Utusan Online - Kota
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kota |
Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD asap dari sampah yang terbakar bukan sahaja memedihkan mata tetapi berbau busuk dan mengganggu kehidupan penduduk Taman Amal Suria sejak lebih setahun lalu. KAJANG 26 Ogos - Sejak lebih setahun lalu udara yang masuk ke paru-paru penduduk Taman Ramal Suria di Sungai Ramal Dalam bercampur dengan asap busuk yang menyesakkan. Asap itu datangnya dari pembakaran sampah secara terbuka di sebuah kawasan lapang yang dijadikan tempat membuang sampah oleh pihak tidak bertanggungjawab, dan tiada pihak yang sepatutnya mempunyai kuasa untuk menghentikannya mengambil tindakan. Ini membuatkan kira-kira 500 penduduk yang mendiami taman perumahan itu sejak 2004 hilang sabar dan semakin berang. Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi itu baru-baru ini mendapati, pelbagai jenis sampah dibakar di situ dan kawasan tersebut seperti kawah gunung berapi yang akan meletup ekoran asap yang keluar dari dalam tanah. Malah, sejak aktiviti haram itu bermula lebih setahun lalu, penduduk turut menerima kunjungan tetamu tidak diundang iaitu lalat setiap kali menyediakan makanan di rumah. penduduk menunjukkan kepulan asap yang keluar dari longgokan sampah yang terbakar di kawasan lapang berdekatan Taman Ramal Suria di Kajang, Selangor baru-baru ini. - utusan/Mohd. Farizwan Hasbullah Difahamkan, bukan sekali aduan diajukan kepada pihak berkuasa tetapi semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi apabila laporan yang dilakukan masih gagal diambil tindakan sepatutnya oleh pihak berkaitan. Biarpun Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah memasang papan amaran dilarang membuang sampah di pintu masuk tapak tersebut, aktiviti itu masih bebas berlaku hingga ke hari ini. Penduduk mendakwa, kebakaran yang sering berlaku juga memaksa pihak bomba berkejaran ke kawasan itu untuk memadam api bagi mengelak kejadian lebih buruk daripada berlaku. Tambah mereka, aduan bukan sahaja dikemukakan kepada MPKj, malah pernah dipanjangkan sehingga ke Pejabat Tanah dan Galian Hulu Langat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pengairan dan Saliran dan pihak-pihak berkaitan. Lebih mengecewakan, masalah tersebut bukan sahaja berlaku di tanah bersebelahan Lebuhraya SILK tetapi sebidang lagi tanah lapang di Jalan Anggerik turut berdepan masalah sama. Selain mencemarkan pemandangan, longgokan sampah yang membukit di hadapan rumah penduduk itu turut menjadi tempat pembiakan nyamuk. |
Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT Oleh ROSLAH OTHMAN SEORANG pekerja DBKL membersihkan tumpahan konkrit yang telah keras di persimpangan Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur untuk diturap semula semalam. - utusan/AHMAD AMZAR ANAQI JAMZIT KUALA LUMPUR 26 Ogos - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Wilayah Persekutuan mencadangkan agar nilai kompaun yang dikenakan terhadap pengusaha simen konkrit dan pemandu lori yang menyebabkan tumpahan konkrit di jalan-jalan di ibu negara dinaikkan. Pengarahnya, Muhammad Heeza Hassan berkata, langkah ini bukan sahaja bertujuan memastikan jalan-jalan sekitar ibu negara tidak terus dicemari tumpahan simen konkrit tetapi juga bagi menanamkan sikap prihatin kepada pengguna jalan raya. Menurutnya, bagi memastikan keberkesanan kompaun itu, tindakan susulan oleh penguat kuasa pihak berkuasa tempatan juga perlu dilaksanakan bagi memastikan masalah itu tidak berulang. Tindakan mengenakan kompaun tidak hanya kepada pengusaha, bahkan kepada pemandu lori simen agar mereka lebih berhati-hati apabila membawa konkrit terutama ketika memasuki pusat bandar," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masalah tumpahan simen yang dilihat semakin teruk sejak kebelakangan ini sehingga menjejaskan permukaan jalan raya di ibu negara. Masalah itu telah beberapa kali dilaporkan oleh Utusan Malaysia sepanjang tahun ini, termasuk semalam, namun belum ada tindakan penguatkuasaan yang benar-benar boleh mendisiplinkan pihak terlibat dilaksanakan. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai pihak berkuasa tempatan di ibu negara dilihat masih gagal mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya kerana masalah didapati terus berulang dan semakin banyak wang yang dibelanjakan oleh mereka untuk memperbaiki jalan-jalan yang rosak itu. Tambah Muhammad Heeza, pihaknya turut mencadangkan agar operasi lori simen ini dihadkan kepada waktu atau laluan tertentu sahaja. Mengulas lanjut beliau berkata, kualiti jalan raya di negara ini terutama di Kuala Lumpur antara yang terbaik tetapi masalah itu pasti merosakkan reputasi ibu negara yang ditetapkan untuk mencapai taraf dunia beberapa tahun lagi. Sekiranya jalan penyelesaian tidak ditemui sudah pasti masalah ini akan berterusan sehingga mencemarkan imej bandar raya," katanya. |
Bekalan air kepada 367,852 pengguna terjejas Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT KUALA LUMPUR 26 Ogos - Rumah Pam Wangsa Maju buat ke sekian kalinya terpaksa menghentikan operasi hari ini sehingga membuatkan bekalan air ke 91,963 akaun pengguna atau kira-kira 367,852 isi rumah di Kuala Lumpur dan Gombak terjejas hari ini. Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, rumah pam itu terpaksa menghentikan operasinya kali ini setelah mengalami masalah pada sistem bekalan elektrik utama. Menurut beliau, sebanyak 44 kawasan, 15 di Kuala Lumpur dan 29 di wilayah Gombak mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual termasuk tekanan air rendah akibat operasi rumah pam itu dihentikan hari ini walaupun kesemua pam beroperasi dalam keadaan baik. Ekoran daripada itu, kolam-kolam simpanan air utama Syabas di beberapa kawasan yang terlibat mengalami penurunan paras air yang kritikal dan menjejaskan bekalan air kepada pengguna," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini. Katanya, masalah itu dikesan berlaku sekitar pukul 4 petang semalam. Pada masa ini Syabas dan kontraktor yang dilantik sedang mengambil tindakan segera untuk membaikinya bagi membolehkan pam tersebut dapat beroperasi seperti biasa. Bagaimanapun tempoh pembaikan masih belum dapat dipastikan (pada masa kenyataan ini dikeluarkan)," katanya. Beliau menjelaskan Syabas telah mengaktifkan pelan kecemasan bermula pukul 8 pagi semalam untuk memastikan penduduk di kawasan terlibat mendapat bekalan air. Katanya, Syabas telah mengambil tindakan segera dengan menggerakkan 42 buah lori tangki dan menghantar 525 tangki statik bagi membantu membekalkan air ke kawasan-kawasan yang terlibat. Katanya, pihak Syabas sedang memantau keadaan ini secara berterusan selain memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa. Pengguna boleh melayari laman web www.syabas.com.my untuk maklumat lanjut. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |