Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Maik sasar kutipan zakat RM125 juta tahun ini
- Empat penjenayah lolos selepas kereta dinaiki terbabas
- Pemilihan UMNO 2013: Zahid, Shafie dijangka kekal jawatan, Hishammuddin bersaing sengit dengan Mukhriz
Maik sasar kutipan zakat RM125 juta tahun ini Posted: Maik sasar kutipan zakat RM125 juta tahun ini19/10/2013 9:28pm MACHANG - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menyasarkan pungutan zakat pada tahun ini meningkat kepada RM125 juta berbanding RM113 juta tahun lepas. Penasihat Khas Yang Dipertua Maik, Datuk Nik Kamaruddin Ismail berkata kutipan Maik sehingga bulan ini ialah sebanyak RM106 juta. "Masyarakat sekarang sedar duit zakat yang mereka serahkan kepada Maik, kita salurkan dengan baik kepada golongan yang berhak menerima zakat," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Maik 2013 di Dataran Hutan Lipur Bukit Bakar di sini hari ini. Pada program itu, Maik dengan kerjasama Media Prima Sdn Bhd, turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian kepada 27 keluarga miskin di daerah ini. - Bernama |
Empat penjenayah lolos selepas kereta dinaiki terbabas Posted: Empat penjenayah lolos selepas kereta dinaiki terbabas19/10/2013 8:22pm PETALING JAYA - Empat penjenayah bertindak agresif dengan melanggar beberapa buah kereta sebelum nyaris merempuh seorang lelaki sewaktu cuba melarikan diri daripada ditahan polis di Flat Gugusan Cempaka, Seksyen 6, Kota Damansara di sini petang tadi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, ketika kejadian pada kira-kira pukul 3,45 petang itu, polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah kenderaan jenis Proton Waja yang dinaiki suspek ekoran khuatir dengan keselamatan orang awam yang berada di kawasan flat berkenaan. "Setelah ditembak, suspek sempat memandu sejauh kira-kira 200 meter sebelum kenderaan yang dinaiki mereka terbabas lalu melanggar kereta milik penduduk yang diletakkan di kawasan letak kereta flat tersebut. "Mereka kemudiannya telah melarikan diri dan meninggalkan kereta tersebut di lokasi kejadian. Kita percaya kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan dan sedang bersembunyi," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui dilokasi kejadian di sini hari ini. - KOSMO! |
Posted: Pemilihan UMNO 2013: Zahid, Shafie dijangka kekal jawatan, Hishammuddin bersaing sengit dengan Mukhriz19/10/2013 8:10pm KUALA LUMPUR - Untuk keputusan tidak rasmi sehingga pukul 8 malam ini, penyandang jawatan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal masing-masing dijangka mengekalkan jawatan tersebut. Kedua-dua pemimpin tersebut menerima lebih 100 undi daripada bahagian yang bersidang di seluruh negara hari ini. Sementara itu, seorang lagi penyandang jawatan itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien bersaing sengit dengan muka baharu, Datuk Muhkriz Tun Dr. Mahathir dengan hanya masing-masing terpisah kira-kira 10 undi sahaja. - KOSMO! |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |