Kosmo Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Hiburan |
- Lakonan rezeki terpijak Azlee
- Sandiwara cinta Shah Iskandar, Diana
- Festival Acapella Antarabangsa 2013 di SingapuraShades wakili Malaysia
Posted: Lakonan rezeki terpijak AzleePERNAH pelakon muda yang duduk berdepan penulis di set penggambaran drama popular Love You Mr. Arrogant, Azlee Khairi menjadi bualan ketika awal kemunculannya dua tahun lalu kerana mirip pelakon popular Remy Ishak. Pernah juga terpampang kisah Azlee mempunyai pertalian darah dengan pelakon Ashraf Muslim dan Rushdi Ramli. Sekali lagi diasak situasi sama yang sekali gus telah memperkenalkan diri Azlee kepada khalayak, dalam nada kurang selesa pelakon kelahiran Kuala Kangsar, Perak itu membuat penegasan. "Dakwaan itu satu beban kepada saya dan saya pun sudah mengulas mengenai perkara itu. Saya tiada sebarang pertalian darah atau kaitan sama ada dengan Remy, Ashraf atau Rushdi. "Cuma saya tidak faham kenapa orang masih menilai saya sebagai mereka dan masih mahu samakan kami. Jujur, kita tidak boleh puaskan hati orang," getus Azlee yang ditemui di set penggambaran drama bersiri popular itu di Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini. Sasaran Sambil melabuhkan punggung membetulkan kedudukan, ruang perbualan semakin selesa. Azlee mula bercerita matlamat dan perjuangannya dalam dunia lakonan. Kata Azlee atau nama sebenarnya Azlee Khairi Zulah Hainee, 24, berlakon cuma platform untuk dia terjun ke bidang pengarahan apabila tiba waktu yang sesuai kelak. "Boleh saya katakan lakonan ini rezeki terpijak kerana saya tiada niat pun untuk menjadi seorang pelakon sebelum ini. Mula kerjaya saya pun sebagai krew produksi dan orang belakang tabir saja. "Saya menganggap bidang lakonan ini satu platform untuk saya menjadi pengarah nanti tapi sebelum mencapai impian itu saya harus memantapkan kualiti lakonan saya.
"Soal populariti bukan prioriti saya sebab saya jadi artis bukan nak popular. Dunia populariti itu merimaskan! Sekarang pun ruang privasi saya sudah semakin menipis apatah lagi kalau menjadi bintang yang jadi tumpuan orang tapi inilah jalan yang saya pilih," jelas pendukung watak Irham dalam Love You Mr. Arrogant. Ditanya sasarannya dalam tempoh lima tahun akan datang, jawab Azlee, dia menjangkakan tempoh itu sudah cukup ranum untuk bersandar di kerusi pengarah. "Tidak melampau kalau saya melihat diri saya sebagai seorang pengarah dalam tempoh lima tahun akan datang kerana daripada angan-angan itu terbit cita-cita dan keinginan," tambah lulusan Diploma Seni Layar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu. Populariti Bagi yang tidak mengenali siapa Azlee Khairi, sebelum bekerja di belakang tabir beberapa buah produksi di sekitar Kuala Lumpur, anak kedua daripada enam beradik itu pernah menjadi pemain bola sepak mewakili pasukan bawah 18 tahun negeri Perak sejak tingkatan tiga lagi. Radius kariernya mula berubah wajah apabila diberikan kepercayaan untuk menggalas watak sampingan dalam drama rantaian Impian Sunsilk 2. Sejak itu tawaran lakonan mula bercambah dan lebih ramai produser filem serta drama mula mengintai bakat anak muda itu. "Pelakon ada tiga jenis. Pertamanya berlakon kerana mahu mencari populariti, kedua berlakon untuk mengumpul duit dan ketiganya berlakon kerana bekerja. "Saya meletakkan diri dalam kelompok ketiga iaitu berlakon kerana bekerja. Kalau letak untuk popular mungkin orang susah nak pandang kerana tiada rasa ikhlas. "Tapi kalau orang sedar bahawa saya tidak bagus saya boleh belajar daripada kesilapan untuk membuktikan sejauh manakah keupayaan diri sendiri," katanya yang pernah hampir berputus asa apabila langsung tiada tawaran berlakon ketika menuntut di universiti.
Sensasi Tidak semua bintang baharu yang berjaya mencuri tumpuan seperti Azlee. Harus diakui kebanyakannya lebih gemar mencuri perhatian melalui kisah kontroversi atau sensasi. Tidak bagi Azlee, katanya semahu-mahu dia cuba mengelak daripada menjadi bidikan gosip liar yang nyata sekali boleh menjejaskan reputasi bersihnya selama lima tahun dalam industri. "Apabila bermula daripada bawah, gelora yang datang daripada segenap sudut membuatkan kita lebih kental. Pekakkan telinga saja. "Soal cinta saya tolak tepi dahulu dan saya tidak mahu mengeksplorasi perkara itu. Saya enggan menjadi buah mulut kepada orang sekeliling yang selama ini mempercayai saya sebagai seorang pelakon yang bekerja. "Tidak ada tekanan daripada keluarga saya untuk mencari cinta pada usia muda dan mereka sangat memahami. Saya pun tidak memberikan satu jangka masa untuk diri sendiri mencari cinta atau menamatkan zaman bujang. "Tapi tidak dinafikan adalah normal untuk ada rasa mahu bercinta. Saya akui saya memang menjalinkan hubungan dengan seorang gadis, dia pun ada terbabit dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengarahan tapi biarlah bukan perkara itu menjadi pokok bicara. "Apa yang penting, saya sendiri perlu pandai mengawal diri agar tidak terbabit dengan sebarang kontroversi atau kisah sensasi dan perlu beringat pesan ibu bapa kerana itu senjata utama saya," simpul Azlee mengakhiri perbualan. | ||
Sandiwara cinta Shah Iskandar, Diana Posted: Sandiwara cinta Shah Iskandar, DianaOleh NOOR ASHREEN ISMAIL
PASTI jika disebut nama sahaja, tidak ramai yang mengenali wanita ini. Sementelah, dia bukan sesiapa. Namun, oleh kerana adiknya, Anzalna Nasir merupakan seorang pelakon, maka nama Diana Nasir pantas dikenali kerana 'sandiwara cinta'nya bersama pelakon Shah Iskandar. Ceritanya, beberapa hari lepas, melalui akaun Facebook miliknya, Diana Nasir Full, dia telah memuat naik sekeping foto bersama Shah Iskandar dan membuat kapsyen seperti dia kini sedang bercinta dengan jejaka tersebut. Bagaimanapun, sebaliknya berlaku apabila Shah Iskandar mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak tahu mengenai 'perhubungan' tersebut dan mereka hanya berkawan biasa. Malah dalam salah satu kenyataan yang dikeluarkan, Shah mendakwa, dia tidak menyimpan sebarang perasaan cinta kepada Diana, biarpun Diana menggelarkannya sebagai 'Baby Shah'. Kosmo! telah menghubungi Diana untuk mendapatkan komen, namun dia enggan memberi kerjasama dengan mengatakan dirinya sibuk untuk ditemu bual. Bagaimanapun, Kosmo! berjaya mendapatkan komen Anzalna sendiri sebagai adiknya ketika menghadiri majlis sidang akhbar pelancaran program bual bicara Diva De Vida di Dataran Karyawan Finas, Kuala Lumpur. KOSMO!: Sebagai adik kepada Diana, boleh komen tentang kes kakak anda bersama Shah Iskandar? Kakak anda mendakwa dia kekasih Shah, sementara Shah pula menafikan hal tersebut? ANZALNA: Pada mulanya memang saya tidak ingin masuk campur, ini kerana, ia merupakan kes orang lain dan tiada kena mengena dengan saya. Tapi disebabkan saya rasa dia kakak saya, maka saya perlu masuk campur kerana perkara tersebut menjatuhkan maruah kakak saya serta keluarga. Selepas melihat status Facebook yang dimuat naik, memang kelihatan seperti kakak saya yang terhegeh-hegeh dengannya, sedangkan dia (Shah) memberi kenyataan bahawa dia tidak punya perasaan terhadap kakak saya. Bagaimanapun, kakak saya menunjukkan semula khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepadanya, dan ternyata perbualan mereka tidak pula kelihatan seperti kawan biasa. GAMBAR yang dimuat naik Diana (kanan) bersama pelakon Shah Iskandar serta status yang dikemas kini di laman Facebook telah mencetuskan kontroversi selepas pelakon tersebut menafikan hubungannya dengan kakak pelakon Anzalna itu. Apakah perasaan anda setelah mendapat tahu tentang perkara ini? Maklumlah sebab sekarang semua orang berfikir kakak anda seperti syok sendiri? Saya bukan bercakap kosong sahaja, saya serta kakak saya mempunyai bukti SMS yang dihantar oleh Shah Iskandar sendiri. Terlebih dulu, saya ingin meminta maaf kepada Shah Iskandar, namun saya perlu beritahu perkara yang sebenar untuk pihak kakak saya pula. Ini kerana kakak saya seorang wanita, jadi saya tidak suka lelaki cuba untuk menjatuhkan maruah seorang wanita. Melalui kenyataan yang dia keluarkan, Shah mendakwa hanya berkawan biasa tidak begitu mengenali kakak saya. Tapi pada hakikatnya, perkara sebaliknya yang berlaku antara mereka. Bagaimanakah sebenarnya perhubungan mereka? Apa yang saya boleh katakan mereka memang mesra. Selepas membaca SMS Shah kepada Diana, apa reaksi anda? Saya memarahi kakak saya, bertanya kepadanya mengapa dia terhegeh-hegeh mengejar lelaki? Ini kerana, bagi diri saya sendiri, saya tidak akan berbuat sedemikian terhadap lelaki, kerana bila-bila masa boleh ditinggalkan. Bagaimanapun, selepas dia menunjukkan bukti SMS mesra yang dihantar Shah kepada kakak saya, baru saya faham. Jadi, memang gambar dan status di laman Facebook milik Diana dan ia tidak digodam oleh sesiapa dan kesemua itu dibuat Diana sendiri? Memang kakak saya yang memuat naik status tersebut. Kasihan juga dengan dia kerana ramai yang mengutuknya dan mengatakan bahawa dia wanita yang syok sendiri. Selepas kontroversi yang tercetus, adakah kakak anda meluahkan rasa kecewa tentang apa yang berlaku? Sebenarnya, dia tidak mahu saya masuk campur dalam hal ini, kerana risau saya terkena tempiasnya. Namun, saya beritahu, saya mahu ambil tahu kerana kami adik-beradik. Saya tidak suka orang lain sewenang-wenangnya menjatuhkan maruah dia begini. Bukan sahaja kepada kakak saya, namun, jika berlaku pada wanita lain pun, saya akan jadi geram. | ||
Festival Acapella Antarabangsa 2013 di SingapuraShades wakili Malaysia Posted: Festival Acapella Antarabangsa 2013 di SingapuraShades wakili Malaysia
KUMPULAN Shades yang terkenal dengan lagu Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal, Yang teristimewa dan Malam merupakan kumpulan penyanyi 90-an yang tidak asing pada zaman itu. Dilihat menyepi di dalam industri tempatan tetapi tidak bermaksud kumpulan itu hilang 'bisa'. Dengan berbekalkan senjata 'harmoni' dan berkonsepkan akapella, Shades kini di lamar untuk membuat persembahan di Festival Acapella Antarabangsa di Singapura dan menjadi wakil Malaysia dalam memperkenalkan lagu warisan budaya di persada dunia. Bertemu dengan grup tersebut baru-baru ini, Shades rancak bercerita tentang pembabitan mereka dalam festival tersebut. Ujar mereka, Shades telah hadir ke Singapura pada 5 Oktober lalu untuk membuat persembahan pembukaan di Shaw Foundation Symphony Stage, Singapore Botanic Garden. "Pengalaman yang kami peroleh di sana pada waktu itu cukup mengujakan. Bayangkan, banyak pelancong yang sebelum ini hanya mendengar akapella di dalam versi Inggeris, Perancis dan Itali, begitu teruja apabila dapat mendengar buat pertama kali kami bernyanyi dalam bahasa Melayu. "Malah, sewaktu kami membawa lagu bahasa Cina yang berjudul Beyond yang telah diubah lirik menjadi bahasa Melayu, dan penonton turut ikut menyanyi lagu itu dalam bahasa Kantonis kerana mereka mengenali melodi asal lagu itu, maka kami boleh lihat pembawaan acapella itu juga telah melangkaui batasan bahasa," ujar Saiful selaku ketua grup tersebut. Persiapan rapi Kini, mereka gigih mempersiapkan diri untuk mewakili Malaysia bagi menyertai Festival Acapella Antarabangsa 2013 di Singapura pada 26 Oktober ini. Festival anjuran The A Cappella Society yang akan berlangsung sepanjang bulan Oktober itu akan berlangsung di Aliwal Art Centre dan disertai oleh pemuzik acapella antarabangsa seperti dari Itali, Afrika Selatan, Denmark, Perancis dan Finland. Ujar mereka: "Buat masa ini kami telah membuat persiapan rapi dari segi pemilihan lagu, penyusunan muzik dan juga latihan vokal. Kami akan berusaha untuk melakukan yang terbaik kerana kami membawa nama negara ke peringkat antarabangsa dan ia akan menggambarkan tahap muzik di negara kita." Cerita Shades, persembahan yang berdurasi satu jam dan 15 minit itu akan diisi dengan lagu-lagu warisan budaya serta retro yang dibawa dalam versi akapella tanpa diiringi sebarang alat muzik. "Kami akan bawa lagu seperti Joget Pahang yang dinyanyikan oleh P. Ramlee, Gurindam Jiwa oleh Nordin Ahmad dan Chow Kit Road oleh Sudirman. Bagi menepati konsep antarabangsa, kami juga akan membawakan beberapa lagu moden yang dinyanyikan oleh penyanyi antarabangsa seperti lagu Rumors Has It dari Adele, Rock Around The Clock dari Bil Haley dan banyak lagi. Kesemua lagu yang akan kami bawakan di sana merangkumi sebanyak 16 buah lagu," ujar Saiful lagi. Sementara itu, Shades akan membawa dua orang penyanyi tambahan iaitu Wanji serta Zenn bagi menjayakan penyampaian harmoni akapella itu sendiri. Kompilasi Bercakap tentang perkembangan terkini Shades, grup tersebut kini dalam perancangan untuk mengeluarkan single acapella yang berunsurkan warisan budaya. Idea tersebut tercetus apabila Shades menyertai Festival Acapella Antarabangsa dan dari situ mereka mendapat formula serta konsep baharu untuk mengenengahkan lagu-lagu seperti Gurindam Jiwa, Jangan Tinggal Daku dan Joget Pahang ke mata dunia dalam versi acapella. Sebagai grup senior dan sudah lama makan garam di dalam bidang seni, Shades turut ditanya tentang pandangan mereka mengenai artis baharu. Mereka menamakan penyanyi baharu seperti Yuna, Aizat, Shila Amzah dan juga Zee Avi sebagai penghibur hebat yang telah menempah nama di persada dunia dengan muzik mereka yang tersendiri. "Sejujurnya, muzik generasi baharu ini jauh lebih baik berbanding zaman kami. Seperti Yuna sendiri, dia telah menyertai syarikat rakaman Verve Music Group yang merupakan antara syarikat rakaman terunggul dalam muzik jazz di Amerika Syarikat (AS). Ia di bawah pengurusan penerbit dan komposer terkenal, David Foster yang memang cukup tersohor dan kami melihat ini sebagai satu pencapaian dalam memperkenalkan dirinya dan juga negara ke mata dunia," ulas Saiful. Bagaimanapun, Shades mempunyai satu pesanan buat pemuzik generasi baharu. Ujar mereka: "Kami mengharapkan agar kita boleh melihat industri ini sebagai naik ke satu peringkat yang lebih tinggi dengan bercakap tentang 'seni' tanpa melihat kepada hanya nilai komersial sahaja. Ini kerana seni tidak dapat dilihat pada pandangan mata, tetapi daripada pendengaran itu sendiri. "Selain itu, besar harapan kami untuk melihat pelapis muzik acapella muda yang lebih baik daripada kami. Ya, mungkin kami adalah pencetus, namun generasi baharu adalah penyambung supaya ia tidak tamat hanya dengan kami. Shades juga berharap agar pemuzik generasi muda tidak melupakan akar umbi kita sebagai rakyat Malaysia dengan membawa sedikit sebanyak warisan budaya ke mata dunia." - HAIKAL RAMAN |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
jordan shoes
yeezy
jordan shoes
supreme clothing
kobe byrant shoes
moncler
off white shoes
curry shoes
paul george shoes
spongebob kyrie 5