{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


Pahang layak ke perlawanan akhir

Posted:

Pahang layak ke perlawanan akhir

Pahang layak ke perlawanan akhir

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

PEMAIN Pahang, R. Gopinathan (tengah) dikawal ketat dua pemain Sarawak pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2013 di Stadium Negeri, Kuching malam tadi.


PAHANG akan bertemu Kelantan pada final Piala Malaysia 2013 selepas menewaskan Sarawak dengan agregat 4-2 setelah kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Negeri, Kuching malam tadi.

Keputusan itu memusnahkan impian Sarawak untuk melangkah ke pentas final buat kali pertama sejak 14 tahun.

Pada aksi tersebut, penyerang berbisa, Bobby Gonzales meletakkan Sarawak di depan pada minit ke-33 tetapi pemain gantian skuad Tok Gajah, Mohd. Fauzi Roslan menyama- kan kedudukan minit ke-73.

Skuad Bujang Senang bermula garang apabila mengasak kubu Pahang sebaik aksi bermula bagi memadamkan defisit dua gol selepas tewas 1-3 pada perlawanan pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan minggu lalu.

Kira-kira 22,000 penyokong tuan rumah bersorak gembira selepas Gonzales menghadiahkan gol pertama hasil hantaran cantik Joseph Kalang Tie.

Tersentak dengan jaringan itu, kedua-dua pasukan saling mengatur serangan tetapi bola banyak dikuasai pasukan tuan rumah.

Pemain pertahanan kental skuad Ngap Sayot, Ronny Harun nyata memberi impak positif selepas berjaya mengikat penyerang sensasi Pahang, Azamudin Mohd. Akil.

Namun, pasukan tuan rumah tersentak dengan gol penyamaan menerusi tandukan Mohd. Fauzi Roslan pada minit ke 73 hasil hantaran lintang Mohd. Faizol Hussein.

Fauzi yang masuk menggantikan penyerang import pasukan pelawat, Matias Ruben Conti pada minit ke-72 tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol Pahang.

Sementara itu, jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui gembira atas kejayaan pertama skuad kendaliannya mara ke pentas final Piala Malaysia sejak kali terakhir pada tahun 1997.

Pada tahun tersebut, skuad Tok Gajah tewas 0-1 kepada Sela- ngor yang memperolehi gol emas di Stadium Shah Alam.

"Memang (persembahan) kami pada hari ini (semalam) jauh berbeza berbanding dengan persembahan kami sebelum ini.

"Kami agak leka dan terlalu berhati-hati. Sarawak mengambil kesempatan di situ (ketika menjaringkan gol pertama perlawanan).

"Pada separuh masa kedua, kami nampak lebih (bertenaga) setelah memasukkan Fauzi (Roslan). Pemain-pemain (Sarawak) keletihan dan di situlah kami mengambil kesempatan.

"Kami kembali menyerang selepas memasukkan tiga pemain iaitu Fauzi, Faizol (Hus- sien) dan Saiful (Nizam Wis- wan).

"Ternyata, ketiga-tiga pemain itu berjaya mengubah sedikit corak permainan kami," katanya.

Kelantan berhak mara ke final

Posted:

Kelantan berhak mara ke final

Kelantan berhak mara ke final

Oleh YATIMIN ABDULLAH


HODAK meraikan kejayaan Kelantan mara ke final Piala Malaysia 2013 selepas menyingkirkan ATM dengan agregat 4-3 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.


KEBANGKITAN yang dijelmakan barisan pemain Kelantan pada 20 minit terakhir melayakkan mereka mara ke pentas final Piala Malaysia musim ini.

Anak-anak buah Bojan Hodak mara selepas menyingkirkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan agregat 4-3 setelah aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin berakhir dengan seri 2-2.

Keputusan seri itu sudah memadai buat Kelantan untuk mara ke pentas final buat kali keempat dalam tempoh lima tahun, sekali gus meranapkan impian ATM untuk menebus kekecewaan tumpas 3-2 pada aksi final musim lalu.

Hodak menganggap kejayaan itu hasil semangat juang tinggi barisan pemain yang tidak mudah berputus asa walaupun ketinggalan 0-2 kepada ATM pada perlawanan tersebut, sebelum bangkit untuk mengikat kedudukan menjadi 2-2.

Menurutnya, kelemahan fizikal lawan pada 20 minit terakhir digunakan sebaik mungkin oleh barisan pemainnya dengan berjaya meledakkan gol semangat menerusi pemain gantian, Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-82 yang menjadi titik tolak kebangkitan skuad The Red Warriors.

"Tidak ada pasukan yang mampu beraksi secara mendesak sepanjang tempoh 90 minit dan situasi ini dapat dilihat apabila fizikal pasukan lawan (ATM) menjadi lemah ketika perlawanan berbaki 20 minit lagi untuk tamat.

"Kami mempunyai banyak ruang dan mendominasi perlawanan sehingga berjaya menjaringkan gol.

"Bagi saya, jaringan yang dihasilkan oleh Ahmad Fakri cukup baik dan penuh dengan kualiti sebagai antara penyerang terbaik Kelantan," katanya.

Pada perlawanan tersebut, B. Sathianathan mengotakan janji bahawa skuad bimbingannya akan bangkit apabila berjaya meledakkan dua jaringan awal pada babak pertama melalui penyerang berbisa, Marlon Alex James yang telah mengunci mulut penyokong setia skuad The Red Warriors.

Bagaimanapun, tempoh 10 minit terakhir perlawanan ternyata menjadi milik Kelantan yang memperoleh gol pertama menerusi rembatan kencang penyerang gantian, Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-82 sebelum kapten, Mohd. Badhri Radzi menjaringkan gol kedua The Red Warriors berselang tiga minit kemudian bagi menjadikan kedudukan agregat 4-3.

Pengendali kelahiran Croatia itu turut mengakui, kelemahan barisan tengah serta rentak permainan yang agresif daripada pihak lawan menjadi punca pasukan itu seakan-akan hilang punca pada babak pertama sehingga membuka ruang kepada pelawat menjaringkan gol.

Katanya, Kelantan dijangka berdepan laluan sukar di pentas final apabila tonggak pertahanannya, Obinna Nwaneri tidak dapat beraksi selepas mengumpul dua kad kuning.

Dalam pada itu, Hodak turut memuji ketajaman penggempur berbisa ATM, Alex James yang disifatkan sebagai antara pemain terbaik dalam saingan Liga Malaysia sepanjang 10 tahun.

Katanya, meskipun sudah berusia, kesungguhan yang tinggi serta tidak mudah putus asa perlu dicontohi oleh pemain muda di negara ini.

Stroud, Moore pimpin saingan

Posted:

Stroud, Moore pimpin saingan

Stroud, Moore pimpin saingan

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my


STROUD berkongsi kedudukan selaku pendahulu bersama pada pusingan ketiga Kejohanan Golf CIMB Classic 2013 semalam.


PEMAIN Amerika Syarikat, Chris Stroud dan Ryan Moore berkongsi kedudukan selaku pendahulu bersama dengan kelebihan satu pukulan pada pusingan ketiga Kejohanan Golf CIMB Classic 2013 semalam.

Selepas mengharungi tiga pusingan di lapangan Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), kedua-dua pemain tersebut mengumpul 12 bawah par 204.

Gelaran juara pada kejohanan bernilai AS$7 juta (RM22.2 juta) itu masih terbuka luas sebelum pusingan penentuan hari ini apabila rakan senegara pendahulu, Gary Woodland dan pemain sensasi Thailand, Kiradech Aphibarnrat mengekori rapat di tangga kedua.

Stroud yang menghuni tempat keempat kelmarin, melonjak ke tangga teratas selepas melakar catatan empat bawah par 68 semalam setelah membuka saingan dengan catatan 67 dan 69 pukulan pada dua pusingan pertama.

"Saya perlu melakukan hayunan yang lebih tepat esok (hari ini)," kata Stroud yang kali pertama mendahului saingan selepas beraksi dalam 194 kejohanan pada Jelajah PGA.

Dalam pada itu, Moore selaku pendahulu pusingan pertama yakin akan menampilkan persembahan yang baik pada pusingan akhir hari ini.

"Dua hari yang berbeza. Sekiranya dapat melakukan pukulan dan penyudahan yang baik, saya mempunyai peluang," katanya.

Woodland yang menjuarai Terbuka Reno-Tahoe musim lepas, melonjak ke kedudukan kedua bersama Kiradech selepas melakukan catatan lima bawah par 67 setelah memperoleh 68 dan 70 pada pusingan pertama dan kedua.

"Saya berada di kedudukan baik selepas menampilkan satu persembahan yang menarik.

"Saya akan meneruskan usaha ini dan akan melihat apa yang akan berlaku pada pusingan akhir nanti," katanya.

Kiradech pula masih mengekalkan statusnya sebagai pemain terbaik Asia dalam kalangan 78 pemain pada kejohanan tersebut.

"Saya sangat gembira dengan rentak permainan saya dan saya sedang berusaha memperbaiki pukulan penyudahan sejak kelmarin dan ia banyak membantu," kata pemain berusia 24 tahun yang mengungguli ranking Jelajah Asia itu.

Dalam pada itu, hajat dua pemain negara, Nicholas Fung dan Rashid Ismail untuk memperbaiki keadaan tidak kesampaian apabila beraksi hambar pada hari ketiga.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat