{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Masjid Muhammadi kekal tradisi

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my

DARI kiri, Che Membunga Mamat, Fatimah Jaafar dan Aminah Yusuf membaca al-Quran di Masjid Muhammadi di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini. - utusan/Asma Hanim Mahmood

KOTA BHARU 25 Julai - Ketibaan Ramadan, bulan penuh keberkatan yang melimpah dengan rahmat sangat dinanti sesiapa yang 'merinduinya' kerana setiap amalan sudah dijanjikan pahala berganda.

Selama sebulan, setiap pintu untuk membuat kebaikan dan amal soleh dipermudahkan seluas-luasnya kepada mereka yang ikhlas mahu memperbaiki diri dan menambah deposit 'akaun' akhirat.

Bayangkan jika selama ini kita mungkin berdalih kesuntukan masa untuk membaca dan menelaah halaman al-Quran ataupun mendirikan solat, tetapi apabila tibanya Ramadan, seolah-olah waktu lapang itu dihadiahkan Allah buat kita, tinggal lagi sama ada kita sendiri yang mahu menyambut dan mengisinya.

Menyedari pulangan dan keuntungan besar beribadah dalam bulan mulia ini, maka tidak hairanlah apabila amalan beriktikaf di masjid negeri Masjid Muhammadi di sini telah menjadi tradisi dan budaya masyarakat Islam di Kelantan.

Masjid dengan binaan terbuka dan berunsur seni bina kolonial pra-Perang Dunia Kedua berwarna kuning cair dan coklat dengan kubah keemas-emasan yang menjadi mercu tanda bandar Kota Bharu ini membuka pintu seluas-luasnya untuk tetamu Ramadan beriktikaf.

Dalam ajaran Islam, iktikaf atau berada di masjid untuk tempoh tertentu adalah amalan yang sunat dilakukan pada bila-bila masa dan paling afdal dilakukan pada 10 hari terakhir Ramadan.

Sejak sekian lama, Masjid Muhammadi menjadi tumpuan yang mana jemaah datang dari seluruh pelosok negeri ini bukan sahaja pada penghujung bulan mulia ini, bahkan ada yang datang beriktikaf sejak awal lagi, yakni selama sebulan penuh.

Istimewanya di masjid ini, peluang iktikaf itu bukan hanya direbut oleh golongan lelaki seperti mana kebiasaan di tempat lain, tetapi juga wanita yang menjadikan rumah Allah itu kediaman sementara.

Iktikaf bagi mereka bukan sekadar menghabiskan kebanyakan waktu dalam sehari di masjid, tetapi hakikatnya 24 jam kekal berada di situ sepanjang Ramadan.

Tahun ini, terdapat lebih 20 wanita yang hampir kesemuanya warga emas 'menginap' di situ dan mengunakan tikar sebagai alas tidur di bahagian luar ruang solat masjid tersebut yang lapang dan selesa.

Biarpun malam mereka ditemani nyamuk yang 'mengilai' di telinga dan berbantalkan lipatan kain, namun ini bukanlah satu masalah besar, malah tidak bimbangkan keselamatan diri kerana menurut mereka, masjid itu ada pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam.

Salah seorang daripada mereka, Che Membunga Mamat, 80, dari Mulong berkata, beliau sudah lebih 20 tahun beriktikaf di masjid itu sepanjang Ramadan dan berazam untuk melakukannya lagi tahun hadapan jika dipanjangkan umur.

Katanya, adalah lebih baik dirinya berada di masjid kerana tidak perlu menyusahkan anaknya untuk keperluan makan minum, selain dapat menumpukan sepenuhnya kepada ibadah seperti solat sunat dan membaca al-Quran.

"Saya duduk di Mulong pun menumpang rumah anak yang juga ibu tunggal, saya tidak ada 'tanah air', tidak ada harta, lebih baiklah saya duduk di masjid.

"Walaupun saya datang dengan duit hanya RM20 dalam tangan, tetapi saya tidak berasa susah di sini kerana pihak masjid menyediakan makan dan minum untuk berbuka, selain jemaah yang selalu memberi hadiah dan sedekah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Che Membunga memberitahu, biarpun usianya sudah lanjut, namun dirinya masih mampu menguruskan diri seperti membasuh pakaian sendiri di tandas masjid.

"Tetapi berbanding tahun-tahun dahulu, saya belum lagi dapat khatam al-Quran walau sekali, dahulu saya boleh khatam dua hingga tiga kali ketika Ramadan di masjid ini," katanya lagi.

Seorang lagi 'tetamu' iaitu Fatimah Jaafar, 65, yang berasal dari Kampung Jerek Baru, Gua Musang berkata, beliau datang ke Kota Bharu dengan menaiki kereta api yang berhenti di Wakaf Bharu, Tumpat sebelum menyewa teksi ke masjid itu.

Katanya, ini adalah tahun ketiga dirinya beriktikaf di masjid itu dan memberitahu setakat pengetahuannya, hanya Masjid Muhammadi yang membenarkan golongan yang berminat untuk 'berumah' sepanjang Ramadan di situ.

"Pada bulan Ramadan sahaja peluang ini diberi kepada sesiapa sahaja untuk tinggal di masjid dengan syarat menjaga kebersihan dan menyimpan barang-barang peribadi dengan elok, khususnya apabila waktu solat Jumaat untuk memberi ruang jemaah lelaki sembahyang.

"Setiap pagi ada sesi pengajian al-Quran dan selepas Zuhur dan Asar juga ada kuliah, selain Tarawih 20 rakaat.

"Pada permulaan Ramadan baru-baru ini ada ramai warganegara Thailand memenuhi ruang masjid dan mereka tidur dengan anak-anak kecil, tetapi pihak masjid telah mengambil tindakan dan melarang pendatang asing datang beriktikaf kerana mereka kebanyakannya mahu mengemis," katanya.

Rakannya, Kelthom Mahmood, 72, dari Kampung Ingin Maju, Kuala Krai pula berkata, walaupun dirinya tidak lancar membaca al-Quran, namun itu bukan penghalang untuknya sama-sama beriktikaf di masjid itu sejak dua tahun lalu.

Jelasnya, kesemua tetamu Ramadan di situ saling mengambil berat antara satu sama lain walaupun hanya bertemu setahun sekali.

"Kami sudah tidak ada suami, sebab itu mudah untuk kami beriktikaf penuh sebulan, kami mahu cari pahala sebanyak-banyaknya sepanjang bulan ini," katanya.

Seorang lagi warga emas, Nik Ismail, 67, yang membahasakan dirinya 'Mok Yah' pula berasal dari Marang, Terengganu, tetapi sudah beberapa tahun tinggal di Pondok Pasir Tumboh dekat sini dan khusus pada bulan Ramadan, beliau memilih untuk 'menadah' al-Quran dan mendengar kuliah di Masjid Muhammadi.

"Ada kalanya 'Mok Yah' rasa tidak larat dan terpaksa meminta bantuan jemaah masjid yang lebih muda untuk mengangkat barang seperti beras yang orang sedekahkan, mujurlah tempat wuduk dan tandas masjid tidak jauh dari tempat kami tidur," katanya.

Aminah Yusuf, 80, dari Kampung Seribong, Pasir Tumboh pula yang tidak mempunyai anak sanggup menunggu hingga ke pagi Aidilfitri sekiranya masih ada rakan lain bersamanya pada malam raya.

"Sudah 15 tahun saya berpuasa di Masjid Muhammadi, kadang-kadang saya bersolat raya di sini, tetapi kalau semua orang lain mahu pulang, waris saya akan datang menjemput," katanya.

Seorang jemaah tetap masjid, Che Mah Che Husin, 76, dari Padang Bongor dekat sini pula berkata, tradisi beriktikaf dan tidur di masjid itu sepanjang Ramadan kekal dari dahulu sehingga kini.

"Sejak dari usia muda lagi saya melihat tradisi ini berlaku, orang dari tempat yang jauh suka datang ke Masjid Muhammadi dan sanggup tinggal sebulan di sini," katanya yang berulang dari rumah untuk beriktikaf dari waktu Zuhur sehingga selesai Tarawih setiap hari.

Sementara itu, Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Muhammad Hana Pizi Abdullah ketika dihubungi berkata, Masjid Muhammadi menjadi pilihan ramai untuk beriktikaf kerana kedudukannya sebagai masjid negeri.

Jelasnya, kalangan yang datang bukan sahaja terdiri daripada yang kurang berkemampuan, bahkan dari pelbagai peringkat, termasuk golongan kaya dan berpangkat.

"Pihak masjid tidak menghalang sesiapa untuk beriktikaf di sini dan kami menyediakan juadah berbuka puasa untuk 500 jemaah setiap hari," katanya.

Puspanita Kota Darulnaim agih 900 bubur lambuk

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

ROS Aini Ghazali (lima dari kiri) dan Bi Samihah Mohd. Salleh (lima dari kanan) membantu memasak bubur lambuk Maggi di Kota Bharu, Kelantan, kelmarin.

KOTA BHARU 25 Julai - Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Cawangan Kota Darulnaim mengagihkan kira-kira 900 kotak bubur lambuk di pekarangan Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Program pengagihan bubur itu diadakan dengan kerjasama Nestle yang diketuai oleh Operator Promosi Lapangan, Hamzah Md. Din bersama enam pembantunya.

Sebanyak 20 kilogram beras, 30 kilogram daging serta perencahnya dimasak di dalam dua buah periuk selama kira-kira 3 jam bermula 9 pagi.

Pengerusi Puspanita Cawangan Kota Darulnaim, Datin Ros Aini Ghazali berkata, ini merupakan antara aktiviti ibadah yang dirancang pihaknya tahun ini dengan kerjasama Nestle.

Katanya, Puspanita turut mengadakan sembahyang sunat tasbih dengan kerjasama Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Kelantan untuk ahli-ahlinya sebagai pengisian Ramadan pada hari tersebut.

Pengerusi LKPIM Negeri Kelantan, Datuk Bi Samihah Mohd. Salleh hadir sama.

"Pada majlis itu juga, kami turut mengambil kesempatan mengagihkan bubur lambuk kepada 200 ahli Puspanita yang menghadirinya," katanya.

Menurutnya, Puspanita menghargai kerjasama dengan Nestle dalam menyediakan bubur lambuk dan menjadikannya sebagai cenderahati kepada ahli-ahli.

Asap ancam kesihatan penduduk

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

TUMPAT 25 Julai - Lebih 500 penduduk di dua buah kampung iaitu Kok Bedullah dan Pengkalan Nangka di sini, terpaksa menghidu bau busuk asap pembakaran di pusat pelupusan sampah yang terletak berhampiran rumah mereka.

Sehubungan itu, penduduk terlibat meminta pihak bertanggungjawab supaya menghentikan aktiviti pembakaran di tapak berkenaan kerana menganggu aktiviti harian mereka.

Malah, keadaan tersebut boleh menyebabkan kesihatan penduduk di kawasan itu terutama warga emas dan kanak-kanak terjejas.

Penduduk Kampung Kok Bedullah, Ismail Mahmod, 43, berkata, masalah asap dari pusat pelupusan sampah itu sudah lama berlarutan sehingga menganggu tugas harian mereka.

"Masalah lebih ketara waktu malam apabila angin bertiup membawa asap sampah ke kampung kami.

"Kami terpaksa menghidu asap sampah itu setiap hari menyebabkan ada yang sesak nafas, batuk dan pedih mata.

"Kedudukan yang hanya 500 meter dari kawasan pelupusan sampah itu memburukkan lagi keadaan. Ibu saya, Esah Senik, 81, terpaksa berulang-alik ke Hospital Tumpat bagi menerima rawatan dua kali sebulan kerana lelah," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Seorang lagi penduduk, Hasnah Awang Lah, 60, memberitahu, penduduk di sini bukan sahaja dijangkiti penyakit seperti batuk, suara menjadi parau, sakit tekak, sesak nafas tetapi pakaian yang mereka jemur turut berbau asap.

"Pakaian yang dibasuh terpaksa direndam pewangi bagi mengelak daripada berbau busuk, tetapi tetap tidak menyelesaikan masalah ini. Baju tetap berbau busuk apabila dijemur kerana asap dari sampah itu," ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Daerah Tumpat (MDT), Wan Fahazil Wan Mohd. Jaafar berkata, masalah pembakaran di pusat pelupusan sampah itu sudah berada dalam perhatian pihaknya.

"Bulan lepas sudah dilakukan usaha memadam kebakaran di kawasan tersebut dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat," jelasnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat