felda air tawar - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda air tawar - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>felda air tawar</b> - Google Blog Search Posted: 22 Oct 2013 11:38 AM PDT Bagi kami isu senaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia masih lagi kurang mendapat perhatian daripada kalangan rakyat Malaysia. Tetapi kami cukup yakin isu disebalik penyenaraian FGVH ini ke Bursa Malaysia jika difahami dengan baik seluruh rakyat Malaysia pastinya akan menumpukan perhatian serta selidik satu persatu isu ini…… Pemerhatian kami kuat mengatakan ada 2 perkara yang kerajaan perlu selesaikan terlebih dahulu sebelum Perdana Menteri bubar parlimen bagi Pilihanraya Umum ke 13 : Dan isu disebalik penyenaraian FGVH ini di Bursa Saham bukanlah isu politik sebenarnya, ia lebih kepada menjaga untung nasib & kepentingan kalangan warga peneroka Felda sebenarnya. Apatah lagi Felda ini lubuk duit yang mempunyai sumber kewangan yang datangnya dari ladang-ladang kelapa sawit mereka. Jikalau tidak dijaga dengan baik, ia akan menimpa nasib yang sama seperti MAS yang rugi saban tahun. Kedudukan Felda Holding Berhad : Sebelum senaraian di Bursa Malaysia :
Apa yang kami perhatikan, kalau mengikut rancangan asal selepas penyenaraian Felda Global Ventures (FGVH) di Bursa Malaysia :
Ini bermakna Felda Holding tiada lagi aset pada masa itu:
Tanah Felda seluas 360,067 hektar yang kini diurus Felda Plantations Sdn Bhd (FPSB) akan dipajak kepada FGVH. Jadinya, FGVH akan mengawal tanah Felda + tanah peneroka. Segala urusniaga akan diuruskan oleh FGVH. FGVH akan bayar kepada Felda sebanyak RM250 juta setiap tahun sebagai pajakan. Jadi sebagai balasannya
Status Felda Global Sekarang Ini Untuk Senaraian di Bursa Malaysia
Kami sehingga sekarang masih tidak faham kenapa Tan Sri Isa Samad :
Kami tertarik dengan kata-kata individu di dalam video di atas ini yang merupakan pemegang saham KPF :
Sebab kalau nak percaya berkait soal jaminan daripada kerajaan secara 100%, boleh dipertikaikan kerana pernah terjadi sebelum ini :
Kesan Senarai di Bursa MalaysiaKalau dilihat sekarang ini penyenaraian Felda Global di Bursa Malaysia agak "tergesa-gesa". Kita tahu objektif terbesar untuk senaraikan syarikat di Bursa Malaysia adalah untuk tingkat modal :
Penyenaraian FGVH adalah merupakan percubaan kedua yang gagal kali pertama di zaman Tun Dr Mahathir tahun 2003. Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, beliau membatalkan cadangan penyenaraian Felda Holding ke BSKL (kini Bursa Malaysia). Sebelum ini, KPF mampu membayar dividen + bonus sebanyak 15% kepada ahli-ahlinya. Paling akhirnya pulangan dividen + bonus sebanyak 15.5%. Lumayan bukan? Dan KPF ada jaminan untuk memberikan dividen mereka paling kurang pun 10%. Jadi apa yang dirisaukan sekarang, mereka masih lagi tidak mendapat "jaminan yang sebenar" apabila FGVH ini disenaraikan di Bursa Malaysia. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku :
Jikalau pihak pengurusan FGVH tidak boleh memberi jaminan bonus dan dividen 15 peratus secara bertulis kepada KPF dalam jumlah sama atau lebih seperti apa yang dibayar oleh FHB sebelum ini, apa gunanya gunanya FGVH disenaraikan di Bursa Malaysian. Mesti ada jaminan bertulis pendapatan adalah konsisten sepanjang tempoh pajakan tanah mereka. Lagi Persoalan Di Sebalik Penyenaraian Felda Global Ventures (FGVH) di Bursa Malaysia
Kami juga akan menyokong dan bersetuju dengan penyeneraian ini jikalau ia benar-benar membawa kebaikan kepada peneroka. Tetapi tidak sama sekali untuk percaya bulat-bulat. Biarlah jelas kepada semua yang terlibat. Sepatutnya mesti ada jaminan bertulis daripada kerajaan Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Koperasi Permodalan Felda (KPF). Pihak FGVH perlu tampil memberikan penjelasan dan memebrikan ruang dan peluang untuk pemegang saham bertanya sebarang kemusykilan dan keraguan mereka selama ini. P/S : Apa pandangan dengan isu di sebalik senaraian Feldda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia? [poll id="277"] [poll id="278"] |
You are subscribed to email updates from felda air tawar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |