{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Tingkat perkhidmatan buat rakyat

Posted: 29 Jul 2013 11:26 AM PDT

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my

HASNI Mohammad (tiga dari kiri) menyampaikan duit raya kepada anak yatim dalam Majlis Berbuka Puasa TNB Johor di Masjid Jamek Parit Ismail, Benut, Pontian, kelmarin.

PONTIAN 29 Julai - Jabatan dan agensi kerajaan termasuk syarikat milik kerajaan (GLC) diminta meningkatkan tahap perkhidmatan supaya memberikan kepuasan kepada pelanggan serta memenuhi harapan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, pengukuran kepuasan pelanggan bukan sahaja menerusi borang maklum balas tetapi juga dengan cara bertemu mereka secara langsung.

Beliau berkata, penganjuran program turun padang merupakan satu cara bagi sesebuah organisasi mendekati pelanggan, bukan sahaja mendekati mereka, malah mendengar dan menyelesaikan aduan yang diajukan.

"Langkah sedemikian akan meningkatkan penyampaian awam kepada orang ramai yang sentiasa ingin melihat setiap jabatan dan agensi kerajaan cekap serta berkesan dalam melaksanakan peranan masing-masing.

"Bagi memenuhi harapan rakyat, pihak pengurusan perlu sentiasa melihat keberkesanan operasi masing-masing termasuk GLC yang juga tidak terkecuali dengan gagasan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'," katanya pada Majlis Berbuka Puasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) Peringkat Negeri di Masjid Jamek Jalan Parit Ismail, Benut, di sini semalam.

Yang turut hadir Pengurus Besar TNB negeri, Datuk Ir. Mohd. Aminuddin Mohd. Amin dan Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon.

Pada majlis tersebut, TNB turut memberi sumbangan duit raya dan sumbangan barangan keperluan harian kepada 50 anak yatim dan 20 fakir miskin.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata, bagi GLC yang menawarkan perkhidmatan utiliti seperti TNB, Telekom Malaysia dan Syarikat Air Johor Sdn. Bhd. (SAJH), bayaran yang dikenakan perlu setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.

"Rakyat kini sedia untuk membayar keperluan seharian mereka namun dalam masa yang sama, mereka meminta masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan segera," katanya sambil berharap syarikat terbabit sentiasa mengadakan program turun padang bagi mendengar permasalahan yang dihadapi oleh pelanggan masing-masing.

Dalam pada itu, GLC yang berkemampuan juga digalakkan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi sama-sama membantu golongan yang memerlukan bukan sahaja pada Ramadan tetapi juga pada masa yang lain.

Bangunan Yayasan Lace Motor siap tahun depan

Posted: 29 Jul 2013 11:26 AM PDT

JOHOR BAHRU 29 Julai - Yayasan Lace Motor Datuk Hajah Rokiah akan memperluaskan program khidmat masyarakat bagi membantu golongan kurang berkemampuan sebaik sahaja bangunan yayasan tersebut di Kampung Melayu Majidee di sini beroperasi awal tahun depan.

Pengasasnya, Datuk Rokiah Omar berkata, bangunan lapan tingkat itu dibina di tanah seluas 0.2 hektar pada Januari 2011 dengan kos RM12 juta.

"Dengan adanya bangunan yayasan ini kelak lebih memudahkan lagi gerak kerja bagi menjalankan sebarang program kebajikan dan kerja amal.

"Yayasan akan terus membantu golongan kurang berkemampuan, ibu tunggal, anak yatim dan para pelajar bukan sahaja dalam kalangan orang Melayu tetapi kaum-kaum lain juga," katanya selepas menyampaikan sumbangan raya kepada penghuni Rumah Nur Ehsan, Kempas di sini semalam.

Yang turut hadir Pengurus Besar Lace Motor, Datuk Yahaya Jaafar; Pengasas Pusat Warga Emas Nur Ehsan, Sharipin Shalan dan Pengurus pusat berkenaan, Norijah Bidin.

Rokiah berkata, selain menempatkan pusat operasi bagi yayasan berkenaan, bangunan itu juga akan mempunyai 32 buah hotel butik, ruang pameran kenderaan dan bengkel.

Mengulas majlis tersebut, beliau berkata, yayasan itu telah memberi sumbangan baju raya, kuih-muih dan barangan keperluan harian kepada 72 penghuni rumah berkenaan.

"Ini merupakan program tahunan yang telah kami jalankan sejak lima tahun lalu dengan harapan dapat bersama-sama berkongsi kegembiraan menyambut Ramadan dan Syawal bersama penghuni rumah ini.

"Sebelum ini, yayasan turut menyumbangkan sebuah van bagi kegunaan pihak pengurusan rumah ini selain membina sebuah dewan terbuka serbaguna," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat