Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Banjir landa kawasan perindustrian Thailand
- Lelaki berumah di atas pokok epal
- Plak bintang John Lennon jadi sasaran vandalisme
Banjir landa kawasan perindustrian Thailand Posted: Banjir landa kawasan perindustrian Thailand
BANGKOK - Air banjir melimpah masuk ke sebuah taman perindustrian utama di timur bandar raya ini semalam, sekali gus meningkatkan kebimbangan kemusnahan besar yang menimpa firma tempatan dan asing akibat banjir pada 2011 akan berulang. Thailand merupakan pengeluar pemacu cakera keras terbesar di dunia selain pembekal utama komponen elektronik dan alat ganti kereta. Banjir pada 2011 meragut lebih 800 nyawa dan menye- babkan gangguan besar kepada sektor perindustrian Thailand dengan pertumbuhan ekonomi merosot kepada 0.1 peratus. Bencana itu turut menyebabkan bekalan kepada beberapa firma global seperti Apple Inc. dan Toyota Motor Corp. terjejas. Pemaju taman perindustrian terbesar di Thailand, Amata Corporation menyatakan, taman perindustriannya di wilayah Chonburi, 114 kilometer dari sini, dilanda banjir. "Air bah setinggi 15 senti- meter melimpah masuk ke taman berkenaan di tiga kawasan tetapi tidak menjejaskan operasi," kata Ketua Eksekutif Amata Corporation, Wikrom Krommadit "Semua kilang di sini beroperasi seperti biasa," tambahnya. Menurut Wikrom, ini adalah kali pertama taman perindustrian seluas lebih 3,020 hektar itu dilanda banjir. Lokasi tersebut katanya, menempatkan beberapa syarikat pengeluar alat ganti untuk pengeluar kereta Jepun. Hampir separuh daripada keseluruhan kilang di taman perindustrian itu berasal dari Jepun. - Reuters | |
Lelaki berumah di atas pokok epal Posted: Lelaki berumah di atas pokok epalBURROUGH sanggup berumah di atas sebatang pokok epal berusia 150 tahun bagi mengelakkan pohon tersebut ditebang. GLOUCESTERSHIRE, Britain - Seorang aktivis , Rowan Burrough tinggal di atas pohon epal berusia 150 tahun untuk mengelakkan pokok itu ditebang bagi memberi laluan kepada projek pembinaan rumah mewah di sini. Tindakan Burrough, 44, mendapat sokongan penduduk tempatan yang memberikannya sup, sandwic dan air sepanjang protes tersebut. Namun, kontraktor projek perumahan itu sempat mencantas dahan-dahan pokok epal berkenaan baru-baru ini. Ketika kejadian, Burrough pulang sekejap ke rumahnya untuk tidur selama beberapa jam pada pukul 3 pagi. "Terdapat kesedaran dalam kalangan masyarakat Britain berhubung kepentingan untuk memulihara pokok-pokok dan dusun di negara ini," kata Burrough. "Secara peribadi, saya lebih rela pokok ini dipulihara daripada ia ditebang," tambahnya. Dalam pada itu, polis tempatan memberitahu, aktivis berkenaan tidak ditangkap kerana pihak kontraktor mahu isu tersebut diselesai secara baik. - Agensi | |
Plak bintang John Lennon jadi sasaran vandalisme Posted: Plak bintang John Lennon jadi sasaran vandalisme
LOS ANGELES - Seorang perosak harta benda awam menconteng plak penghargaan vokalis kumpulan legenda The Beatles, John Lennon di laluan Walk of Fame di sini pada hujung minggu lalu. Tindakan tidak bermoral itu mendorong laluan itu dibersihkan sebelum peminat Lennon berkumpul di lokasi tersebut sempena ulang tahun kelahiran mendiang hari ini. Ia merupakan ulang tahun kelahiran ke-73 ikon muzik tersebut. Lennon mati ditembak ketika berusia 40 tahun oleh bekas pengawal keselamatan, Mark David Chapman menggunakan sepucuk pistol di hadapan apartmennya di New York pada 8 Disem- ber 1980. Seorang artis grafiti yang gagal dikenal pasti dilaporkan melukis wajah senyuman dan pelbagai mesej pada plak yang terletak di bangunan syarikat rakaman Capitol Records di pusat bandar Hollywood di sini. "Seseorang datang pada malam Ahad lalu dan menconteng plak itu," kata pengurus perkhidmatan pejabat di Capitol Records, Peter Bermont kepada agensi berita AFP. Sementara itu, jurucakap pihak berkuasa yang menguruskan Walk of Fame, Ana Martinez kesal kerana individu terbabit gagal ditangkap. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |