{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


P. Pinang haramkan Tanda Putera

Posted: 28 Aug 2013 11:34 AM PDT

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

PULAU PINANG 28 Ogos - Filem patriotik perjuangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein yang dijadual memasuki pawagam di seluruh negara esok selepas beberapa kali tertangguh, diharamkan penayangannya di negeri ini atas arahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Guan Eng berkata, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk dimaklumkan kepada pemilik panggung di negeri ini tentang perkara berkenaan.

"Kita kesal kerana filem tersebut dibenarkan tayangannya oleh kerajaan tanpa mengeluarkan babak fitnah yang dipaparkan iaitu adegan pemuda Cina kencing dalam kawasan kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.

"Kenapa (adegan) dibiarkan kerana pengarah filem tersebut mengatakan perkara itu tidak pernah berlaku, namun beliau memasukkan adegan berkenaan dalam filemnya," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng menjelaskan, pihaknya berharap permintaan mereka akan mendapat kerjasama daripada pemilik panggung di negeri ini.

"Kerajaan negeri berharap mereka tidak menayangkan kerana tidak boleh diterima dan mengandungi perkara sensitif dan amat berbahaya.

"Mereka harus mempertimbangkannya kerana pemberian lesen perniagaan untuk pawagam di negeri ini tertakluk di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT)," ujarnya.

Menurut Guan Eng, surat berkenaan akan dihantar pada hari ini juga kerana filem arahan Datuk Shuhaimi Baba itu dijangka mula ditayangkan serentak di seluruh negara esok.

Filem patriotik berkenaan antara lain mengisahkan tentang perjuangan Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mentadbir negara serta cabaran yang dihadapi mereka selepas berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Sebelum ini, tayangan filem lakonan Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim yang menelan belanja kira-kira RM4.7 juta itu ditangguhkan beberapa kali ekoran bantahan pembangkang.

Tindakan berfikiran sempit

Posted: 28 Aug 2013 11:34 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyekat filem sejarah, Tanda Putera daripada ditayangkan di negeri tersebut disifatkan sebagai 'berfikiran sempit' dan menunjukkan 'kebodohan' individu yang membuat keputusan itu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, filem tersebut sepatutnya dijadikan sebagai rujukan sejarah dan pengajaran kepada penonton.

Menurutnya, tiada kerajaan negeri yang pernah bertindak menyekat sesuatu filem daripada ditayangkan selepas filem berkenaan dibenarkan tayangannya oleh Kementerian Dalam Negeri serta Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).

"Ini menggambarkan mereka ingin memulakan budaya sekatan dan tapisan melebihi tahap sepatutnya.

"Apakah suatu masa nanti banyak lagi perkara lain yang akan timbul daripada soal ini.

''Ini satu perkara baharu yang perlu dilihat. Satu ketika dahulu, Selangor yang ditadbir Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengharamkan lambang-lambang 1Malaysia di negeri itu," katanya di sini hari ini.

''Saya berharap perkara ini tidak menjadi budaya baharu dan akan menjadikan alasan sekiranya ada pihak ingin menyekat kebebasan dari segi ekspresi seni, filem, lukisan, sajak, lagu sampai ke peringkat yang tidak boleh diterima akal dan sekali gus mengembang dalam fikiran rakyat di negara ini," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat