Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 30 penduduk Kampung Kepayang sertai Leads
- Kejohanan Sukan Antara Program Intec Shah Alam
- Majlis korban, kenduri Aidiladha anjuran BKUM
30 penduduk Kampung Kepayang sertai Leads Posted: 30 penduduk Kampung Kepayang sertai Leads
LITERASI. Seramai 30 orang penduduk Kampung Kepayang menjadi peserta perintis Program Literasi Orang Dewasa (Leads) di Simunjan, Sarawak baru-baru ini. Program selama 12 minggu yang bertujuan meningkatkan kadar celik huruf dalam kalangan penduduk di luar bandar itu dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat Malaysia (Kemas). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, matlamat Leads adalah untuk membasmi buta huruf dalam kalangan orang dewasa dengan menggunakan pendekatan pendidikan tidak formal. | |
Kejohanan Sukan Antara Program Intec Shah Alam Posted: Kejohanan Sukan Antara Program Intec Shah AlamPASUKAN A-Level I muncul juara kejohanan Sukan Antara Program Intec yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam, Selangor baru-baru ini. JAGUH. Pasukan A-Level I muncul juara Kejohanan Sukan Antara Program (Inpro) Intec Education College (Intec) Shah Alam, Selangor yang melibatkan tujuh pasukan baru-baru ini. Di samping mencari jaguh sukan, kejohanan tersebut juga bertujuan mengeratkan hubungan sesama pelajar sama ada di peringkat senior dan pelajar baharu. Kemuncak kejohanan yang berlangsung selama tiga hari itu ialah perbarisan dan persembahan daripada semua pasukan yang bertanding di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam. Dihadiri lebih 500 penonton, majlis perasmian penutup disempurnakan Pengarah Intec, Prof. Madya Dr. Yamin Yasin yang turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang. | |
Majlis korban, kenduri Aidiladha anjuran BKUM Posted: Majlis korban, kenduri Aidiladha anjuran BKUMKAKITANGAN Utusan bekerjasama memotong daging korban pada majlis anjuran Badan Keluarga Utusan Melayu di Kuala Lumpur baru-baru ini. MERIAH. Lebih 200 warga Kumpulan Utusan berkumpul menikmati hidangan makan tengah hari sempena majlis Kenduri Hari Raya Aidiladha anjuran Badan Keluarga Utusan Melayu (BKUM) di ibu pejabat Kumpulan Utusan di Jalan Enam off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini. Yang Dipertua BKUM, Kamsari Noor berkata, sebanyak tujuh ekor lembu disembelih seawal 6.45 pagi untuk menjayakan majlis tersebut. "Daging korban yang telah disembelih diagihkan kepada rumah-rumah anak yatim sekitar kawasan Bangi dan juga kakitangan Kumpulan Utusan. "Sambutan untuk program ini sangat meriah dan diharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama warga kerja Kumpulan Utusan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |