Berita Harian: Ratu
Posted by Tanpa Nama
Berita Harian: Ratu |
Posted: 01 Aug 2013 02:28 AM PDT Suatu masa dulu, inai yang merah hanya guna di kuku dan telapak tangan, tetapi kini seiring dengan perkembangan fesyen dan kecantikan, ia seakan cetusan fesyen yang bukan saja menghiasi penampilan pengantin tapi juga memenuhi keinginan mereka yang menggemari kelainan. Apatah lagi, berinai juga dilihat sebagai satu cara untuk berhias. Apabila berhias, sudah tentu individu itu mahukan hasil yang bukan saja cantik dan memuaskan hati tetapi berupaya menonjolkan keperibadian diri. Pelukis Inai, Mumtaz Usman berkata, permintaan untuk melukis inai pada masa kini amat menggalakkan, terutama di kalangan pengantin yang bakal bersanding. Ini berikutan, keunikan dan keindahan lukisan yang diketengahkan. Tampak lebih 'hidup' Inai lebih dikenali sebagai henna dalam bahasa Arab manakala bahasa Hindi, disebut mehendi. Daun inai boleh didapati di Iran, Pakistan, Syria, Maghribi, Mesir, India dan juga Malaysia. Mumtaz berkata, lukisan corak inai pelbagai termasuk bermotifkan flora, bintang dan hati bertambah menarik perhatian kerana warna dihasilkan pelbagai, malahan dengan adanya tambahan aksesori seperti batu permata ia kelihatan lebih menawan terutama untuk pengantin. "Pemilihan corak inai adalah amat sensitif dan sebagai pelukis kita perlu fahami tujuannya. Untuk masyarakat Melayu, saya mengenakan motif inspirasi dari kehidupan flora dengan sentuhan kerawang. "Hari ini, permintaan lukis corak untuk majlis perkahwinan semakin diterima malahan ramai pengantin juga memilih motif Arab atau India banyak menekankan bunga-bungaan," jelasnya ketika ditemui di karnival Kerja Kahwin 2013, anjuran Kraftangan Malaysia, di ibu negara, baru-baru ini. Lain cita rasa Bersandarkan pengalaman Mumtaz yang hampir 10 tahun dalam seni melukis corak inai, katanya berbeza pula dengan masyarakat Cina, mereka lebih sukakan corak menjalinkan flora dan fauna serta kerawang tebal dengan jalinan warna-warna terang dan gelap. Biarpun, pada mulanya inai dianggap satu 'tatoo' pelik di kalangan bangsa lain, tetapi keunikannya yang tahan lama dan padam sendiri selepas tiga minggu menarik minat ramai terutama juga wanita dari Korea. "Jika dulu bangsa asing akan pelik dengan 'dakwat conteng' pada tangan dan kaki, kini mereka semakin menggemarinya. Selain corak dan warna yang memikat, inai yang digunakan juga bebas dari bahan kimia dan ia jauh berbeza dari tatoo. "Baik lelaki atau wanita, terutama Cina mereka sukakan rekaan penuh dan tebal serta berwarna warni. Sementara itu, sebagai contohnya wanita Korea pula gemarkan motif bunga-bungaan seperti lotus. "Tidak kurangnya, inai juga akan hilang dalam tempoh tiga minggu dan seseorang itu boleh pilih corak inai lain jika mereka ingin berbanding tatoo yang kekal ke dalam kulit dan ia juga dilarang oleh agama Islam sendiri. Mudah dipelajari Semakin memikat hati dan boleh memberikan pendapatan sampingan, Mumtaj turut memberitahu permintaan lukisan inai yang semakin tinggi seharusnya dipelajari oleh wanita yang ingin menambah pendapatan mereka. "Sekarang ini ramai pengantin mencari-cari pelukis inai yang boleh datang ke rumah untuk melakar corak menarik buat mereka sempena hari indah. Bersandarkan kreativiti tersendiri dan bermodalkan masa dan sedikit tenaga, pulangannya yang diterima agak lumayan. "Caj dikenakan adalah bergantung pada corak, motif, kehalusan, kerawang, warna dan bahagian yang ingin dilukis dengan inai. Harganya bermula dari RM250 buat pengantin. "Jika berteraskan minat mendalam terhadap seni halus, ilmu mencorak inai boleh dikuasai dalam tempoh tiga hari. Bidang ini juga sudah mulai dikenali di beberapa negara termasuk Vietnam," jelasnya. |
Posted: 01 Aug 2013 01:53 AM PDT Kembali bersama bekas pasangan anda selepas berpisah ada kala bukan keputusan tepat walaupun emosi anda kuat menyatakannya. Apa yang baik, cuba nilai semula perhubungan sebelum ini dan juga beberapa faktor lain untuk bantu anda buat keputusan lebih tepat. Tidak semestinya apa dirasai anda akan menjamin kebahagiaan anda kelak.
Sekiranya bekas pasangan angan enggan menjalani perdamaian, jangan pula memaksa mereka untuk menerima anda semula apatah lagi menjalinkan perhubungan memandangkan ia berat sebelah dan usaha anda hanyalah sia-sia. Jika perkara itu berlaku teruskan hidup anda dan cuba untuk bina hubungan baru tetapi elakkan dari melakukan keputusan gopoh. Cuba kenali pasangan baru nada dan beri ruang untuk masing-masing agar kesilapan lama tidak berulang lagi. Terima kenyataan. Sekiranya anda mendapati bahawa bekas pasangan anda sudah menjalinkan hubungan baru maka tidak perlu terus mengejar mereka dan anda perlu berusaha untuk kebahagiaan sendiri.
Sekiranya anda sudah mampu mengenali kekuatan diri sendiri dan pasangan serta berfikir kembali bersatu menghidupkan semula hubungan lama adalah pilihan terbaik, maka bermula dari situlah baru anda mula membuka ruang untuk pasangan. Ia bukan saja memberi kebaikan pada anda, malah kepada pasangan, anak-anak dan orang lain yang suka melihat anda bahagia. Bila perceraian berlaku dalam keluarga, anak juga bakal terasa bahangnya bahkan perlu berhadapan dengan kesan perpisahan itu. Jadi sebagai ibu bapa, jika anda ingin memilih pasangan baru untuk menempuh kehidupan yang baru bersama-sama adalah baiknya anda selesai dulu masalah lama sebelum membuat keputusan selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Ratu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |