Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Warga SKPP 16(1) semarak semangat patriotisme
- MMC sumbang zakat korporat RM1.7 juta
- FAMA Pulau Pinang bantu lahirkan usahawan kecil
Warga SKPP 16(1) semarak semangat patriotisme Posted: Warga SKPP 16(1) semarak semangat patriotisme
PATRIOTIK. Pelbagai acara menarik mewarnai Majlis Penutup Kibar Jalur Gemilang peringkat Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint (SKPP) 16 (1) yang diadakan di Dataran Ilmuan sekolah itu di Putrajaya baru-baru ini. Antara acara yang mencuri tumpuan ialah pelepasan 15 murid sekolah tersebut yang berpakaian kebangsaan dan membawa Jalur Gemilang sambil berbasikal oleh Guru Besar SKPP 16 (1), Norliah Hashim. Acara-acara lain termasuklah persembahan koir, bacaan sajak, penceritaan mengenai sejarah kemerdekaan negara dan persembahan sketsa Leftenan Adnan. "Melalui program ini, ia dapat menyerlahkan semangat patriotik dan kreativiti dalam diri pelajar," ujar Norliah. | |
MMC sumbang zakat korporat RM1.7 juta Posted: MMC sumbang zakat korporat RM1.7 jutaFAUZI (tiga dari kiri) dan Che Khalid (dua dari kiri) berbual bersama penerima sumbangan zakat korporat MMC di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur baru-baru ini. BERZAKAT. Syarikat MMC Corporation Berhad (MMC) menunaikan tanggungjawab sosial dengan mengeluarkan RM1.7 juta wang zakat korporat bagi tahun kewangan berakhir 2012 di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur baru-baru ini. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan MMC, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, pihaknya percaya bahawa dengan pelaksanaan zakat yang merupakan rukun ketiga adalan langkah terbaik untuk membantu golongan kurang berkemampuan. "Pada majlis ini kami akan menyerahkan zakat kepada 100 individu golongan asnaf dari kawasan Titiwangsa dan Setiawangsa, Kuala Lumpur selain dua buah pusat pengajian al-Quran terpilih," katanya. Turut hadir ke majlis itu, Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Fauzi Zahari. | |
FAMA Pulau Pinang bantu lahirkan usahawan kecil Posted: FAMA Pulau Pinang bantu lahirkan usahawan kecilHABIBAH (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan FAMA berbentuk peralatan elektrik dapur dan kabinet di Sungai Dua, Pulau Pinang baru-baru ini. BANTUAN. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pulau Pinang memperuntukkan sebanyak RM500,000 bagi menjayakan Program Azam Tani melibatkan 50 peserta baharu bagi tempoh dua tahun. Pengarah FAMA Pulau Pinang, Habibah Sulaiman berkata, penerima bantuan kali ini terdiri daripada penduduk miskin yang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan berasaskan pertanian. Majlis penyerahan peralatan dan bantuan bagi peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Dua, Pulau Pinang diadakan baru-baru ini melibatkan empat penerima. "Bantuan FAMA bernilai RM10,000 setiap seorang terdiri daripada peralatan peti sejuk beku, periuk nasi, peralatan memasak dan kabinet bagi memudahkan usahawan menjana ekonomi secara berpanjangan," kata Habibah. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |