Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Terkandas 7 jam di Gunung Asahan Posted: Terkandas 7 jam di Gunung AsahanOleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
JASIN – Hajat sekumpulan tujuh orang guru dan 81 pelajar untuk turun dari Gunung Asahan di sini, sebelum menjelang malam tidak kesampaian apabila mereka terkandas lebih tujuh jam di gunung tersebut akibat hujan lebat kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, semua pelajar dan guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas Jasin terbabit, tidak dapat turun dari gunung tersebut dan semua mereka terpaksa berteduh di satu kawasan di gunung itu. Timbalan Penguasa Bomba Bahagian Operasi negeri, Kamarulzaman Mohd. Din berkata, pelajar yang terkandas itu terdiri daripada 38 pelajar lelaki dan 43 pelajar perempuan manakala guru yang mengiringi mereka terdiri daripada empat guru wanita dan tiga guru lelaki. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Larangan demi kepentingan awam Posted: Larangan demi kepentingan awam
KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, intipati daripada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes The Herald baru-baru ini ialah Menteri Dalam Negeri mempunyai budi bicara untuk melarang penggunaan perkataan yang boleh memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam. Dalam kenyataan semalam, Abdul Gani berkata, selagi budi bicara itu dilaksanakan secara mengikut undang-undang, wajar, rasional dan mengikut kadarnya, maka mahkamah tidak akan campur tangan terhadap budi bicara menteri berkenaan. Sehubungan itu, Jabatan Peguam Negara menasihati orang ramai supaya menghormati dan mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan serta mengelak daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh menjurus kepada perbuatan menghina mahkamah. Abdul Gani membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap penghakiman pada 14 Oktober lalu yang membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 31 Disember 2009. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | ||
Pembedahan buang peluru berjaya Posted: Pembedahan buang peluru berjayaOleh AHMAD SYAKIR SAZILI
IPOH – Seorang budak lelaki yang cedera terkena tembakan di Kampung Belanja Kiri, Parit di sini selamat menjalani pembedahan bagi mengeluarkan sebutir peluru yang tersekat pada kerongkongnya sejak seminggu lalu. Pembedahan selama dua jam yang pertama kali dilakukan di negara ini itu dijalankan oleh sepasukan pakar perubatan dan tenaga sokongan yang dibentuk Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam. Mohd. Amar Mohd. Azizi, 10, dibawa masuk ke bilik pembedahan pada pukul 9 pagi dan selesai pada pukul 11.30 pagi. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |