Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Sultan Brunei perkenal undang-undang syariah
- Pelajar amuk di sekolah AS
- Obama selamatkan wanita hamil
Sultan Brunei perkenal undang-undang syariah Posted: Sultan Brunei perkenal undang-undang syariah
BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah Brunei, semalam memperkenalkan hukuman Islam termasuk merejam sampai mati penzina sekali gus menjadikan Brunei negara Asia Tenggara pertama yang melaksanakan undang-undang tersebut di peringkat nasional. Baginda berkata, Kanun Hukuman Jenayah Syariah yang baru diperkenalkan semalam selepas persediaan selama beberapa tahun itu akan dikuatkuasakan secara berperingkat enam bulan kemudian. Undang-undang tersebut akan hanya dilaksanakan terhadap penganut Islam. Ia merangkumi hukuman Islam termasuk merejam penzina yang sudah berkahwin, memotong tangan pencuri dan hukuman sebat ke atas penganut Islam yang melakukan perlbagai salah seperti minum arak dan menggugurkan anak. "Dengan ini, Alhamdulillah, pada peringkat ini tanggungjawab kita di hadapan Allah telah pun tertunai," titah baginda dalam satu ucapan. Sultan Hassanal pertama kali mencadangkan untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negara yang dihuni oleh 400,000 penduduk itu pada 1996. "Brunei menonjolkan ciri-ciri sebuah negara feudal pada kurun ke-18 berbanding anggota penting rantau ekonomi dan sosial Asia Tenggara pada kurun ke-21," kata Timbalan Pengarah Asia Pertubuhan Hak Asasi Manusia Human Rights Watch, Phil Robertson ketika mengulas perkembangan itu. Beliau menyifatkan perubahan kepada undang-undang tersebut sebagai pencabulan hak, dibenci dan tanpa justifikasi. Brunei telah mengharamkan penjualan dan perbuatan minum arak di tempat awam serta mengehadkan perkembangan ajaran agama lain. Sultan Brunei sendiri melahirkan kebimbangan berhubung undang-undang syariah beberapa tahun lalu ketika kanun berkenaan dalam proses untuk disiapkan. Namun, baginda berulang kali menyokong untuk mengukuhkan asas Islam bagi menghadapi pengaruh luar yang merosakkan termasuk internet. Bagaimanapun, kerajaan Brunei dipercayai akan melaksanakan undang-undang syariah secara peringkat-peringkat seiring dengan cirinya sebagai sebuah negara yang aman, kata seorang felo pelawat di Pusat Pengajian Islam Omar Ali Saifuddien, Gibril Fouad Haddad. "Adakah ia (undang-undang syariah) hanya simbolik? Saya tidak tahu," katanya. - Agensi | |
Posted: Pelajar amuk di sekolah AS AP SPARKS - Seorang pelajar Amerika Syarikat (AS) yang bersenjatakan selaras pistol semi automatik menembak mati seorang guru matematik dan mencederakan dua rakan sekelasnya pada Isnin lalu di Sekolah Pertengahan Sparks di sini. Beberapa saksi menyatakan bahawa pelajar tersebut kemudian membunuh diri selepas dia melakukan perbuatan tersebut. Guru matematik yang terbunuh itu ialah Michael Landsberry yang berusia 45 tahun. Bagaimanapun, nama pelajar tersebut tidak didedahkan. Menurut polis, pelajar yang melakukan perbuatan tersebut berumur 12 tahun. Namun, beberapa laporan kemudian menyatakan dia berusia 13 tahun. Motif kejadian itu masih belum diketahui. - Agensi | |
Posted: Obama selamatkan wanita hamil AP WASHINGTON D.C - Seorang wanita hamil mengucapkan terima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kerana memegangnya sebelum dia pengsan ketika beliau berucap di White House di sini kelmarin. Wanita berkenaan, Karmel Allison yang berasal dari San Diego mula berasa pening semasa berdiri di belakang Obama pada acara tersebut. Dia dijemput ke White House selepas menulis komen positif di sebuah laman blog tentang pelan insurans tentang penjagaan kesihatan yang diperkenalkan oleh Obama. Pelan tersebut lebih dikenali sebagai Obamacare. Pada pengakhiran ucapan tersebut, Allison kelihatan terhuyung-huyung dan berusaha untuk tidak rebah. Obama berpaling dan memegangnya serta berkata: "Saya dah dapat awak, awak okey" "Inilah yang berlaku apabila saya bercakap terlalu lama," tambahnya. Dalam perkembangan berkaitan, pihak White House menyatakan bahawa Allison menghidap diabetes apabila dia berusia sembilan tahun. Dia kemudian diiring keluar dari acara itu. Allison mengucapkan terima kasih kepada Obama melalui satu mesej di laman Twitter kerana membantunya. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |