{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sungai koyan - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sungai koyan - Google Blog Search


<b>Felda</b> guna teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) - Hairan <b>...</b>

Posted: 30 Sep 2013 04:56 PM PDT

Felda akan menggunakan teknologi Sistem Binaan Berindustri (IBS) untuk memastikan sasaran pembinaan kediaman bagi generasi kedua peneroka di seluruh negara dicapai.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Samad memberitahu, menerusi projek skim perumahan di tanah rancangan bagi membantu menyediakan masa depan yang lebih baik bagi warga peneroka, Felda perlu menyediakan 20,000 rumah dalam tempoh lima tahun ini.

"Ini merupakan satu jumlah yang besar dan melalui penggunaan teknologi pasang siap ini, dijangka mampu membina lebih banyak rumah kelak seperti hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Transformasi Komuniti Felda di Hati di Felda Sungai Koyan 1 di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Pembangunan Komuniti Felda, Anuar Malik; Pengurus Besar Felda Wilayah Mempaga, Mohd Nasir Embong dan wakil Ketua Peneroka Gabungan Felda Wilayah Mempaga, Sazly Abdul Wahab.

IBS merupakan proses pembinaan menggunakan teknik, produk, komponen atau sistem pembinaan melibatkan pemasangan komponen binaan di tapak, sekali gus dapat mengurangkan tenaga kerja dan kos, menjimatkan masa, produktiviti tinggi dan persekitaran pembinaan lebih selamat.

Mohd Isa berkata, bagi mencapai sasaran, setiap tahun Felda perlu menyiapkan 4,000 unit rumah di kawasan-kawasan yang telah ditentukan.

"Setiap unit rumah tersebut dijangka menelan kos kira-kira RM80,000 hingga RM100,000 bergantung kepada infrastruktur dan muka bumi.

"Felda juga akan memberi keutamaan kepada tanah rancangan yang tidak mempunyai masalah muka bumi bagi menjimatkan lagi kos pembinaan," katanya.

Beliau berharap projek skim perumahan itu dapat memberi kemudahan kepada generasi kedua Felda yang ingin bermastautin di tanah rancangan dan menjana kegiatan ekonomi setempat dengan kemudahan kediaman mampu milik itu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat