Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 3,520 graduan UTHM terima ijazah konvokesyen
- 294 pelajar Intec sertai kursus persediaan ke luar negara
- Media P. Pinang uji kemahiran menembak
3,520 graduan UTHM terima ijazah konvokesyen Posted: 3,520 graduan UTHM terima ijazah konvokesyen
KONVOKESYEN. Seramai 3,520 graduan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat, Johor menerima ijazah peringkat doktor falsafah, ijazah sarjana, ijazah sarjana muda, diploma dan diploma lepasan ijazah pada majlis konvokesyen universiti itu baru-baru ini. Pada majlis konvokesyen kali ke-13 itu, Gabenor Yogyakarta, Indonesia, Sri Sultan Hamengku Buwono menerima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti) atas sumbangannya terhadap rakyat di negerinya dalam menangani gempa bumi dan letupan Gunung Merapi. Bekas Naib Canselor UTHM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ismail Bakar pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ijazah Profesor Emeritus. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang juga Canselor UTHM hadir pada majlis konvokesyen itu. | |
294 pelajar Intec sertai kursus persediaan ke luar negara Posted: 294 pelajar Intec sertai kursus persediaan ke luar negaraPARA pelajar yang mengikuti kursus persediaan menyambung pengajian ke luar negara di Intec bergambar selepas majlis penyampaian sijil tamat pengajian di Shah Alam, Selangor baru-baru ini. PERSEDIAAN. Seramai 294 pelajar International Education Centre (Intec) mengikuti kursus persediaan menyambung pengajian ke luar negara di Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Mereka yang juga pelajar program American Credit Transfer, Australian Matriculation dan A Level German menerima sijil tamat pengajian masing-masing daripada pemangku Pengarah Intec, Prof. Madya Yamin Yasin. Salah seorang pelajar, Muhammad Naim Khalid, 19, yang bakal melanjutkan pengajian di Indiana State University, Amerika Syarikat (AS) dalam bidang ekonomi mengakui teruja untuk melanjutkan pengajian di negara itu. "Saya ada melakukan carian untuk mengetahui selok-belok belajar di AS supaya tidak kekok dan terkejut. Saya juga berharap berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang di sana nanti," katanya. | |
Media P. Pinang uji kemahiran menembak Posted: Media P. Pinang uji kemahiran menembakKOK KWEE (kiri) beramah mesra dengan wakil-wakil media yang menyertai Pertandingan Menembak Bersama Media anjuran Maritim Malaysia di Lapang Sasar Kelab Menembak Pulau Pinang, Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang baru-baru ini. MENEMBAK. Seramai 40 wartawan, jurugambar dan jurukamera menyertai Pertandingan Menembak Media Bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Lapang Sasar Kelab Menembak Pulau Pinang, Jalan Kebun Bunga, Pulau Pinang baru-baru ini. Para pengamal media diberi peluang menggunakan pistol automatik jenis Glock 17 untuk menembak sasaran pada jarak 10 meter dan 25 meter diikuti acara menembak piring berpasukan. Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Tan Kok Kwee berkata, acara itu bertujuan merapatkan lagi hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara Maritim Malaysia dengan media di negeri ini. Menurut beliau, berita-berita yang disiarkan pihak media berhubung Maritim Malaysia terutama tugas-tugas penguatkuasaan dapat memberi gambaran kepada masyarakat cabaran-cabaran yang dihadapi pasukan itu. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |