{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Remaja sasaran utama

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

Oleh ANI AWANG
utusanpenang@utusan.com.my

S. JEGAN (dua dari kiri) menyerahkan risalah kepada seorang penunggang motosikal pada Majlis Pelancaran Kempen Balik Kampung Sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri di Plaza Tol Sungai Dua di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.

BUTTERWORTH 30 Julai - Kempen balik kampung sempena musim perayaan di negeri ini menyasarkan golongan remaja 15 hingga 25 tahun kerana mereka terdedah dengan kemalangan ketika berada di jalan raya.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri, S. Jegan berkata, ini kerana mereka merupakan 70 peratus penunggang motosikal yang menyumbang terhadap angka kematian akibat kemalangan di negara ini.

Katanya, golongan tersebut berisiko tinggi jika peraturan jalan raya tidak dipatuhi.

"Kita menyasarkan golongan itu yang menjadi penunggang baru untuk dididik sejak di sekolah supaya mereka dapat mematuhi peraturan ketika di jalan raya," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kempen Balik Kampung Sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri di Plaza Tol Sungai Dua di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan negeri, Lim Hock Seng.

Antara kempen itu termasuk mengedarkan topi keledar percuma, pemberian hamper dan pengedaran risalah kepada penunggang motosikal.

Sebanyak 401 kematian dilaporkan berlaku di negeri ini sepanjang 2012.

Jegan berkata, dalam tempoh Ops Sikap pada musim perayaan Ogos 2012, sebanyak 243 kematian dilaporkan manakala dalam tempoh yang sama pada 2011 sebanyak 289 kematian dilaporkan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna yang mahu pulang berhari raya di kampung supaya berhati-hati ketika menunggang motosikal dan memandu bagi mengelak berlakunya kemalangan akibat kecuaian mereka.

Motosikal penuntut UiTM diperiksa

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

S. MANOGARAN (dua dari kanan) dan S. Jegan (tiga dari kiri) meninjau kerja-kerja pemeriksaan motosikal sempena Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha 2013 di UiTM Permatang Pauh di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, kelmarin. - utusan/ Ismail Kamadin

BUKIT MERTAJAM 30 Julai - Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha mendapat sambutan menggalakkan daripada penuntut dan kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Permatang Pauh apabila lebih 100 motosikal diperiksa oleh petugas Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd.

Salah seorang penuntut, Shulhan Afham Shuhaimee, 20, berkata, kempen seumpama itu amat ditunggu-tunggu oleh penuntut kerana kebanyakan mereka menunggang motosikal tanpa kemahiran untuk menyelenggara.

"Dengan adanya kempen ini kita boleh periksa sebarang masalah yang berlaku kepada motosikal serta dapat kenal pasti masalah dari awal sebelum berlaku insiden tak diingini.

"Mereka yang kurang mahir juga boleh dapatkan khidmat nasihat daripada petugas yang ada sebelum melakukan pembaikan ke atas motosikal masing-masing," katanya yang akan pulang bercuti ke Pahang pada Aidilfitri ini.

Bagi penuntut yang berasal dari Putrajaya, Amirul Azfar Azwan, 19, kesibukan tugas sebagai pelajar menyebabkan kebanyakan mereka tiada masa untuk menyelenggara motosikal di bengkel.

Sehubungan itu, katanya, kempen seumpama itu memberi kemudahan kepada mereka untuk melakukan pemeriksaan asas ke atas motosikal serta mengenal pasti masalah yang dihadapi.

"Biarpun pemeriksaan yang dibuat secara asas sahaja, namun sedikit sebanyak dapat membantu penuntut yang sibuk untuk ke bengkel," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Trafik Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Supritendan S. Manogaran berkata, kempen itu diharap dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal.

Jelasnya, sikap penunggang motosikal yang sering mengekori kenderaan berat seperti bas dan lori menjadi antara penyumbang kemalangan maut.

"Selain itu mereka juga terutama penunggang motosikal berkuasa kecil suka berkonvoi ketika pulang berhari raya dan menyebabkan kemalangan akibat hilang tumpuan di jalan raya.

"Oleh itu tema kempen tahun ini iaitu Minda Cekap, Perjalanan Selamat membawa mesej seseorang penunggang motosikal perlu mempunyai sikap serta kemahiran yang baik ketika menunggang di jalan raya," katanya dalam ucapan ketika merasmikan kempen tersebut.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri, S. Jegan.

KUIPs dapat dana wakaf dua bank terkemuka dunia

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 Julai - Dua bank terkemuka dunia yang berpusat di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain bersetuju menyalurkan dana wakaf bagi memajukan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) di Perlis.

Rektor KUIPs, Dr. Mohd. Mizan Mohamad Aslam (gambar) berkata, salah satu daripada institusi kewangan ternama itu ialah First Gulf Bank yang berpangkalan di Abu Dhabi, UAE.

Menurut beliau, sebuah lagi bank termasyhur yang dimaksudkan itu ialah CIMB Group yang berpusat di Bahrain.

"Persetujuan menyalurkan dana wakaf itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Bahagian Perbankan Islam First Gulf Bank, Shamzani Hussain dan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group, Suryono Darnor dalam pertemuan di UAE dan di Bahrian, baru-baru ini.

"Kedua-dua pihak bersetuju menyalurkan dana wakaf untuk dilaburkan dalam mana-mana institusi kewangan di mana dividen pelaburan itu akan disalurkan pula dalam bentuk biasiswa buat penuntut KUIPs.

"Pun begitu, kedua-dua bank tersebut menetapkan bahawa, biasiswa berkenaan hanya disediakan buat penuntut KUIP yang datangnya dari Asia Tenggara sahaja," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini.

Mohd. Mizan memberitahu, perbincangan KUIPs dan pemimpin kedua-dua bank itu diadakan sempena lawatan rasmi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke Asia Barat baru-baru ini bersama delegasi beberapa institusi pengajian tinggi yang beroperasi di Perlis.

Selain KUIPs yang diterajui oleh Mohd. Mizan, delegasi yang sama dianggotai oleh Presiden Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS), Datuk Dr. Zainuddin Wazir dan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin.

Rektor KUIPs memberitahu, kedua-dua bank itu juga turut menyatakan persetujuan untuk membangunkan tanah wakaf milik Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan projek komersial.

Kata beliau, keuntungan daripada projek komersial melibatkan tanah wakaf MAIPs yang dijayakan oleh First Gulf Bank dan CIMB Group itu pula akan disalurkan terus kepada KUIPs.

"Satu lagi berita gembira ialah First Gulf Bank menawarkan peluang untuk menempatkan pensyarah KUIPs mengikuti latihan perbankan antara satu hingga tiga bulan di UAE bagi melonjakkan kemahiran," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat