Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT KUALA LUMPUR 22 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis menyatakan Malaysia akan lebih terselamat daripada krisis bankrap sekiranya Tun Abdullah Ahmad Badawi terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri. Menurut beliau, perkara itu berdasarkan 'kejayaan' Abdullah membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok, projek landasan kereta api berkembar dan projek bekalan elektrik yang membabitkan kos berbilion-bilion ringgit. Katanya, projek jambatan bengkok membabitkan kos kurang daripada RM1 bilion namun pembatalannya menyebabkan kerajaan rugi kira-kira RM200 juta dari segi nilai pampasan dan kerja-kerja yang belum selesai. Tambahnya, pembatalan projek landasan kereta api berkembar dari Johor Bahru ke Padang Besar pula membolehkan kerajaan menjimatkan sebanyak RM14 bilion meskipun selepas itu kerajaan meluluskan projek serupa dari Ipoh ke Padang Besar dengan kos RM12 bilion. "Saya mengakui saya adalah Perdana Menteri yang boros membelanjakan wang kerajaan untuk membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, West Port, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya, Cyberjaya dan banyak lagi. "Jika Abdullah terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri, semua projek itu mungkin dibatalkan untuk menyelamatkan Malaysia daripada bankrap," katanya menerusi entri terbaharu di blognya di www.chedet.cc hari ini. Menurut Dr. Mahathir, kerajaan ketika era Abdullah juga berjaya menyelamatkan berbilion-bilion ringgit ekoran projek koridor yang setiap satu dianggarkan menelan kos RM70 bilion tidak digerakkan. Dalam keadaan itu, tambah beliau, kerajaan yang ada sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah sebuah kerajaan yang kaya. Namun, apa yang dikesalkan, katanya, rakyat tidak menghargai berbilion-bilion ringgit yang diselamatkan itu sebaliknya memilih pakatan pembangkang memerintah di lima negeri selain menyebabkan kerajaan sedia ada hanya memperoleh majoriti mudah. "Bayangkan berapa billion ringgit boleh diselamatkan jika saya berundur lebih awal sebelum membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, KLIA, West Port, Putrajaya, Cyberjaya, Menara Berkembar Petronas dan pelbagai projek mega lain. "Kita mungkin akan 'duduk' di atas berbilion-bilion ringgit," katanya. |
Shafie tidak gentar bersaing jawatan Naib Presiden Posted: 22 Aug 2013 12:14 PM PDT BANGI 22 Ogos - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tidak gentar dan bersedia untuk berhadapan dengan mana-mana pemimpin dalam pemilihan parti Oktober ini. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, ahli UMNO kini bijak dan matang dalam memilih pemimpin yang boleh dijadikan sandaran dan harapan untuk meneruskan agenda serta hala tuju parti, bukan memilih berdasarkan faktor kenegerian. "Saya yakin ahli-ahli UMNO matang, bukan kerana negeri menjadi pilihan tetapi yakin mereka akan memilih kepimpinan yang boleh menguatkan parti yang boleh diletakkan cabaran mendatang ini bagi mendaulatkan perjuangan Barisan Nasional dan UMNO khususnya orang Melayu di negara ini. "Dalam sejarah kita dahulunya pun pernah berlaku tiga hingga empat orang bertanding dalam satu jawatan. Saya penuh yakin ahli-ahli UMNO cukup matang," katanya selepas melancarkan Sambutan Merdeka Raya dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Luar Bandar di Institut Kemajuan Desa (Infra) di sini hari ini. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas desas-desus menyatakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman akan turut bertanding jawatan itu dalam pemilihan parti. Dalam masa sama, katanya, beliau tidak memaksa ahli parti untuk memilihnya dan reda dengan apa jua keputusan ditentukan 150,000 perwakilan. "Saya tidak boleh paksa, cuma saya yakin saya boleh beri sumbangan kepada perjuangan parti dan bangsa kita... itu yang boleh saya katakan. Kalau mereka menerima, Alhamdulillah. "Kita tidak boleh paksa orang terima kita, dalam perjuangan ini satu amalan, jangan kita kecewa, jangan kita takut dan bimbang sebab ini amanat. "Asalkan kita dapat menegakkan perjuangan bangsa kita, parti kita, saya yakin itu jadi ikatan kepada kita," katanya. Selain Mohd. Shafie, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga menyatakan pendirian mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO. Sementara itu, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang juga bekas Naib Presiden UMNO, telah mengesahkan untuk turut bertanding kali ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |