Media semalam melaporkan wanita terbabit keluar rumah seperti biasa, tetapi pulang jauh lebih awal untuk memerangkap anaknya. Sebaik tiba di rumah, wanita terbabit mencari pelajar lelaki yang disyaki menjadi pasangan anaknya yang baru berusia 16 tahun.

Selepas mencari di merata tempat, wanita itu akhirnya menemui seorang guru matematik bersembunyi di bawah katil remaja terbabit.

Kejadian berlaku pada hari terakhir penggal persekolahan.


Wanita itu kemudian menghubungi polis dan guru lelaki berusia 35 tahun berkenaan ditahan untuk siasatan di Bolton.

Sumber berkata, remaja perempuan dan guru matematik itu pulang ke rumah kerana menyangka tiada sesiapa di kediaman itu.

"Tetapi, ibunya pulang lebih awal daripada dijangka dan mengejutkan mereka.


"Dia masuk ke bilik anak perempuannya dan menemui guru berkenaan bersembunyi di bawah katil. Ia cukup mengejutkannya," katanya.


Sementara itu, guru besar sekolah berkenaan enggan menyatakan sama ada guru terbabit digantung perkhidmatan atau sebaliknya.


Bagaimanapun dia mengesahkan guru terbabit dinilai sebagai "luar biasa" dalam tugasannya di sekola. Pegawai di sekolah itu berkata, sekolah berkenaan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan dilakukan.


Siasatan dilakukan kurang dari sebulan selepas guru matematik Jeremy Forrest, 31, dipenjarakan kerana melarikan diri ke Perancis bersama seorang pelajar berusia 15 tahun. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat