Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Pelajar Al-Azhar cabar pemerintah tentera
- 17 kilang di Thailand ditutup akibat dilanda banjir
- Penduduk Mouadamiya merayu agar diselamatkan
Pelajar Al-Azhar cabar pemerintah tentera Posted: Pelajar Al-Azhar cabar pemerintah tentera
KAHERAH - Beribu-ribu pelajar Universiti Al-Azhar di Mesir mengadakan tunjuk perasaan yang masuk hari ketiga semalam, kata sumber keselamatan. Protes tersebut merupakan antara cabaran paling serius yang dihadapi tentera sejak ia menumbangkan kerajaan Islam pimpinan Presiden Mohamed Morsi pada Julai lalu. Para penunjuk perasaan menuntut agar jawatan Morsi dikembalikan. Protes itu perlu diselesai secara bijaksana oleh pihak berkuasa kerana Al-Azhar yang merupakan pusat pengajian Islam, tidak pernah menentang pemerintah. Protes tersebut yang diadakan di beberapa buah kampus Al-Azhar di ibu kota Mesir di sini dan beberapa bandar raya lain adalah lebih kecil berbanding bantahan sebelum ini. Sumber keselamatan memberitahu, sekitar 4,000 pelajar menyertai tunjuk perasaan itu dengan 44 orang ditangkap. Kekacauan baharu itu membayangkan penyokong Morsi telah mengubah taktik dengan memberi tumpuan pada lokasi sensitif dan tidak lagi menganjurkan protes jalanan. Ia ekoran tindakan keras pihak berkuasa mematahkan protes- protes jalanan sebelum ini. Dalam pada itu, beberapa ulama, profesor dan pegawai di universiti itu juga diketahui menyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin yang pernah dipimpin oleh Morsi. Pihak berkuasa bertindak keras ke atas Ikhwanul Musli- min yang memenangi pilihan raya selepas kejatuhan Hosni Mubarak pada tahun 2011 tetapi kini diharamkan. Pasukan keselamatan telah membunuh beratus-ratus orang bagi mematahkan tunjuk pera- saan besar-besaran oleh penyokong Ikhwanul Muslimin. Pemerintah turut menangkap barisan pemimpin pergerakan itu termasuk Morsi yang dipenjarakan atas dakwaan mencetuskan keganasan. - Reuters | |
17 kilang di Thailand ditutup akibat dilanda banjir Posted: 17 kilang di Thailand ditutup akibat dilanda banjirAgensi BANGKOK - Sebanyak 17 buah kilang di sebuah zon perindustrian utama Thailand yang didominasi syarikat asing ditutup buat sementara waktu semalam selepas jalan-jalan raya berdekatan ditenggelami air banjir, kata seorang pegawai kanan. Namun, pegawai berkenaan tidak mendedahkan nama kilang- kilang yang ditutup di Taman Per- industrian Amata Nakorn itu. Zon perindustrian itu yang menempatkan lebih 500 buah kilang terletak 114 kilometer ke timur ibu kota Thailand, dari sini. Ketua Pemasaran Amata, Wibun Krommadit berkata, semua 17 kilang itu ditutup sele- pas para pekerja tidak dapat sampai ke lokasi tersebut ekoran jalan raya yang ditenggela- mi air banjir. "Kami meminta bantuan tentera laut untuk mengepam keluar air bah," kata Wibun. Hampir separuh daripada kilang di zon industri berkenaan dikendalikan oleh firma Jepun. Banjir tahun ini melanda lebih separuh daripada keseluruhan wilayah di Thailand tetapi kerajaan menolak bencana itu menyamai banjir besar pada tahun 2011. Banjir dua tahun lalu itu merupakan yang terburuk pernah melanda Thailand sejak 50 tahun lalu. Ia menyebabkan gangguan meluas ke atas industri dan rangkaian bekalan global. Banjir pada 2011 juga menye- babkan Thailand mencatat pertumbuhan ekonomi cuma satu peratus. - Reuters | |
Penduduk Mouadamiya merayu agar diselamatkan Posted: Penduduk Mouadamiya merayu agar diselamatkanAgensi DAMSYIK - Penduduk sebuah bandar di Syria yang dikepung tentera Presiden Bashar Al-Assad merayu kepada masyarakat dunia supaya "menyelamatkan kami daripada kematian" dalam sepucuk surat terbuka bagi menceritakan penderitaan dan kesengsaraan mereka. Mereka berkata, beratus-ratus lelaki, wanita dan kanak-kanak di bandar berkenaan, Mouadamiya telah mati manakala ribuan yang lain cedera. Terletak ke barat daya bandar raya ini, Mouadamiya ditawan pihak penentang Bashar, Tentera Pembebasan Syria (FSA) tahun lalu dengan pemerintah cuba untuk menguasai semula bandar berkenaan sejak daripada itu. "Selama hampir setahun, Mouadamiya dikepung dengan bekalan makanan, elektrik, ubat, perkhidmatan telefon dan bahan api disekat," menurut kandungan surat itu yang disiarkan oleh kepimpinan penentang, Majlis Kebangsaan Syria (SNC) semalam. "Kami diserang menggunakan roket, peluru meriam, bom napalm dan senjata kimia," tambahnya. Menurut SNC, hampir 12,000 orang kini berdepan kebuluran dan kematian di Mouadamiya. Sekitar 90 peratus bandar itu telah musnah manakala penduduk terpaksa memakan daun kayu untuk terus hidup. Dalam perkembangan berkaitan, ketua kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Valerie Amos memberitahu pada minggu lalu bahawa walaupun pemerintah telah memindahkan 3,000 penduduk pada bulan ini, beribu-ribu orang masih terperangkap di Mouadamiya. "Pasukan PBB tidak diberikan akses untuk memasuki bandar berkenaan," kata Amos. Setakat ini, lebih 100,000 orang telah mati dalam perang saudara di Syria yang bermula dengan tunjuk perasaan terhadap pemerintahan empat dekad oleh keluarga Bashar. - Reuters |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |