Harian Metro: Arena
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: Arena |
Posted: 30 Jul 2013 08:53 AM PDT Kuala Lumpur: "Kadang-kala ada pemain terpaksa berbuka puasa di tepi gelanggang saja". Itu antara cabaran bulan Ramadan perlu diharungi barisan pemain sepak takraw negara yang menjalani latihan bersama tiga kelab Thailand iaitu Chonburi, Kalasin dan Nakhon Pathom.
Isu pemain negara menghilangkan diri dari kelab Thailand dan pulang ke tanah air menarik perhatian pelbagai pihak dengan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sudah menggantung sementara tekong berbakat negara, Zulkifli Abd Razak yang menjadi pemain utama kelab Nakhon Pathom.
AKSI pemain Malaysia, Nazirul Akmal (kiri) melakukan rejaman sambil pemain Myanmar melakukan tampanan, kelmarin. "Saya rumuskan, semuanya berkaitan dengan sikap, disiplin dan komitmen yang semakin berkurangan. Sudah enam tahun saya cuba membawa masuk pemain dalam Liga Takraw Thailand (LTT) namun selepas pertama kali berjaya tahun ini sebaliknya pula yang berlaku. Mungkin pemain tidak nampak betapa bagusnya program yang dirancang ini.
Bagaimanapun Ahmad berkata, selepas mengadakan perbincangan dan memujuk pemain, hanya seorang (Zulkifli) yang tidak akan meneruskan program di Thailand yang dijangka berakhir pertengahan bulan depan.
|
Posted: 30 Jul 2013 08:29 AM PDT Dortmund, Jerman: Robert Lewandowski mendedahkan berdepan masalah dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Borussia Dortmund Aki Watzke dalam satu temubual dengan Sky selepas pasukannya menewaskan Bayern Munich, 4-2 minggu lalu. Lewandowski menyatakan hasrat untuk menyertai Bayern pada musim panas ini dengan juara Liga Perdana, Manchester United turut memantau perkembangan penyerang itu namun Dortmund yang sudah kehilangan Mario Goetze kepada juara Bundesliga itu enggan menjualnya.
"Saya tahu Robert juga memiliki pandangan yang sama," katanya dalam akhbar Welt am Sonntag.
"Apabila berada di padang, saya hanya mahu bermain dengan baik dan menjaringkan gol," katanya. "Itu yang paling penting bagi saya, tidak kira di mana saya bermain.
"Memang kenyataan Robert itu ditujukan kepada saya, tapi saya perlu buat keputusan terbaik untuk kelab. Saya boleh terima Robert berdendam terhadap saya," kata Watzke dalam akhbar Bild. - Agensi Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/31 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |