felda besout - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda besout - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>felda besout</b> - Google Blog Search - Blog Felda - Blogger Posted: 28 Sep 2013 12:00 AM PDT Najib menyampaikan ucapan beliau pada program Ihya' Rahmat Ramadhan warga Felda 2013 di padang Felda Gunung Besout 2, Trolak, Perak. -fotoBERNAMA SUNGKAI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengumumkan pemberian duit raya berjumlah RM32,313,300 kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara. Replika cek duit raya itu diserahkan kepada setiap ketua peneroka Wilayah Felda pada program Ihya Rahmat warga Felda peringkat kebangsaan di sini malam ini. Najib berkata peneroka yang bersama Felda akan menerima RM300 manakala yang tidak bersama Felda menerima RM150. "Sebelum ini peneroka hanya bergantung kepada hasil ladang mereka sahaja, tapi hari ini setiap peneroka dapat dari punca-punca lain. "Dalam perjalanan ke sini tadi, saya kira-kira punca lain yang setiap peneroka dapat termasuk bonus tahunan, duit raya dan durian runtuh sebanyak tiga kali," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 7,000 peneroka pada program itu di Felda Gunung Besout 2 di sini. Najib turut mengumumkan pembinaan 420 unit Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) bagi gugusan Besout dengan keluasan 19.14 hektar di samping pembinaan sebuah dewan serbaguna bernilai RM900,000 di Felda Besout 2. Beliau berkata nikmat dan perubahan yang dikecapi warga Felda hari ini adalah hasil perjuangan yang dibawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN). Katanya semasa dailog pintar di Tanzania baru-baru ini, kebanyakan negara yang mendapat kemerdekaan hampir sama dengan Malaysia masih membicarakan mengenai pembangunan pertanian di luar bandar yang tidak maju serta bekalan asas. "Sedangkan perkara ini di negara kita telah tinggal dalam lipatan sejarah. Kita telah berjaya menyelesaikan agenda pembangunan luar bandar. Ini bukan perkara yang disebut secara khayalan tapi dilihat dengan mata kita sendiri," katanya. Beliau turut menolak dakwaan pembangkang dua tahun lepas bahawa Felda akan bankrap dengan menjelaskan kedudukan agensi itu semakin kukuh dan mantap. "Felda tidak bankrap. Nilai saham yang terkumpul Kumpulan Felda termasuk dalam syarikat tersenarai kalau kita jual lebih RM8 bilion yang boleh diperoleh," katanya. Kejayaan Felda juga dibuktikan dengan memiliki kilang di Kanada, restoran di Mekah, hotel di Kota Kinabalu dan pemilikan tanah di Kalimantan, Indonesia, katanya. "Kita ada perancangan untuk jangka masa lebih jauh ke hadapan. Kita harap satu hari nanti Felda jadi lebih besar dan kukuh di pasaran antarabangsa," katanya. Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. - BERNAMA |
Wangsa Setia: PROJEK JALAN <b>BESOUT</b>-KUALA SLIM RANCAK <b>...</b> Posted: 27 Jul 2013 07:28 PM PDT Kerja-kerja pembinaan jalan baru Felda Besout ke Kuala Slim sepanjang 11.8 km sedang rancak dilaksanakan dari kedua-dua arah. Dalam tinjauan saya petang semalam, batu kelikir mula ditabur sepanjang kira-kira 2 km bermula dari arah jalan utama berhampiran Felda Besout 4. Di persimpangan berhampiran Felda Besout 2 pula, kerja-kerja membersih, menambak dan meratakan tapak jalan sedang dilaksanakan. Tinjauan saya sebelum PRU13 lalu, terdapat kerja-kerja meratakan dua buah bukit yang menjadi punca pertikaian teknikal antara kontraktor asal, Azam Teknik Sdn Bhd dengan pihak JKR dan konsultan. Projek jalan baru itu yang mulanya dilaksanakan pada Julai 2008 dengan kos asal RM46 juta, telah tertangguh beberapa kali menyebabkan ianya gagal disiapkan dalam tempoh 2 tahun mengikut jadual.Setelah gagal menyelesaikan beberapa isu teknikal, pihak JKR telah menamatkan perjanjian dengan kontraktor berkenaan dan melantik kontraktor baru, JJM Integrated Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mendapat status Kontraktor Bumiputera Berwibawa dan pernah mendapat anugerah cemerlang JKR Pusat. Pejabat tapak projek ini terletak berhampiran Kampung Kuala Slim, dan kerja-kerja dilaksanakan dari arah Kuala Slim dan Besout. Mengikut perjanjian dengan pihak JKR, kontraktor berkenaan perlu menyiapkan projek ini dalam tempoh 18 bulan, bermula Februari 2013, dengan kos kira-kira RM28 juta. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
You are subscribed to email updates from felda besout - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |