felda nitar - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda nitar - Google Blog Search |
<b>felda nitar</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 21 Sep 2013 09:36 AM PDT Tebing di bahagian tepi pondok Rela yang mengalami hakisan boleh menyebabkan pondok tersebut roboh pada bila-bila masa. MERSING – Rela Felda Nitar 1 berharap pondok Rela di kawasan itu dapat dibaik pulih bagi memudahkan mereka melaksanakan tugas. Pembantu Ketua Rela Felda Nitar 1, Mohd Yusuf Abdul Razak berkata, tempat tersebut tidak sesuai untuk dijadikan lokasi pertemuan antara ahli Rela kerana keadaannya yang usang. "Sudah lima tahun pondok tersebut tidak digunakan kerana keadaan bangunannya yang lama dan tidak sesuai untuk digunakan. "Kami hanya membersihkan ruang dalamnya sahaja, malah kini, pasukan kami menggunakan balai raya dan balai koperasi untuk bermesyuarat," katanya. Mohd Yusuf kesal apabila bahagian tepi pondok tersebut berlaku hakisan yang dijangka bakal roboh pada bila-bila masa. "Kami khuatir jika hakisan ini bertambah teruk lebih banyak perkara buruk akan berlaku," katanya. "Permohonan bagi memohon peruntukan membaik pulih bangunan dan menambak tebing di bahagian tepi pondok berkenaan telah diusulkan. "Kami telah membuat tiga kali permohonan pada 2009, 2010 dan 2011 yang lalu tetapi sehingga kini tiada sebarang maklum balas ," katanya. Setiausaha Rela Felda Nitar 1, Mohd Hamdan Tasrib berkata, sebelum ini ada ura-ura menyatakan sebanyak RM20,000 diperuntukkan untuk membaik pulih pondok tersebut. "Tahun lalu, kami diberitahu ada peruntukan membaik pulih pondok ini tetapi hingga sekarang masih tiada tindakan dibuat," katanya. Sinar Harian 17 Feb 2013 |
You are subscribed to email updates from felda nitar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |