Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Terengganu sedia garis panduan keselamatan pelumba basikal
- Ahli perniagaan putus telinga sewaktu keluar pusat hiburan
- Dua ditahan di Kedah selepas larikan kereta di Pulau Pinang
Terengganu sedia garis panduan keselamatan pelumba basikal Posted: Terengganu sedia garis panduan keselamatan pelumba basikal27/10/2013 10:02pm KUALA TERENGGANU - Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu dijangka mengeluarkan garis panduan sebelum akhir tahun ini kepada pelumba basikal bagi mengelak risiko kemalangan semasa latihan di jalan raya. Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Sumber Manusia negeri, Rozi Mamat berkata, pihaknya berharap semua persatuan basikal di negeri itu akan mematuhi garis panduan berkenaan. "Kejadian kemalangan yang membabitkan dua atlet berbasikal sebelum ini juga adalah tragedi yang dipercayai berpunca akibat kecuaian manusia kerana gagal mematuhi peraturan sedia ada," katanya di sini hari ini. Garis panduan itu dikeluarkan ekoran kemalangan yang meragut nyawa pelumba muda Terengganu, Mohamad Asmu'i Ali, 20, awal bulan ini. - Bernama |
Ahli perniagaan putus telinga sewaktu keluar pusat hiburan Posted: Ahli perniagaan putus telinga sewaktu keluar pusat hiburan27/10/2013 7:28pm TELUPID - Seorang ahli perniagaan putus cuping telinga kiri selepas ditetak menggunakan pedang samurai oleh dua suspek lelaki ketika keluar daripada sebuah pusat hiburan di Kampung Gambaron dekat sini awal pagi tadi. Dalam kejadian pukul 1.08 pagi itu, mangsa, Risin Kindol, 46, turut mengalami kecederaan di pipi dan dada kirinya selain kenderaan jenis Toyota Ninja kepunyaan isterinya dilarikan suspek. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Asisten Komisioner Mohd. Shariff Abd. Wahid berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa yang baharu keluar da ripada pusat hiburan tersebut bertengkar dengan isterinya yang datang ke lokasi kejadian bagi mengambil mangsa. "Secara tiba-tiba dua suspek lelaki bersenjatakan pedang samurai yang menaiki kenderaan jenis Toyota Rush terus menghampiri mangsa sebelum menetaknya. "Isteri mangsa yang terkejut dengan kejadian tersebut sempat melarikan diri bagi mengelakkan ditetak oleh dua suspek terbabit," katanya di sini hari ini. - KOSMO! |
Dua ditahan di Kedah selepas larikan kereta di Pulau Pinang Posted: Dua ditahan di Kedah selepas larikan kereta di Pulau Pinang27/10/2013 6:33pm ALOR SETAR - Polis Kedah menahan dua penjenayah yang mencuri sebuah kenderaan di Simpang Ampat, Pulau Pinang dan melarikannya ke sini pagi tadi. Mereka yang berumur sekitar 20-an itu ditahan kira-kira 9.30 pagi berhampiran Lorong Market Buah, Pekan Cina. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, penjenayah ditahan semasa cuba meloloskan diri dengan kenderaan Toyota Hilux tersebut melalui lorong kecil setelah mengetahui kehadiran mereka dikesan pihak polis. "Semasa cuba melarikan diri, suspek telah melanggar sebuah lori, sebuah kereta jenis Proton Wira, lapan buah motosikal dan peti elektrik milik TNB (Tenaga Nasional Berhad). "Suspek akan diserahkan kepada polis Butterworth dan segala kertas kerja siasatan akan dibuat oleh pihak polis di sana berikutan kes awalnya dilaporkan di sana," katanya kepada Bernama. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |