{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


Pahang belum selamat

Posted:

Pahang belum selamat

Pahang belum selamat

Oleh SHAHRULANOOR ISHAK
sukan@kosmo.com.my

PENYERANG Pahang, Azamuddin Akil (kanan) cuba melepasi kawalan pemain Sarawak, Mohd. Hairul Mokhtar pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia di Kuantan malam tadi. Pahang menang 3-1 pada perlawanan tersebut.


PAHANG belum boleh berasa selesa walaupun menang 3-1 ke atas Sarawak pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia 2013 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.

Ini kerana, skuad yang mendapat jolokan Tok Gajah itu perlu berdepan dengan lawan yang sama di Kuching minggu depan untuk aksi separuh akhir kedua.

Stadium Negeri di Kuching merupakan gelanggang keramat skuad Sarawak yang menyaksikan mereka amat sukar untuk digugat olah mana-mana pasukan sepanjang musim ini.

Selain itu, Sarawak juga memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan meskipun agregat ketika ini memihak kepada Pahang.

Atas kertas, kelebihan dua gol yang dimiliki Pahang ketika ini dilihat selamat, tetapi ia mungkin akan berubah selepas aksi di Kuching nanti.

Sarawak hanya perlukan dua gol pada aksi kedua nanti bagi membolehkan mereka melangkah ke final.

Pada perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi, Pahang tampil dengan kesungguhan dengan asakan bertali arus ke gawang lawan sebaik wisel permulaan dibunyikan.

Mereka cepat mendapat rentak dengan aksi yang cukup kemas terutama di benteng pertahanan dan tengah.

Pahang telah menguji gawang pasukan lawan seawal minit ke-20 menerusi tandukan Matias Conti namun percubaan tersebut tersasar.

Tanpa mengenal erti putus asa, Pahang terus memperhebatkan serangan dan ia berhasil pada minit ke-28 apabila mereka memperoleh gol pembukaan menerusi tandukan Mohd. Azamuddin Mohd. Akil selepas menerima hantaran R. Gopinathan di hadapan pintu gol Sarawak.

Selang empat minit kemudian, Pahang terus menambah derita Sarawak apabila menjadikan kedudukan 2-0 menerusi tandukan Azamuddin hasil hantaran silang ketua pasukan, Jalalludin Jaafar.

Conti pula menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-37 selepas bola lambungannya menerjah ke gawang Sarawak ketika penjaga gol pasukan pelawat, Sani Anuar Kamsani terkeluar daripada posisinya.

Walaupun ketinggalan 0-3, Sarawak tidak mahu menyerah mudah sebaliknya terus berjuang untuk merapatkan jurang.

Usaha mereka berhasil pada minit ke-39 menerusi jaringan Mohamad Shahrol Saperi.

Keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan walaupun aksi separuh masa kedua memperlihatkan penguasaan Sarawak.

ATM tekad bangkit di Kota Bharu

Posted:

ATM tekad bangkit di Kota Bharu

ATM tekad bangkit di Kota Bharu

Oleh NOR AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@kosmo.com.my


SATHIANATHAN (kanan) tetap yakin bahawa skuad kendaliannya mampu bangkit pada aksi kedua di Kota Bharu minggu depan.


PENGENDALI skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan optimis anak-anak buahnya akan bangkit pada aksi separuh akhir kedua kempen Piala Malaysia 2013 di Kota Bharu Jumaat depan walaupun ketinggalan dengan agregat 1-2 kepada The Red Warriors selepas tewas dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam kelmarin.

Sathianathan berkata, kegagalan skuad The Gladiators menyudahkan beberapa peluang terbaik untuk menghasilkan gol serta kealpaan benteng pertahanan, telah dihukum sebaiknya oleh pasukan Kelantan seterusnya berjaya membawa bekalan agak selesa sebelum turun di gelanggang keramat mereka minggu depan.

"Saya yakin anak-anak buah saya akan bangkit, tetapi kami sedar bahawa ia bukan satu tugasan mudah untuk menjinakkan Kelantan di gelanggang keramat mereka.

"Para pemain ATM memerlukan komitmen lebih 100 peratus jika mahu mencipta kejutan di Kota Bharu kelak.

"Tidak mustahil (untuk menang di Kota Bharu), kami pernah melakukannya sebelum ini dalam aksi Liga Super. Namun, anda perlu ada keyakinan yang tinggi dan tidak boleh melakukan kesilapan sama seperti malam ini (malam kelmarin).

"Saya juga sangat terasa kehilangan tonggak pertahanan (Amirizdwan Taj) yang digantung dua perlawanan. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan barisan pertahanan 100 peratus atas kekalahan ini. Kami bekerja sebagai satu pasukan dan semua pihak perlu bertanggungjawab atas kekalahan ini.

"Saya rasa mereka (pemain) telah sedar kesilapan mereka, dan harus diingat kami masih ada 90 minit dan kami masih ada peluang untuk kembali memberi cabaran untuk menempah tiket ke final," kata Sathianathan selepas perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang kelmarin.

Pada aksi di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam kelmarin, ATM akur dengan kehebatan Kelantan selepas tewas 1-2.

Christie Jayaseelan menjaringkan gol tunggal ATM pada perlawanan itu manakala Kelantan memperoleh jaringan menerusi Badhri Radzi dan Norfarhan Mohamad.

Nicol muncul juara Terbuka Amerika Syarikat

Posted:

Nicol muncul juara Terbuka Amerika Syarikat

Nicol muncul juara Terbuka Amerika Syarikat

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my


NICOL muncul juara buat kali kedua pada Terbuka Amerika Syarikat semalam.


PEMAIN No. 1 dunia, Datuk Nicol David sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila muncul juara Kejohanan Skuasy Terbuka Amerika (AS) buat kali kedua.

Pada aksi final awal pagi semalam, pertembungan antara pemain pilihan utama itu dengan pemain No.2 dunia, Laura Massaro berkesudahan dengan penuh aksi sengit sebelum Nicol berjaya meraih mata kemenangan 13-11, 11-13, 7-11, 11-8, 11-5.

Berlangsung selama 84 minit, ketenangan Nicol dalam menghadapi tentangan Massaro akhirnya terbalas apabila gelaran WSA ke-69 menjadi miliknya.

"Ia sangat menarik. Kemenangan ini sangat bermakna buat saya termasuk menjuarainya buat kali kedua selepas saya menempuhi musim yang agak mencabar," kata Nicol yang dipetik menerusi laman web rasmi kejohanan, www.usopensquash.com.

"Saya tahu Massaro akan bermain bermati-matian dan saya perlu bekerja lebih keras untuk menyekat kemaraannya. Setiap kali dia mendapat mata, saya tahu saya perlu melakukan yang lebih baik sehingga mata kemenangan," jelas pemain berusia 30 tahun itu yang memegang status sebagai pemain No. 1 dunia sejak tahun 2006.

Dipaksa berdepan dengan pertarungan lima set dengan masing-masing cuba menguji kehandalan lawan, Massaro berjaya meraih peluang pada set pertama untuk mata kemenangan, 10-9 namun gagal mempertahankan apabila Nicol berjaya menamatkan permainan dengan 13-11.

Sekali lagi, situasi yang sama berlaku pada set kedua apabila pemain dari England itu mengikat kedudukan pada 10-9.

Bagaimanapun, pengalaman serta strategi yang dipertaruhkan Nicol yang mempunyai rekod pertemuan 18-5 ke atas Massaro, berjaya mengekang peluang juara 2011 itu mencipta kemenangan.

Pada set kelima, Massaro berjaya menyamakan kedudukan 2-2 namun ia tidak kekal apabila momentum permainan Nicol yang berada pada tahap terbaik serta beberapa kesilapan yang mula dilakukan, Massaro akhirnya terpaksa mengakui kehebatan Nicol yang meraih mata kemenangan 11-5.

Bukan itu saja, Nicol mengakui kejayaan yang diraih semalam turut berpunca daripada kerja keras dan bimbingan jurulatinya, Liv Irving.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat