{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda pemanis - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda pemanis - Google Blog Search


Persatuan Belia G2 <b>Felda Pemanis</b>: [84] Laporan Pertandingan <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2013 09:07 PM PDT

Rujuk entri sebelum ini 
SELESAI sudah Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menjadi penganjur bersama Jabatan Belia dan Sukan Johor dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat untuk julung - julung kali Pertandingan Inovasi Rakan Muda Negeri Johor 2013. Acara diadakan sempena Karnival Rakan Muda dan Jom Centre Perinkat Negeri Johor.Ia diadakan pada Sabtu, 28 September 2013 di Dataran Segamat. Terima kasih untuk semua yang menjayakan pertandingan. Tahniah untuk peserta yang memenangi inovasi edisi ini.
Sebanyak 18 pasukan / projek (satu menarik diri pada hari pertandingan dari jumlah asal 19) telah bertanding. Ia meliputi pelbagai projek penemuan, penciptaan, rekabentuk, inovasi dan penyelidikan yang dihasilkan oleh generasi muda. Antaranya adalah penyelidikan sains, adaptasi sains perubatan moden - tradisional teknologi kejuruteraan, teknologi pertanian, kejuruteraan automatif, teknologi elektrik dan adaptasi teknologi - seni.
Dari adik - adik Felda Pemanis memenangi DUA EMAS dan DUA PERAK. Emas menerusi projek dHolland as Natural Pesticides dan Absorbott. Manakala Perak menerusi projek Direct Ethanol Fuel Cell dan Light Bootle - Teknik Pembelauan Cahaya. Projek Absorbott juga memenangi booth pameran dan pembentangan terbaik.
Terima kasih hakim - hakim : Encik Firdaus Bachok (Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Kolej Komuniti Segamat), Encik Nazri Ali (Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Segamat) dan Puan Rugayah Haji Sirah (Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik, SMK Munshi Ibrahim).
Berikut pula adalah videonya 
Sedikit cebisan gambar program :






Oh ya, bagaimana pula dengan keputusan petandingan? 
Ini adalah senarai keputusan yang telah disahkan oleh Ketua Hakim.

Tahniah kepada semua yang menyertai. Lagi tahniah kepada yang berjaya dan mendapat keputusan pencapaian Tahap Emas.
Semoga kita berjumpa lagi!

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat