Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Juruteknik Mada yang disyaki lemas belum ditemui
- Pembesaran Sungai Batu giat dijalankan untuk laluan air banjir
- Sindiket gores dan menang tawar hadiah kereta tumpas
Juruteknik Mada yang disyaki lemas belum ditemui Posted: Juruteknik Mada yang disyaki lemas belum ditemui22/10/2013 9:23pm JITRA - Operasi mencari dan menyelamat seorang juruteknik awam Lembaga Pertanian Muda (Mada) yang kenderaan pacuan empat roda dinaikinya terhumban ke dalam sungai di Kampung Telaga Batu, Sungai Korok dekat sini semalam dihentikan pada pukul 6 petang tadi setelah gagal menemui sebarang petunjuk, sebelum disambung semula esok. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Mohammad Darus berkata, operasi yang bermula pada pukul 8.30 pagi tadi itu agak mencabar kerana hujan lebat yang turun semalam menyebabkan air memenuhi sungai dan arus menjadi deras. Operasi disertai tujuh anggota bomba serta 10 orang penyelam dengan dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang menggunakan dua bot bomba dan satu bot JPAM. "Pasukan kita mencari sehingga ke Kubang Sepat lebih 10 kilometer jauhnya dari tempat kejadian, namun tidak berhasil. Kita akan terus mencari sehingga ke laut kerana mangsa kemungkinan dihanyutkan ke Kuala Jerlun," katanya kepada pemberita di tempat operasi hari ini. - Bernama |
Pembesaran Sungai Batu giat dijalankan untuk laluan air banjir Posted: Pembesaran Sungai Batu giat dijalankan untuk laluan air banjir22/10/2013 9:02pm IPOH - Kerja-kerja pembesaran Sungai Batu yang terletak berhampiran Kampung Pantai Tim dekat Pantai Remis giat dijalankan untuk memudahkan laluan air banjir sekaligus mempercepatkan air surut. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Mohd Asri Mohd Ariff berkata, kerja-kerja pembesaran sungai dilakukan oleh agensi di bawah Majlis Keselamatan Negara antaranya pihak bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam. "Selain itu kita juga memecahkan halangan di dalam sungai bagi melancarkan laluan banjir," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Mengenai keadaan banjir, beliau berkata ia dilihat sudah mulai surut ekoran hujan telah berhenti, namun kesemua mangsa tidak dibenarkan pulang. "Pihak pengurusan banjir belum mengeluarkan arahan untuk membenarkan mangsa pulang ke rumah, tetapi kita jangka mereka dibenarkan pulang dalam masa dua atau tiga hari lagi," katanya. Mohd Asri berkata, setakat ini seramai 1,085 mangsa melibatkan penduduk di Taman Bintang Kampung Ujung Pasir, Kampung Pantai Tin, Taman Pantai Wang, Kampung Tebuk Yan, Parit Marikan dan Batu 13 Segari telah dipindahkan ke empat pusat pemindahan banjir. - Bernama |
Sindiket gores dan menang tawar hadiah kereta tumpas Posted: Sindiket gores dan menang tawar hadiah kereta tumpas22/10/2013 7:47pm KUALA TERENGGANU - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu hari ini menahan enam lelaki yang dipercayai terbabit dalam sindiket gores dan menang di negeri itu. Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Firdaus Zakaria berkata, mereka yang berusia 19 hingga 29 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah premis yang dipercayai dijadikan pejabat untuk kegiatan mereka. Sejak September tahun lepas, kami menyerbu premis ini enam kali namun gagal menemui sesiapa sehinggalah hari ini. Sindiket ini dipercayai mengakibatkan kerugian kira-kira setengah juta ringgit membabitkan 80 mangsa sejak beroperasi tahun lalu, katanya dalam sidang media, di sini hari ini. Menurutnya sindiket itu yang menjalankan kegiatan di pasar raya dan tempat tumpuan awam, menyasarkan warga emas dengan menawarkan kereta Nissan Almera. "Mangsa yang dijerat kemudian dibawa ke pejabat mereka dan menawarkan peraduan gores dan menang. Apabila terkena, mangsa akan diminta membayar RM10,00 untuk mendapatkan kereta itu yang akan diserah dalam tempoh dua minggu. "Selepas dua minggu, mangsa yang datang ke pejabat akan diberi sebuah tilam dan sindiket mendakwa tilam itu bernilai RM25,000 dan boleh memulihkan pelbagai penyakit. Jika mangsa mendesak mahukan kereta juga, mangsa akan diminta membuat bayaran lain," katanya. Beliau berkata, berdasarkan aduan yang diterima pihaknya, ada mangsa membayar sehingga RM70,000. Seorang daripada yang ditahan hari ini pernah ditangkap dan dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan sama, namun jelas dia tidak serik, katanya. Menurut Firdaus, semua yang ditahan hari ini hanyalah pekerja dan pihaknya sedang mengesan dalang sindiket itu. "Sebelum ini semasa diserbu, premis ini kosong. Namun hari ini kita percaya mereka baru sahaja melarikan diri kerana kereta Nissan Almera yang ditawarkan sebagai hadiah hanya diletak di belakang premis," katanya menambah berdasarkan aduan mangsa, mereka ditunjukkan kereta itu yang diletak di hadapan premis ketika datang menuntut hadiah. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |