Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
Posted: Chong Wei tersungkur
DATUK Lee Chong Wei gagal mempamerkan reputasinya selaku pemain No.1 dunia selepas tewas kepada pemain China, Chen Long pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Siri Super Premier Terbuka Denmark malam tadi. Chong Wei tewas straight set 22-24, 19-21. Kekalahan itu turut menyaksikan dominasi Chen Long yang masih belum ditewaskan Chong Wei sejak tiga pertemuan terakhir pada Terbuka Hong Kong tahun lalu. Chong Wei yang tewas dalam aksi final di Hong Kong, kemudiannya tumpas kepada pemain kedua dunia itu di peringkat yang sama pada Seluruh England 2013 Mac lalu. Rekod pertemuan Chong Wei dengan Chen Long kini sama iaitu 7-7 sejak mula bersemuka pada Terbuka India 2009. Pada aksi final di Denmark itu, Chong Wei turut memberikan tentangan untuk mengheret set pertama ke mata penentuan, namun ia lebih memihak kepada Chen Long. Skrip yang sama turut dipamerkan apabila kedua-dua pemain itu dilihat berhempas pulas untuk meraih mata sehingga ke penghujung perlawanan. Chong Wei berjaya menyamakan mata 18-18 dan 19-19, namun set kedua itu tetap memihak kepada Chen Long yang meraih kemenangan straight set dalam tempoh satu jam lapan minit. Dalam pada itu, gandingan baharu Korea Selatan, Lee Yong Dae-Yoo Yeng Seong mengungguli beregu lelaki selepas menewaskan juara dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia 21-19, 21-16. Pemain perseorangan wanita China, Wang Yihan meraih gelaran kedua Terbuka Denmark apabila menewaskan Sung Ji Hyun dari Korea Selatan dalam satu perlawanan sengit. Juara edisi 2010 dan pemain No. 5 dunia itu bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum mencatatkan kemenangan dramatik dengan keputusan 16-21, 21-18, 22-20. Dalam aksi beregu campuran pula, pasangan No. 1 dunia, Zhang Nan-Zhao Yunlei dari China menewaskan gandingan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir 21-11, 22-20. China turut mendominasi beregu wanita menerusi Bao Yixin-Tang Jinhua yang mudah menumbangkan gandingan tuan rumah, Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl 21-16, 21-13. | |
Posted: Tugas getir menanti SarawakOleh FIRDAUS HASSAN JOSEPH Kalang Tie (kiri) kembali menguatkan jentera tengah Sarawak pada aksi separuh akhir kedua di Kuching, Sabtu ini. KERAPUHAN benteng pertahanan pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia 2013 menentang Pahang kelmarin telah menghukum Sarawak. Skuad Ngap Sayot kini bakal berdepan tugas getir bagi merapatkan defisit dua gol apabila melayan kunjungan Pahang di Stadium Negeri, Kuching Sabtu ini. Pengendali Sarawak, Robert Alberts berkata, tiada alasan perlu diberikan selepas pasukan itu tewas 1-3 kelmarin sehingga memberikan Pahang kelebihan dua gol sebelum bertandang ke Kuching, Sabtu ini. "Pahang sebuah pasukan yang bagus dengan mempunyai beberapa kualiti di bahagian tertentu. "Jadi, apabila anda melakukan sedikit kesilapan maka sudah tentu kita akan 'dihukum'. Kita berdepan tugas berat pada aksi kedua nanti," katanya kepada Kosmo! semalam. Alberts berkata, anak-anak buahnya gagal mempamerkan aksi sebenar dan kerap memberikan ruang kepada pemain skuad Tok Gajah untuk menguasai bola sekali gus mengawal tempo perlawanan. Namun bagi pengendali berusia 58 tahun itu, beliau tetap optimis dengan peluang pasukannya untuk beraksi di pentas final apabila mempunyai kelebihan untuk beraksi di gelanggang keramat mereka nanti. Itu merupakan tugas berat tetapi tidak mustahil jika pasukan itu boleh mencipta kejutan berdasarkan rekod cemerlangnya di gelanggang sendiri yang masih kebal tanpa sebarang kekalahan. Beraksi di hadapan penyokong sendiri sedikit sebanyak akan membakar semangat pemain skuad yang mendapat jolokan Bujang Senang itu selain kehadiran semula perancang berbisa mereka, Joseph Kalang Tie bagi memperkuatkan jentera tengah. Pada perlawanan kelmarin, Pahang menumpaskan Sarawak 3-1 di hadapan kira-kira 33,000 penyokong sendiri dengan penyerang kebangsaan, Azamuddin Akil menjadi wira dengan mencetak dua gol pada minit ke-28 dan ke-31. Tok Gajah melebarkan jaringan apabila penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti menambah gol ketiga pada minit ke-37 manakala gol sagu hati Sarawak dijaringkan kapten pasukan, Mohd. Shahrol Saperi pada minit ke-39. | |
Posted: KAFA mampu tangani penontonAFANDI (kiri) yakin masalah limpahan penonton tidak akan berlaku pada aksi separuh akhir kedua di Kota Bharu, Jumaat ini. PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) yakin Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mampu menangani kehadiran ribuan penonton yang dijangka datang untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua kempen Piala Malaysia 2013 antara Kelantan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu Jumaat ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Afandi Hamzah berkata kemampuan itu berdasarkan pengalaman Kelantan yang telah tiga tahun berturut-turut berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan tersebut. "Saya rasa KAFA telah melakukan persiapan yang terbaik untuk mengelak sebarang insiden yang tak diingini berlaku semasa perlawanan separuh akhir kedua menentang ATM nanti. "Atas pengalaman yang pernah dilalui sebelum ini, banyak perkara yang KAFA dapat atasi. Saya difahamkan Kelantan dalam masa terdekat akan mengadakan mesyuarat berhubung aspek keselamatan," katanya. Kapasiti penonton di Stadium Sultan Muhammad IV ialah 22,000 orang. Afandi yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Jajahan Kota Baharu (KBFA) ditemui pemberita semalam selepas menandatangani surat perjanjian dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Kota Baharu bagi meningkatkan mutu pembangunan bola sepak di daerah itu. Afandi mengulas laporan yang didakwa sesetengah pihak bahawa ada segelintir penyokong Kelantan dan ATM gagal memasuki stadium pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang minggu lepas meskipun mereka mempunyai tiket. Beliau berkata tiket yang dijual pada perlawanan itu ialah 10,400 keping dan menafikan 16,000 tiket dijual seperti yang didakwa. Mengulas mengenai persiapan Harimau Muda menjelang Sukan SEA di Myanmar pada hujung tahun ini, Afandi yang juga pengurus skuad berkenaan berkata pasukan tersebut kembali menjalani latihan seperti biasa walaupun ada beberapa pemain masih lagi terlibat dengan kempen Piala Malaysia. "Pemain akan terus dipanggil sebaik selesai Piala Malaysia." |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |