{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


15 minit terakhir detik kejayaan

Posted:

15 minit terakhir detik kejayaan

15 minit terakhir detik kejayaan

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@kosmo.com.my

DOLLAH (tiga dari kanan) bersama barisan pemainnya meraikan kejayaan Pahang mara ke final Piala Malaysia di Stadium Negeri, Kuching malam kelmarin.


PENGENDALI Pahang, Dollah Salleh muncul individu paling gembira selepas skuad kendaliannya mara ke pentas final Piala Malaysia musim ini.

Pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Negeri, Kuching malam kelmarin, Pahang berjaya mengekang Sarawak apabila melakar keputusan seri 1-1, sekali gus mara ke final dengan agregat 4-2.

Dollah mengakui, skuad Tok Gajah agak bernasib baik apabila Sarawak gagal menyempurnakan beberapa peluang yang terhidang sejak wisel permulaan ditiupkan.

"Inilah bola sepak, memang tak dinafikan Sarawak banyak melepaskan peluang dan kita hanya mendapat satu peluang dan kita menjaringkan satu gol.

"Dalam permainan bola sepak inilah dia, kita main macam mana baik sekalipun kalau tidak menjaringkan gol kita kena terima hakikat," katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan kelmarin.

Dollah berkata, skuad Bujang Senang bermain dengan begitu baik sehingga memaksa anak-anak buahnya tampil dengan rentak lebih berhati-hati terutama pada babak pertama.

"Saya sudah menasihati pemain bahawa kami datang ke sini (Kuching) bukan untuk bertahan tetapi nampaknya mereka terlampau berhati-hati sehingga tidak sedar telah bertahan. Di situ timbul corak permainan yang hambar.

"Dalam 15 minit terakhir, kami kembali mendapat rentak selepas kemasukan tiga pemain iaitu Mohd. Fauzi Roslan, Mohd. Faizol Hussein dan Mohd. Saiful Nizam Miswan," katanya.

Dollah turut memuji persembahan yang ditunjukkan Fauzi apabila muncul wira dengan meranapkan impian Sarawak untuk menyertai Kelantan di pentas final yang dijadualkan di Stadium Shah Alam pada 3 November depan.

"Sebenarnya sebelum permainan, dia (Fauzi) ada datang bertemu saya meminta nasihat mengenai prestasinya yang sudah hilang keyakinan untuk bermain.

"Saya masih mempercayainya dan saya tidak ragu-ragu untuk memasukkan dia dan syukur kemasukannya berhasil apabila dia menjaringkan gol," kata Dollah.

Fauzi atau mesra dipanggil Koji pula tidak menyangka dapat menjaringkan gol menerusi sentuhan pertamanya dalam aksi di hadapan hampir 22,000 penyokong itu.

"Syukur selepas seminit dimasukkan, saya menjaringkan gol melalui sentuhan pertama di tengah padang.

"Ia merupakan gol pertama saya dalam Piala Malaysia dan lebih manis, jaringan itu membantu pasukan layak ke pentas final.

"Ini hadiah untuk seluruh penyokong Pahang," ujarnya yang masuk menggantikan penyerang import, Matias Conti pada minit ke-72.

Bujang Senang masih ada sebab berbangga

Posted:

Bujang Senang masih ada sebab berbangga

Bujang Senang masih ada sebab berbangga

Oleh FIRDAUS HASSAN
firdaus.hassan@Kosmo.com.my


REAKSI dua pemain Sarawak yang kecewa selepas seri 1-1 dengan Pahang pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Negeri, Kuching kelmarin.


KETUA jurulatih Sarawak, Robert Alberts memuji semangat juang yang dipamerkan anak-anak buahnya meskipun mereka gagal menempah slot final Piala Malaysia.

Keputusan seri 1-1 ketika menentang Pahang pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Negeri, Kuching malam kelmarin menyebabkan Bujang Senang terlepas tiket final.

Ini kerana Sarawak ketinggalan dengan agregat 2-4 selepas tewas 1-3 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Makmur, Kuantan minggu lalu.

Alberts berkata, barisan pemainnya telah menjalankan tugas dengan baik dan mengikut setiap arahan yang diberikan sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berlangsung.

"Saya tidak mempunyai sebarang rungutan, semua pemain menjalankan tugas seperti diarahkan, mereka melaksanakan tugas dengan baik dan telah mencuba sedaya upaya.

"Namun akhirnya kami masih gagal untuk meneruskan (kemaraan ke final) walaupun pada saya, kami sebenarnya patut layak berdasarkan aksi ditunjukkan malam ini (kelmarin)," kata Alberts pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan kelmarin.

Dalam pada itu, Alberts berkata, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan corak permainan skuad Bujang Senang.

"Saya tidak kecewa dengan kegagalan ini kerana mereka telah melakukan yang terbaik dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menang. Meski gagal ke final, kami gagal bermaruah.

"Nasib tidak menyebelahi kami apabila gagal menyudahkan peluang yang terhidang selepas mendapat gol pertama pada minit ke-33.

"Lebih memburukkan keadaan apabila kami gagal menguasai semula permainan selepas Pahang memperoleh gol penyamaan," katanya.

Beraksi di hadapan hampir 22,000 penyokong sendiri, Sarawak mengasak bertubi-tubi ke gawang Pahang sejak minit pertama.

Percaturan Alberts yang memasukkan pemain tengah Joseph Kalang Tie dan tonggak pertahanan, Ronny Harun nyata memberikan kelebihan buat tuan rumah.

Ronny turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut selepas menunjukkan disiplin yang tinggi dengan merantai dua penyerang Pahang - Azammudin Mohd. Akil dan Matias Conti.

Kelantan, Pahang lonjak gelora

Posted:

Kelantan, Pahang lonjak gelora

Kelantan, Pahang lonjak gelora

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


BARISAN pemain Kelantan meraikan kejayaan mara ke final Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Jumaat lalu.


"FINAL paling ditunggu-tunggu musim ini."

Demikian jelas pengkritik bola sepak negara, Reduan Abdullah menjelang aksi final Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang di Stadium Shah Alam pada 3 November depan.

Menurut beliau, rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi peringkat kumpulan sebelum ini tidak wajar dijadikan ukuran, memandangkan saingan di pentas final adalah sesuatu aksi yang cukup berbeza.

"Kedua-dua pasukan dilihat memiliki kekuatan dan kekurangan yang seimbang.

"Biarpun saya percaya pemenang tidak akan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti, ada baiknya kita tunggu aksi sebenar di atas padang nanti," kata Reduan ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kelantan yang tampil selaku juara bertahan mara ke pentas final selepas mengecewakan finalis musim lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi agregat 4-3.

Pahang pula mengakhiri penantian selama 16 tahun untuk mara ke pentas final selepas mengatasi cabaran juara Liga Premier, Sarawak dengan agregat 4-2.

Sebagai rekod, kedua-dua pasukan terikat 1-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan dalam aksi pembuka tirai Kumpulan C Piala Malaysia 20 Ogos lalu.

Bagaimanapun, skuad The Red Warriors berpesta gol membelasah Pahang 4-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 21 September lalu.

Ketika diminta mengulas mengenai sentuhan yang dimiliki pengendali Pahang, Dollah Salleh, Reduan mengakui, bekas penyerang skuad kebangsaan itu memiliki karisma tersendiri bagi menjulang Tok Gajah kali ini.

Ia bersandarkan kepada kejayaan Dollah yang mendakap gelaran yang sama ketika membimbing Selangor MBPJ pada 2003 dan Selangor dua tahun kemudian.

"Sebagai jurulatih, Dollah pastinya mahu menamatkan penantian penyokong Pahang yang kali terakhir melihat Piala Malaysia diarak ke Kuantan pada 1992 selepas Pahang dikecewakan Selangor di pentas final 1997.

"Cuma kredibiliti (jurulatih Kelantan) Bojan Hodak juga tidak boleh dipandang sebelah mata, beliau pastinya mahu mempertahankan gelaran juara Piala Malaysia selepas terlepas trofi Liga Super musim ini," kata beliau.

Reduan juga percaya mana-mana pasukan yang paling sedikit membuat kesilapan bakal membawa pulang trofi paling berprestij edisi yang ke-87 itu.

"Aksi final pastinya berbeza, jadi pemain harus bijak mengawal perasaan dan tidak terlalu gemuruh.

"Apa yang pasti, saya percaya ia satu final yang ditunggu-tunggu terutamanya bagi peminat dari Pantai Timur," katanya.

Pada final Piala Malaysia musim lalu, Kelantan mengecewakan ATM 3-2 di Stadium Shah Alam.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat