Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Pelajar KDU hasilkan kolam 1Malaysia terbesar
- Kejohanan Boling All Star NGO's Sukan meriah
- 49 pelajar pendidikan khas serta kem perkhemahan
Pelajar KDU hasilkan kolam 1Malaysia terbesar Posted: Pelajar KDU hasilkan kolam 1Malaysia terbesarBENG KEOK (barisan depan, empat dari kanan) menunjukkan sijil MBOR sambil diperhatikan oleh para pelajar yang menyiapkan kolam 1Malaysia terbesar di KDU Kampus Pulau Pinang, di Jalan Anson, Pulau Pinang baru-baru ini. KOLAM. Kreativiti pelajar Kolej Damansara Utara (KDU) Kampus Pulau Pinang di Jalan Anson, Pulau Pinang yang menghasilkan kolam 1Malaysia terbesar berjaya dicatatkan dalam Malaysia Book of Record (MBOR) baru-baru ini. Kolam gergasi yang berukuran 55 meter x 25 meter itu disiapkan oleh 200 pelajar pelbagai kaum yang menggunakan 2,000 kilogram beras. Pelajar terlibat mengambil masa hampir lima jam untuk menyiapkan kolam tersebut. Pengurus Jabatan Perkhidmatan Pelajar KDU Pulau Pinang, Joey Phuah berkata, acara itu diadakan bersempena dengan perayaan Deepavali pada 2 November ini selain mendedahkan para pelajar dengan kebudayaan masyarakat India. Turut hadir menyaksikan penghasilan kolam 1Malaysia itu ialah Eksekutif MBOR, Huda Zakaria yang kemudian menyampaikan sijil pengiktirafan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kolej KDU Kampus Pulau Pinang, Dr. Chong Beng Keok. |
Kejohanan Boling All Star NGO's Sukan meriah Posted: Kejohanan Boling All Star NGO's Sukan meriahSEBAHAGIAN daripada peserta Kejohanan Boling All Star NGO's Sukan bergambar sebelum kejohanan itu bermula di Kuching,Sarawak baru-baru ini. HARGAI. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak (JBNS) mengadakan Kejohanan Boling All Star NGO's Sukan membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media di Kuching, Sarawak baru-baru ini. Tujuan program itu dijalankan adalah untuk memberi penghargaan terhadap sokongan dan kerjasama yang diberikan pihak NGO serta media kepada jabatan tersebut selama ini. Program itu disertai lebih 100 peserta daripada pelbagai persatuan dan kelab yang berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan serta media tempatan. Pengarah JBNS, Abdul Haris Ishak yang melakukan pelancaran program berkenaan berharap kerjasama antara NGO dan media terhadap jabatan itu akan berterusan pada masa akan datang. |
49 pelajar pendidikan khas serta kem perkhemahan Posted: 49 pelajar pendidikan khas serta kem perkhemahanWAN ASIM (barisan tengah, dua dari kanan) bersama pelajar pendidikan khas yang menyertai Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas Daerah Segamat 2013 di Taman Negara Johor Endau-Rompin di Selai, Bekok, Johor baru-baru ini. BERKHEMAH. Seramai 49 pelajar pendidikan khas yang menghadapi masalah pembelajaran didedahkan dengan pelbagai kemahiran dalam Perkhemahan Pengakap Pendidikan Khas Daerah Segamat 2013 di Taman Negara Johor Endau-Rompin di Selai, Bekok, Johor baru-baru ini. Pengelola program, Rosmah Yaacob berkata, perkhemahan tahunan selama dua hari itu disertai pelajar pendidikan khas dari beberapa buah sekolah rendah dan menengah di daerah Segamat. Menurut Rosmah, program itu bertujuan memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi mental, rohani dan jasmani. Majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) negeri, Wan Asim Wan Sekh. Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Segamat (Pendidikan Khas dan Pemulihan), Masnawi Shamsuddin dan Pegawai Taman Negara Johor Endau-Rompin Selai, Khairul Mat Janus. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |