Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Enam terbunuh dirempuh trak gergasi di Mexico
- AS tangkap pemimpin Al-Qaeda
- Sean Penn taja lima pelari Haiti
Enam terbunuh dirempuh trak gergasi di Mexico Posted: Enam terbunuh dirempuh trak gergasi di Mexico
CIUDAD JUAREZ - Enam orang maut dan 47 yang lain cedera selepas sebuah trak gergasi merempuh pentas utama semasa satu pertunjukan di utara Mexico kelmarin, kata beberapa pegawai. Nahas berlaku selepas brek kenderaan itu gagal berfungsi. Jurucakap majlis perbandaran Chihuahua, Jose Luis Dominguez berkata, dua kanak-kanak merupakan antara yang terkorban dalam acara Extreme Airshow di bandar itu. Menurut Dominguez, kemalangan berlaku pada pukul 7 malam (waktu tempatan) apabila kenderaan itu hilang kawalan lalu merempuh pentas di taman El Rejon. Pertunjukan memusnahkan sejumlah kereta kecil dengan trak pikap bertayar gergasi kelmarin menarik sekitar 3,500 penonton. - AFP | |
Posted: AS tangkap pemimpin Al-QaedaTRIPOLI - Tentera Amerika Syarikat (AS) berjaya menangkap seorang pemimpin kumpulan militan Al-Qaeda di Libya yang dikaitkan dengan pengeboman Kedutaan AS di timur Afrika pada tahun 1998. Suspek itu, Nazih Abdul-Hamed al-Ruqai yang turut dikenali sebagai Anas al-Libi dikehendaki oleh AS sejak lebih sedekad lalu. Penangkapannya memberi tamparan hebat kepada organisasi Al-Qaeda yang pernah diterajui oleh Osama bin Laden. Menurut beberapa anggota keluarganya, kumpulan lelaki bersenjata menaiki tiga buah kereta memberkas Anas di luar kediamannya di Tripoli. Anas dipercayai kembali ke Libya semasa perang saudara pada tahun 2011 yang menyaksikan bekas pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi digulingkan dan dibunuh. Abangnya, Nabih berkata, tiga kende- raan mengepung pemimpin Al-Qaeda berusia 49 tahun itu semasa dia meletakkan kereta di luar rumahnya pada pagi kelmarin selepas solat subuh. Sementara itu, pegawai AS yang enggan namanya didedahkan berkata, tiada kecede- raan berlaku ke atas tentera AS dalam operasi tersebut. Anas merupakan senarai individu paling dikehendaki Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dengan ganjaran sebanyak AS$5 juta (kira-kira RM15.9 juta). Suspek pernah didakwa di mahkamah persekutuan di New York kerana dituduh terlibat dalam pengeboman Kedutaan AS di Dar es Salaam, Tanzania dan Nairobi, Kenya pada 7 Ogos 1998. Insiden itu mengorbankan lebih 250 orang. Anas yang merupakan penuntut keju- ruteraan elektronik dan nuklear dari Universiti Tripoli dipercayai menjadi pakar komputer untuk Al-Qaeda, selain se- orang aktivis anti-Gaddafi. - AP | |
Sean Penn taja lima pelari Haiti Posted: Sean Penn taja lima pelari HaitiSEAN PENN NEW YORK - Pelakon terkenal Hollywood, Sean Penn berasa teruja apabila pertubuhannya akan menaja pelari dari Haiti untuk me- nyertai Maraton New York. Larian sejauh 42 kilometer itu akan diadakan pada 3 November depan. Penn, 53, menyatakan bahawa Pertubuhan Bantuan Rakyat Haiti (HRO) akan meneruskan usaha membangunkan semula Haiti dengan menghulurkan bantuan perubatan, penempatan semula, pro- gram pembangunan masyarakat, selain membawa harapan baharu kepada negara pulau itu. "Kami telah mendapat lima pelari Haiti. Semuanya berjumlah 10 orang pelari yang akan berlari untuk mewakili Haiti dan pertubuhan ini," ujarnya yang juga merupakan ketua pegawai eksekutif HRO. HRO ditubuhkan oleh Penn selepas gempa bumi sekuat 7.0 pada skala Richter mengorbankan nyawa lebih 100,000 pendu-duk Haiti pada Januari tahun 2010. "Saya baru pulang dari Port- au-Prince untuk melawat pelari maraton Haiti kami. Mereka sangat berdisiplin dan bersemangat tinggi. "Ini merupakan kunjungan pertama mereka ke New York,"jelasnya. - AP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |