Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
Posted: Awas SPRM pantau jualan tiket Oleh KHAIRI MOHAMAD
PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memantau penjualan tiket aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Jumaat ini. | |
Nwakaemi mahu lanyak benteng ATM Posted: Nwakaemi mahu lanyak benteng ATMNWAKAEMI (kiri) melepasi asakan pemain ATM, Mohd. Affize Faisal Mamat pada saingan di Selayang, Jumaat lalu. PENYERANG 'besi' Kelantan, Dickson Nwakaemi memberi amaran kepada benteng Angkatan Tentera Malaysia (ATM) agar lebih berwaspada pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia, Jumaat ini. Menurut Nwakaemi, dia makin bersemangat membawa Kelantan beraksi di pentas final selepas kejayaan The Red Warriors menumbangkan ATM 2-1 pada aksi pertama di Selayang, Jumaat lalu. Bagaimanapun, Nwakaemi berkata, dia dan rakan-rakan sepasukannya harus menampilkan disiplin yang tinggi pada pertembungan di Kota Bharu nanti bagi merealisasikan hajat tersebut. "ATM sebuah pasukan yang bagus, mereka memiliki pemain hebat seperti Marlon Alex James dan Hairuddin Omar serta seorang penjaga gol yang bagus (Farizal Harun). "Kami dan mereka (ATM) adalah sebuah pasukan yang hebat di negara ini, sudah pasti ia menjanjikan satu perlawanan yang hebat. "Saya tidak ambil mudah pertemuan ini, para pemain perlu fikir ia adalah perlawanan pertama dengan keputusan masih 0-0. "Kami akan bermain seperti perlawanan akhir dan saya harap kami akan menang," katanya semalam. Nwakaemi menambah, semangatnya juga berkobar-kobar kerana ini merupakan aksi terakhir Kelantan di Kota Bharu dan sudah tentu dia mahu mengambil kesempatan untuk menghadiahkan sesuatu kepada ribuan penyokong setia Kelantan. "Antara faktor kekuatan Kelantan adalah kerana mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri sejak beberapa tahun lalu," jelasnya. Mengulas kenyataan berseloroh jurulatih ATM, B. Sathianathan yang menganggap dia 'makan besi' sejurus tamat aksi di Selayang tempoh hari, Nwakaeme menjawab: Itu pendapat beliau (Sathianathan), semua orang boleh mengeluarkan pendapat masing-masing. "Mungkin saya kuat sebab saya berlatih bersungguh-sungguh. Sebelum ini saya tidak begitu cergas, sering cedera tetapi sekarang saya sudah pulih sepenuhnya dan mampu bermain pada tahap terbaik. "ATM juga tidak mempunyai pertahanan import, mungkin itu juga menjadikan saya lebih selesa ketika berada di kawasan gawang mereka. "Saya tidak peduli siapa yang akan ditugaskan untuk mengawal saya nanti, apa yang pasti mereka akan menghadapi tekanan hebat kerana saya mahu menjaringkan gol," ujarnya. | |
ATM cari ramuan bedil Kelantan Posted: ATM cari ramuan bedil KelantanOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI PEMAIN sayap ATM, Christie Jayaselan (kanan) melepasi halangan Indra pada saingan REKOD cemerlang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu dijangka memberi kelebihan buat The Red Warriors ketika menanti kunjungan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia Jumaat ini. Sebagai rekod, Kelantan hanya tewas tiga kali sepanjang kempen musim ini ketika beraksi di gelanggang keramat mereka itu. Kali terakhir skuad kendalian Bojan Hodak itu tumbang di Kota Bharu adalah ketika tewas 2-3 kepada Negeri Sembilan dalam saingan Kumpulan C Piala Malaysia. Sebelum itu, Kelantan tewas 0-2 kepada Kitchee SC dalam saingan Piala AFC pada 14 Mei dan kalah 1-3 kepada ATM dalam kempen Liga Super (13 April). Sedar ranjau berliku bakal menanti anak-anak buahnya melihatkan rekod cemerlang Kelantan di gelanggang sendiri, jurulatih ATM, B. Sathinathan berharap The Gladiators tampil lebih garang bagi membenam The Red Warriors. "Semua orang tahu bahawa Kelantan cukup kebal apabila beraksi di Stadium Sultan Muhammad IV. "Pada masa sama, mereka memiliki ramai berkualiti, antaranya Norfarhan (Muhammad), Indra Putra (Mahayuddin), Badhri (Mohd. Radzi) dan ancaman terbesar kami, Dickson (Nwakaeme). "Namun, kami tetap akan berjuang untuk mencari dua gol di sana dalam usaha melayakkan diri ke final," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Menurut Sathianathan, beliau dalam proses mencari 'resipi' terbaik bagi menyekat Nwakaeme daripada terus berleluasa di kawasan kotak penalti ATM. "Seperti yang saya cakap sebelum ini, pemain 'besi' itu (Nwakaeme) harus dihalang, tidak kira apa jua cara pun jika ATM mahu melayakkan diri ke final. "Nwakaeme kerap memberikan masalah kepada benteng pertahanan ATM yang mana dia memiliki fizikal yang kuat sehingga empat pemain pertahanan kami masih belum mampu menjatuhkannya. "Ketangkasan Nwakaeme juga menyebabkan ruang ATM terdedah apabila pemain seperti Bahdri, Norfarhan dan Indra mudah menyelinap masuk dalam kawasan kotak penalti kami untuk mencari gol. "Jadi, saya akan cuba mencari jalan untuk menutup setiap ruang yang ada," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |