Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Posted: Cita rasa pastri Jepun
SAAT pertama kali melalui kafe Komugi, Paradigm Mall, Petaling Jaya, mata saya tertarik dengan barisan roti dan pastri yang kelihatan enak lagi menyelerakan. Komugi merupakan perkataan Jepun yang membawa maksud gandum. Maka, tidak hairanlah kafe ini menawarkan produk utamanya iaitu pelbagai roti Jepun buatan tangan, kek, variasi coklat dan hidangan makanan lain. Kafe Komugi bukan sekadar berkonsepkan Jepun semata-mata, keaslian pembuatan roti juga dititikberatkan dengan kehadiran perunding chef yang diterbangkan khas dari negara Matahari Terbit itu. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Focus Point Holdings Bhd., Datuk Liaw Choon Liang, buat masa ini, sebanyak tujuh cawangan Komugi dibuka di sekitar Lembah Klang selepas pembukaan kafe Komugi yang pertama pada bulan November tahun lalu. "Buat masa ini, kami lebih fokus kepada pasaran di sekitar Lembah Klang kerana dapur pusat Komugi berada di Kota Damansara, Petaling Jaya. "Kebanyakan kafe Komugi berada di dalam pusat beli-belah seperti di Mid Valley, Paradigm Mall, Sunway Pyramid, Pavilion, Sunway Giza dan Subang Parade," katanya ketika ditemui di Komugi, Paradigm Mall baru-baru ini. Tambahnya, lebih daripada 100 jenis roti, 70 jenis pastri dan kek yang ditawarkan pada harga berpatutan dibuat menggunakan ramuan berkualiti didatangkan khusus dari Jepun. "Roti, kek dan pastri dibuat setiap hari bagi membolehkan para pelanggan menikmatinya secara segar. "Apabila anda mengunjungi Komugi, jangan lepaskan peluang merasai hidangan signatur kami iaitu roti Jepun, Hanjuku Cheese, Namachoco Sand, Creamy Custard Krone dan Cookie Cream Puffs," ujar Choon Liang yang menyukai makanan Jepun. Hanjuku Cheese didatangkan dengan dua perasa iaitu asli dan coklat. Teksturnya yang cair di mulut dan enak dimakan bersama hirupan kopi dijual pada harga RM3.50 sebiji.
Rambang mata Anda pasti teruja apabila melihat kek lapis unik berbentuk bulat seperti donat iaitu Baumkuchen yang namanya diambil daripada bahasa Jerman, membawa maksud kek pokok, harganya RM23.90 sebiji. Antara pastri lain ialah creamy custard krone, namachoco sand (perisa coklat dan teh hijau) dan fuwa fuwa serta pelbagai pilihan pastri yang membuatkan anda rambang mata. Bagi mereka yang menggemari coklat, Komugi merupakan persinggahan wajib jika anda mahu merasai coklat premium, Chocoletto buatan tangan yang diperbuat daripada coklat dari Belgium. Komugi juga menawarkan variasi minuman, daripada minuman panas, sejuk hinggalah ke jus. Kelainan yang ada di sini ialah jus segarnya dibotolkan dipanggil Furutsu diperbuat daripada air oksigen. "Pelanggan beragama Islam tidak perlu risau kerana pembuatan kek, pastri, mahupun coklat di Komugi bebas daripada unsur babi dan alkohol. "Tiada sebarang bahan pengawet digunakan kerana kesemua makanan itu dihasilkan menggunakan bahan-bahan dan ramuan semula jadi. Kami juga menitikberatkan aspek kesihatan memandangkan pastri di Komugi tidak begitu manis," katanya sambil memberitahu Komugi di Paradigm Mall boleh menempatkan 55 orang pada satu masa. | ||
Mata sihat, menawan dengan pati beri Posted: Mata sihat, menawan dengan pati beriINNERSHINE Pati Beri kaya dengan nutrien-nutrien penting yang memberi manfaat pada mata. DALAM satu kajian ke atas 1,000 orang lelaki yang telah dilaporkan di akhbar Daily Mail UK baru-baru ini, mata merupakan anggota badan pertama yang menarik perhatian mereka terhadap wanita, diikuti dengan senyuman. Sebanyak 70 peratus daripada responden terlibat turut menyatakan bahawa mata merupakan tarikan utama seorang wanita kepada mereka. Kini jelas dilihat betapa pentingnya mata yang kelihatan segar untuk menawan hati seseorang jejaka. Melalui rangkaian InnerShine Pati Beri, kini mata anda akan mendapat khasiat tambahan serta perlindungan yang sebaiknya. Mata merupakan satu organ dan deria yang paling penting. Apabila sering terdedah terhadap pencemaran, sinaran ultraungu matahari dan radiasi daripada pelbagai peranti elektronik, mata akan menjadi kering dan lesu. Ada kadangkala ia kelihatan kemerahan dan tidak bermaya. InnerShine Pati Beri berupaya untuk menghindari keadaan tersebut kerana ia mengandungi tujuh jenis buah beri premium dari benua Eropah dan Amerika yang kaya dengan bahan antioksidan dan zat. Ramuan intipati minuman yang berkhasiat, pekat lagi lazat ini terdiri daripada beri acai, beri biru, blackcurrant, chokeberry, kranberi, elderberi dan strawberi. Buah-buahan eksklusif yang kaya dengan Vitamin C dan flavonoid ini bukan sahaja merawat kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas tetapi juga meningkatkan pengedaran darah ke mata. InnerShine Pati Beri diperkaya dengan nutrien penting seperti Vitamin A, C dan E serta zink yang sekali gus amat baik untuk mata agar sentiasa sihat dan tampak bersinar sepanjang hari. "Penjagaan kesihatan mata sering diendahkan dan kadangkala diabaikan sama sekali. "Berikanlah mata anda nutrien dan khasiat tambahan yang terkandung dalam InnerShine Pati Beri bagi meningkatkan tahap kesihatannya," kata Naib Presiden dan Pengurus Besar Cerebos Malaysia, Koh Joo Siang. Tambahnya, Cerebos Malaysia sentiasa komited untuk membekalkan para pengguna suplemen-suplemen yang terbaik dari segi ramuan yang berkualiti tinggi dan pematuhan terhadap piawaian pengeluaran yang ketat. InnerShine Pati Beri dengan jaminan Brand's VEssenz boleh didapati di semua farmasi, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara pada harga RM30.50 untuk pek 6 botol x 42 mililiter (ml) dan RM57.90 untuk pek 12 botol x 42ml. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |