{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Fahami dasar Kerajaan Pusat

Posted: 25 Aug 2013 11:12 AM PDT

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

Mustapa Mohamed beramah mesra dengan sebahagian kakitangan kerajaan pada Majlis Mesra Aidilfitri Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan Negeri Kelantan di Wisma Persekutuan, Kota Bharu, Kelantan, semalam. - Utusan/ Irwan Majid

KOTA BHARU 25 Ogos - Ketua-ketua jabatan Kerajaan Pusat di negeri ini berperanan penting untuk menerangkan dasar dan peranan yang telah dimainkan oleh Kerajaan Pusat di Kelantan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sebagai ketua mereka bukan sahaja harus memahami dan menghayati dasar-dasar Kerajaan Pusat malah menterjemahkan dasar tersebut ke peringkat akar umbi.

Beliau berkata, kejayaan menerangkan dasar-dasar Kerajaan Pusat kepada pegawai dan kakitangan bawahan akan membolehkannya disampaikan pula kepada rakyat dengan lebih berkesan.

Katanya, terdapat sebanyak 130 jabatan Kerajaan Pusat dengan lebih 70,000 kakitangan dalam pelbagai sektor di negeri ini dan kehadiran mereka bukan sahaja sebagai pelaksana dasar-dasar Kerajaan Pusat malah turut berperanan menjana pertumbuhan ekonomi negeri.

"Ketua-ketua ini peranannya penting, kalau mereka tidak faham, maka sukarlah untuk melaksanakan dasar. Mereka bertanggungjawab bukan sahaja untuk memastikan anak buah memahami dasar kerajaan tetapi untuk memberi motivasi kepada anak buah supaya menyampaikan maklumat sebenarnya serta peranan besar Kerajaan Pusat di negeri ini.

"Jadi kita harap pegawai Kerajaan Pusat akan terus memainkan peranan menyampaikan maklumat sebenar tentang peranan yang dimainkan Kerajaan Pusat di Kelantan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui dalam Majlis Mesra Aidilfitri Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan Negeri Kelantan (Maskap) 2013 di pekarangan Wisma Persekutuan di sini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Mahktar Mustapha; Pengarah Kesihatan negeri yang juga Pengerusi Penyelaras Kelab Sukan dan Kebajikan Wisma Persekutuan, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir dan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.

Dalam majlis itu, Mustapa turut menyampaikan wang zakat kepada golongan miskin, duit raya kepada anak-anak kakitangan awam di sini dan hadiah kepada gerai terbaik yang dimenangi Jabatan Kesihatan Negeri.

Dalam pada itu, Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan berkata, Wisma Persekutuan merupakan nadi pentadbiran Kerajaan Pusat di negeri ini dan berperanan besar dalam menjana pertumbuhan di Kelantan.

Beliau berkata, pihaknya bersyukur kerana Kerajaan Pusat terus memainkan peranan menjana perubahan ekonomi di negeri ini melalui pelaksanaan pelbagai projek dalam sektor kesihatan, pendidikan dan sebagainya.

"Kita bersyukur ada beberapa projek hospital di Kuala Krai, Bachok dan Jeli yang akan terus diberi perhatian. Begitu juga dalam bidang pendidikan serta jalan dan ini antara projek-projek yang sudah pasti akan dibantu untuk merancakkan lagi pembangunan di Kelantan," katanya.

Alam Flora mula beroperasi di Kelantan Oktober ini

Posted: 25 Aug 2013 11:12 AM PDT

KOTA BHARU 25 Ogos - Pengurusan sisa pepejal di negeri ini bakal diserahkan kepada syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. apabila kerajaan negeri dijadual memeterai perjanjian mengenainya dijangka sebelum Hari Raya Haji ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, penyerahan tersebut akan dilakukan selepas kerajaan negeri menerima pelaksanaan Akta 672, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

Beliau berkata, keputusan kerajaan menandatangani perjanjian tersebut merupakan antara langkah penambahbaikan yang dibuat dalam aspek pengurusan sisa pepejal di negeri ini.

"Bila akta ini diterima, bermakna automatik Alam Flora akan masuk ke Kelantan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Gotong-Royong Perdana 1Malaysia dan Kempen Kawalan Tikus peringkat negeri di Pasar Besar Siti Khadijah di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Nadzri Yahaya; Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal negeri, Datuk Afandi Hamzah; Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Ahamd Razin Ahmad Mahir; Pengarah Veterinar negeri, Datuk Dr. Mohd. Zairi Serlan dan Setiausaha Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Rosnazli Amin.

Pada majlis itu, Alam Flora turut menyumbangkan 20 buah tong sampah kepada MPKB-BRI.

Mengulas lanjut, Abdul Fattah memberitahu, kerajaan negeri kini di peringkat akhir untuk menandatangani perjanjian tersebut dengan beberapa penambah baikan akan dilakukan.

"Bagi saya semua perkara yang telah diputuskan oleh Kerajaan Pusat mesti ada sesuatu yang perlu kita pertimbangkan di peringkat negeri, kalau tidak Kerajaan Pusat tidak akan membuat sesuatu akta dan suatu keputusan, sama juga macam pengurusan air, kita lihat banyak negeri tidak mampu menguruskan air, perkara sama akan dibincangkan secara lanjut," katanya.

Mengurus pengurusan sisa pepejal di negeri ini, Abdul Fattah berkata, ia terlalu banyak dengan bandar Kota Bharu sahaja menghasilkan kira-kira 200 metrik tan sampah dan sisa pepejal sehari, berbanding jangkaan sekitar 60 metrik tan sehari.

Dalam pada itu, Nadzri memberitahu, pengambilan tersebut tidak melibatkan sebarang kos tambahan kepada kerajaan negeri kerana ia ditampung oleh Kerajaan Pusat dan usaha itu akan meningkatkan tahap pengurusan sisa pepejal di negeri ini.

"Harapan kita supaya negeri Kelantan menjadi cantik, ceria dan dapat menarik kedatangan pelabur, pelabur tidak akan datang kalau kotor," katanya.

Zubir bakal berdepan Mohd. Sabri

Posted: 25 Aug 2013 11:12 AM PDT

Mohd. Zubir , Mohd. Sabri

KUALA TERENGGANU 25 Ogos - Keputusan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh untuk tidak mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu membuka ruang kepada perubahan kepimpinan di bahagian yang dianggap bermasalah dan semakin sukar menyakinkan rakyat.

Selain Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Mohd. Zubir Embong yang juga bekas pendidik menawarkan diri bagi mengambil alih teraju itu dalam usaha melakukan perubahan yang dirasakan sangat perlu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd. Sabri Alwi mengesahkan akan turut berada dalam persaingan itu.

Sebagai orang lama dalam parti dan jika dilihat dalam latar penglibatan dan hubungan saya dengan ahli, saya rasa layak menawarkan diri agar ahli dapat membuat pertimbangan," katan Mohd. Sabri yang lebih 20 tahun bergiat dalam parti.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat