{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda lok heng - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda lok heng - Google Blog Search


Sejarah <b>Felda Lok Heng</b> Barat - portal <b>felda lok heng</b> barat

Posted: 22 Aug 2013 03:41 AM PDT



LATAR BELAKANG FELDA LOK HENG
Salam muhibah kepada semua pembaca yang di hormati, disini saya kongsikan sedikit info tentang asal usul sejarah dan latar belakang Felda Lok Heng, mungkin ianya antara maklumat yang sangat berharga kepada kita semua khususnya anak jati warga Felda Lok Heng sendiri untuk mengetahui asal usul "LOK HENG". Semoga ianya berguna kepada kita semua dan adik-adik yang masih dibangku sekolah agar menjadi pembakar semangat untuk turut sama berbakti di tanah yang bertuah ini.
Di percayai nama Felda Lok Heng ditemui daripada nama pekebun cina yang bernama "Lok Heng" pada tahun 40-an. Beliau adalah merupakan seorang warga cina yang pertama pernah meneroka kawasan ini yang dahulunya hutan belantara. Jolokan "Lok Heng" kekal kerana bertapaknya nama dan kisah beliau. Namun begitu, kesahihan sejarah ini tidak dapat disahkan. 

Felda Lok Heng Barat berkeluasan keliling seluas 2,053.46 hektar. Mempunyai 4 peringkat I,II,III,IV. Felda Lok Heng Barat telah dibangunkan pada tahun 1976 dengan tanaman kelapa sawit. Jumlah peneroka yang pertama adalah seramai 484 orang, kemasukan pertama peneroka ini adalah bermula dari tahun 1982 hingga tahun 1987.

Alamat rancangan Felda Lok Heng Barat :
Pejabat Felda Lok Heng Barat
81900 Kota Tinggi Johor
No Telefon : 07-8947469
No Fax : 07-8947612
Maklumat kawasan Parlimen :
Nama Ahli Parlimen  : YB Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid
Nama kawasan Parlimen : Parlimen Kota Tinggi
Maklumat Dewan Undangan Negeri (Dun)
Nama Adun : YB Haji Rasman Ithnain
Nama Kawasan Dun : Sedili Kecil

Felda Long Barat, Lok Heng Timur & Lok Heng Selatan

Gugusan FELDA Lok Heng yang terletak di Mukim Sedili Kecil dalam Daerah Kota Tinggi adalah terdiri daripada tiga buah tanah rancangan peneroka FELDA iaitu Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur dan Felda Lok Heng Selatan.

Felda Lok Heng Selatan telah dibangunkan pada tahun 1978 dengan tanaman kelapa sawit seluas 1768.44 hektar. Pada peringkat awalnya, kawasan ladang Felda Lok Heng Selatan adalah kawasan ladang Felda Lok Heng Barat dan Felda Lok Heng Timur yang mana kebanyakan kawasannya tidak berapa ekonomik, rendah dan berpaya. Kawasan ini telah dipulihkan dan dibangunkan semula. Maka, wujudlah rancangan Felda Lok Heng Selatan

Tanah rancangan Felda Lok Heng Selatan telah dibangunkan pada tahun 1978 dan mula diduduki oleh peneroka baru secara rasmi pada Januari 1986 bagi peringkat 01 seramai 110 orang tidak termasuk ahli keluarga masing-masing dan pada Februari 1987 bagi peringkat 02 seramai 261 orang tidak termasuk ahli keluarga masing-masing. 

PORTAL <b>FELDA LOK HENG</b> BARAT: Kemudahan Utama Di Felda

Posted: 21 Aug 2013 08:00 AM PDT


Felda Lok Heng Barat Kota Tinggi Johor adalah merupakan satu kurniaan Allah kepada warga penghuninya yang tinggal di sini. Diberikan keamanan, ketenangan, kemajuan serta keceriaan yang mampu memberikan ketenangan berbanding kesibukan kota. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan kepada warga Felda sebagai memenuhi keperluan harian
Pejabat Felda Lok Heng Barat Kota Tinggi Johor

 Masjid Al Firdaus Felda Lok Heng
 Sek. Keb. Lokhman Hakim Felda Lok Heng
 Sekolah Agama Felda Lok Heng
 Dewan Serbaguna Felda Lok Heng Barat
 Padang Futsal Felda Lok Heng Barat
 Bangunan GPW Felda Lok Heng Barat / Homestay
 Klinik Kesihatan Felda Lok Heng
 Sekolah Menengah Lokhman Hakim Felda Lok Heng
 Koperasi Felda Lok Heng Barat
Pondok Polis Felda Lok Heng
Segala kemudahan dan infrastruktur ini sangat memainkan peranan penting dalam memajukan Felda Lok Heng khususnya dalam menjalani keperluan harian yang lebih sempurna dan terjamin.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat