Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Liga Arab, OIC menyeru gencatan senjata di Syria sempena Aidiladha.
- Kadar baharu RM150 saman AES boleh dibayar mulai hari ini - KP JPJ
- Muhammad Zulfahmi disahkan cergas, boleh berlumba esok
Liga Arab, OIC menyeru gencatan senjata di Syria sempena Aidiladha. Posted: Liga Arab, OIC menyeru gencatan senjata di Syria sempena Aidiladha.10/10/2013 10:05pm KAHERAH - Liga Arab dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) hari ini menggesa tentera kerajaan Syria dan pejuang penentang Presiden Bashar al- Assad untuk mengadakan gencatan senjata ketika Aidiladha pada minggu hadapan. Perang selama dua tahun setengah di Syria itu telah mengorbankan lebih 120,000 orang dan memaksa lebih berjuta-juta rakyatnya meninggalkan rumah dan tinggal di kem-kem pelarian di negara jiran. Dengan kuasa-kuasa serantau yang menyokong pihak pemberontak manakala Rusia menghalang usaha-usaha Barat untuk memaksa Bashar untuk meletak jawatan, ini memberi harapan tipis untuk menamatkan pertumpahan darah. Kebanyakan negara-negara arab akan mula bercuti pada miggu hadapan sempena Aidiladha. - Reuters |
Kadar baharu RM150 saman AES boleh dibayar mulai hari ini - KP JPJ Posted: Kadar baharu RM150 saman AES boleh dibayar mulai hari ini - KP JPJ10/10/2013 9:57pm PUTRAJAYA - Kadar baharu RM150 saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang diumumkan baru-baru ini boleh dibayar mulai hari ini. Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad berkata, kadar baharu itu hanya berkuat kuasa bagi saman dikeluarkan selepas 18 September lalu manakala saman sebelum tarikh itu masih menggunakan kadar lama iaitu RM300. Beliau berkata, kadar baharu tersebut berasaskan 'Lagi Lewat Dibayar, Lagi Banyak Perlu Dibayar", sebagai contoh saman RM150 bagi kesalahan melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat akan meningkat kepada RM200 jika tidak dibayar dalam tempoh 14 hari dan RM300 jika tidak dibayar dalam tempoh 60 hari. Tempoh 14 hari itu bermula hari ini, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. Ismail menegaskan, jika saman itu tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya tiga bulan, pemilik saman itu akan dihadapkan ke mahkamah. - Bernama |
Muhammad Zulfahmi disahkan cergas, boleh berlumba esok Posted: Muhammad Zulfahmi disahkan cergas, boleh berlumba esok10/10/2013 9:54pm SEPANG - Pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi telah disahkan cergas untuk berlumba dalam Grand Prix Motosikal Malaysia 2013 yang membuka tirainya esok, di Litar Antarabangsa Sepang di sini. "Selepas pemeriksaan oleh dua doktor rasmi MotoGP hari ini, saya didapati boleh berlumba pada minggu ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Difahamkan seorang daripada doktor yang membuat pemeriksaan terhadap Muhammad Zulfahmi di Pusat Perubatan SIC ialah Brig. Jen. Datuk Dr. Mohd. Zin, ketua Pasukan Perubatan MotoGP Malaysia serta seorang lagi doktor daripada penganjur MotoGP. "Walaupun saya belum 100 peratus pulih tetapi saya percaya esok saya boleh menunggang motosikal di sini (Litar Sepang). Saya berharap tidak akan hadapi sebarang masalah atau kesakitan semasa menunggang di litar esok. "Saya sudah boleh menggerakkan tangan saya sekarang. Esok, saya akan cuba melupakan kesakitan dan menumpukan perhatian kepada pemanduan saya," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |