Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: Bajet 2014 cukup meyakinkan
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak kini semakin yakin untuk membawa negara ke era baharu dengan mengumumkan beberapa langkah drastik yang tidak bersifat populis semasa membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat di sini semalam. Dalam pembentangan bajet bermula pukul 4 petang itu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mengumumkan banyak lagi transformasi yang mampu mengukuhkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang. Antara langkah beliau yang paling berani ialah apabila memansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen sekilogram berkuat kuasa hari ini. Ia membolehkan kerajaan memperoleh lebihan pendapatan untuk disalurkan kepada pembangunan negara. Beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkuat kuasa pada April tahun 2015 sekaligus menghapuskan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) masing-masing sebanyak enam dan 10 peratus. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Komprehensif dan holistikKUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Bajet 2014 sebagai komprehensif dan holistik dengan memberi perhatian utama kepada usaha meneguhkan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat. Beliau berkata, bajet itu yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam juga menunjukkan ketegasan kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan pelbagai pendekatan termasuk rasionalisasi subsidi. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan turut menyambut baik perhatian yang diberikan Perdana Menteri kepada sektor pendidikan apabila memperuntukkan RM54.6 bilion atau 21 peratus daripada keseluruhan peruntukan Bajet 2014. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Kerajaan dapat jimat RM551 juta setahun Posted: Kerajaan dapat jimat RM551 juta setahunKUALA LUMPUR - Harga gula dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 mulai hari ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek. Beliau berkata, langkah pengurangan subsidi gula seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pembentangan Bajet 2014 semalam dapat menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM64.02 juta tahun ini dan RM551.25 juta tahun depan. "Lebihan penjimatan ini nanti akan digunakan untuk membiayai pembangunan infrastruktur dalam negara pada masa depan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |