Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Impak penutupan kerajaan AS
- Malala Yousafzai terima anugerah
- Lauryn Hill dibebaskan daripada penjara
Posted: Impak penutupan kerajaan ASSEKUMPULAN penjawat awam menyertai tunjuk perasaan untuk menuntut Kongres menamatkan penutupan kerajaan AS di luar bangunan U.S. Capitol di Washington, Amerika Syarikat kelmarin. BALI - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry semalam memberi amaran kepada Kongres supaya berfikir panjang mengenai impak negatif yang akan timbul berikutan penutupan operasi pentadbiran negara itu sejak lima hari lalu. Pertikaian antara Parti Demokrat dan Republikan itu disifatkan beliau sebagai 'cuai' dan boleh menjejaskan kreadibiliti AS di mata dunia jika ia tidak diselesaikan segera. Malah, ia seakan-akan memberi mesej kepada dunia bahawa AS tidak mampu menyelesaikan masalahnya sendiri. "Sekiranya krisis ini berterusan atau berulang, orang ramai akan mula mempersoalkan kemampuan AS untuk mengendalikan kerajaannya sendiri," kata Kerry dalam satu mesyuarat sewaktu Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang berlangsung di sini. Kerry bagaimanapun menegaskan bahawa imej AS masih belum tercalar di mata pemimpin dunia dan yakin isu itu dapat diselesaikan tidak lama lagi. "AS tetap menjadi kuasa paling besar di dunia dari segi kapasiti ketenteraan dan ekonomi," tambah Kerry. Sebelum ini, Presiden AS, Barack Obama terpaksa membatalkan lawatannya ke beberapa buah negara ASEAN termasuk Malaysia, Brunei dan Filipina. Obama juga terlepas peluang menghadiri mesyuarat APEC. Kerry yang menggantikan tempat Obama untuk lawatan ke negara ASEAN menyatakan, beliau percaya tindakan Republikan menghalang perbelanjaan kerajaan di Kongres sebagai satu langkah berbahaya. Biarpun begitu, Kerry menegaskan, isu di Washington tidak akan menjejaskan komitmen AS terhadap rakan-rakannya di Asia dari aspek perdagangan dan pelaburan di rantau terbabit. Penutupan kerajaan AS berlaku apabila Republikan yang menguasai Dewan Perwakilan enggan meluluskan wang untuk operasi pentadbiran kecuali undang-undang penjagaan kesihatan yang dikenali sebagai Obamacare ditangguhkan atau tidak dibiayai. Obama dikatakan enggan untuk berunding dengan Republikan mengenai isu bajet sehinggalah mereka meluluskan rang undang-undang sementara untuk membuka kembali kerajaan AS. Selain bersetuju menaikkan had pinjaman berkanun kepada AS$16.7 trilion (RM53.1 trilion) "Undi dan hentikan sandiwara ini. Tamatkan penutupan kerajaan ini sekarang," tegas Obama. Penutupan kerajaan memberi impak besar. Dari segi polisi dana luar, ia menangguhkan bantuan keselamatan kepada Israel dan menjejaskan pemantauan terhadap sekatan yang dikenakan ke atas beberapa buah negara seperti Iran. Penutupan kerajaan AS turut memberi kesan kepada pelancong yang ingin mengunjungi Institusi Smithsonian yang terdiri daripada 19 buah muzium, galeri-galeri dan Zoo Nasional. Sementara taman-taman awam termasuklah Statue of Liberty, Yosemite dan Alcatraz juga terpaksa ditutup. Krisis itu menyebabkan ratusan ribu penjawat awam di beberapa jabatan seperti pertahanan, perdagangan, tenaga dan pengangkutan diarahkan untuk bercuti tanpa gaji. Justeru, penyelidikan saintifik juga terpaksa ditangguhkan. Kali terakhir AS menutup operasi kerajaannya adalah pada 17 tahun lalu. - Agensi |
Malala Yousafzai terima anugerah Posted: Malala Yousafzai terima anugerah REUTERS LONDON - Aktivis pendidikan Pakistan yang hampir maut ditembak oleh seorang anggota Taliban, Malala Yousafzai diberi pengiktirafan menerusi anugerah yang dinamakan sempena seorang wartawan Rusia yang mati dibunuh, Anna Politkovskaya. Yousafzai ditembak dari jarak dekat ketika berjalan menuju ke sekolahnya di Pakistan pada Oktober 2012. Jumaat lalu, beliau diumumkan sebagai penerima anugerah itu. Anugerah tersebut disampaikan pada setiap tahun oleh pihak RAW (Reach All Women) in War kepada mereka yang memperjuangkan hak-hak wanita. Menurut RAW in War, Yousafzai dipilih menerima pengiktirafan itu atas keberaniannya menyuarakan hak-hak wanita di Pakistan yang dinafikan hak menerima pendidikan. Yousafzai menerima anugerah itu di sini daripada Nicholas Winton. Winton ialah tokoh yang bertanggungjawab menyelamatkan kanak-kanak Yahudi ketika Jerman menakluk Czechoslovakia. - Agensi |
Lauryn Hill dibebaskan daripada penjara Posted: Lauryn Hill dibebaskan daripada penjaraGAMBAR fail bertarikh 22 April 2013 menunjukkan penyanyi Lauryn Hill berjalan keluar dari mahkamah persekutuan di Newark, New Jersey, Amerika Syarikat. NEW YORK - Penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Killing Me Softly, Lauryn Hill telah dibebaskan daripada penjara pada Jumaat lalu. Hill dipenjarakan sejak Julai lalu kerana gagal membayar cukai, kata peguamnya. Bekas ahli kumpulan The Fugees itu kini perlu menjalani hukuman tahanan dalam rumah selama tiga bulan selepas meninggalkan penjara persekutuan di Danbury, Connecticut yang terletak 112 kilometer dari Bandar New York. Peguamnya, Nathan Hochman memberitahu, anak guamnya telah membayar hutang cukai kerajaan dan daerah sebanyak AS$1 juta (RM3.18 juta) selepas membuat pengakuan bersalah di mahkamah. "Dia dibebaskan hari ini dan sekarang memulakan tempoh pemerhatian selama setahun," kata Hochman. Bagaimanapun Hochman berkata, dia masih tidak bercakap dengan anak guamnya sejak dibebaskan daripada penjara. Penyanyi berusia 38 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara pada 8 Julai lalu akibat gagal membayar cukai berjumlah lebih RM4 juta kepada kerajaan Amerika Syarikat . - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |