Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: 'Saya sangka bunyi mercun'Oleh MOHD. AZLI ADLAN
IPOH - Seorang budak lelaki yang cedera terkena tembakan di leher dekat Kampung Belanja Kiri, Parit di sini pada Sabtu lalu menyangka bunyi yang terlepas daripada pistol seorang anggota polis adalah letupan mercun. Mohd. Amar Mohd. Azizi, 10, berkata, ketika kejadian pukul 4.30 petang itu, dia sedang bermain bersama beberapa rakan di atas jalan tar mini kira-kira 40 meter dari lokasi sarjan itu sedang mengosongkan peluru. "Kami nampak percikan api dan bunyi letupan kuat. Selepas itu, saya berasa hidung saya panas dan berdarah. "Pada mulanya, saya sangka ia bunyi mercun," cerita mangsa ketika ditemui oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Perak, Nolee Ashilin Mohammed Radzi di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HPRB) di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: 18 kereta curi dalam gudangMOHMAD menunjukkan sebahagian kenderaan curi yang ditemui semula pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur mematahkan cubaan satu sindiket menyeludup 18 buah kereta mewah curi bernilai RM2.07 juta di sebuah kawasan perindustrian di Klang dekat sini pada Selasa lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya melakukan serbuan di kawasan itu dan menjumpai semua kenderaan curi disimpan di dalam gudang yang dipercayai dalam rancangan untuk dihantar ke Dubai. "Antara kenderaan yang ditemui ialah sebuah kereta jenis Mazda 3, dua van Toyota Hiace, enam Toyota Fortuner dan sembilan Toyota Hilux yang dilaporkan dicuri di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Nahas pulang dari kampungOleh KHAIRIYAH HANAFI SEBUAH Perodua Alza remuk selepas bertembung dengan sebuah lori tangki mengakibatkan tiga beranak maut di Kilometer 49, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dekat Bentong semalam. BENTONG – Kegembiraan tiga sekeluarga pulang menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung di Jerteh, Terengganu bertukar duka apabila ketiga-tiganya maut dalam kemalangan di Kilometer 49, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di sini semalam. Mereka yang terkorban dalam kejadian pukul 6.50 pagi itu ialah Jiman Raup, 32; isteri, Nik Zaieyahaliza Ya, 29, dan anak pasangan itu, Nurul Damia, 2, Ketika kejadian, tiga beranak tersebut dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas empat hari menghabiskan cuti di Jerteh. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mansor Mohd. Noor berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dipandu Jiman terbabas dan merempuh pembahagi jalan. "MPV itu kemudian memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah sebuah lori tangki tanpa muatan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |