Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Dua mayat lelaki ditemui dalam bonet kereta
- Swasta disaran wujudkan ekosistem keusahawanan, majukan bidang ICT
- Elak bibit perpecahan dalam Pemuda semasa pemilihan UMNO
Dua mayat lelaki ditemui dalam bonet kereta Posted: Dua mayat lelaki ditemui dalam bonet kereta04/10/2013 10:21pm BAGAN SERAI - Pengunjung kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Alor Pongsu arah selatan di sini gempar apabila dua mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui di dalam bonet sebuah kereta yang diletakkan di situ hari ini. Mayat Ting Liong Chin, 28, dan Seu Hong Chee, 19, masing-masing dari Cheras dan Kepong itu ditemui dalam bonet kereta tersebut kira-kira pukul 4.05 petang. Mayat kedua-dua lelaki yang dipercayai telah dibunuh beberapa hari itu ditemui dalam keadaan terikat kaki dan tangan selain muka ditutup dengan plastik lutsinar. Mayat kedua-dua lelaki ini dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat. Ketua Polis Daerah Kerian, Superitendan Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan tersebut dan siasatan sedang dijalankan. - KOSMO! |
Swasta disaran wujudkan ekosistem keusahawanan, majukan bidang ICT Posted: Swasta disaran wujudkan ekosistem keusahawanan, majukan bidang ICT04/10/2013 9:38pm KUALA LUMPUR - Pihak swasta disaran membantu mengembangkan idea kreatif golongan muda dengan mewujudkan ekosistem keusahawanan bagi memajukan bidang Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (ICT) di negara ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ekosistem yang membawa maksud interaksi dan kerjasama antara pihak pengeluar idea dan pihak penaja akan membuka peluang perniagaan lebih besar kerana kreativiti di dalam ICT mendapat pasaran dunia serta pulangan lumayan. Memberi contoh perkembangan laman Google dan laman sosial Facebook yang bermula di Amerika Syarikat beliau berkata, ramai anak muda sebenarnya memiliki idea dan potensi besar untuk mewujudkan peluang perniagaan seumpama itu. "Kalau ada idea, idea itu boleh dipasarkan secara global, bantu bagaimana idea itu boleh dikembangkan. "Kita lihat di Amerika Syarikat dan sebagainya, Google, Facebook, Microsoft, Twitter, dia gunakan satu idea besar dari seorang anak muda biasa yang tiada apa-apa tetapi dibantu oleh orang yang mempunyai modal, bukan kerajaan tetapi orang yang ada modal," katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama |
Elak bibit perpecahan dalam Pemuda semasa pemilihan UMNO Posted: Elak bibit perpecahan dalam Pemuda semasa pemilihan UMNO04/10/2013 8:45pm ALOR SETAR - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berharap agar persaingan merebut semua jawatan Pemuda pada pemilihan UMN0 2013 berlangsung dengan sihat dan tidak timbul sebarang bibit perpecahan sehingga boleh menggugat perpaduan dalam kalangan ahli sayap parti itu sendiri. Kata beliau, setiap calon yang bertanding perlu ingat bahawa perpaduan amat penting dalam sesebuah parti dan pemilihan kali ini perlulah berjalan dengan baik. "Saya tidak mahu pemilihan kali ini menjadi bibit perpecahan seperti yang berlaku sebelum ini iaitu berpecah kepada tiga penjuru. "Susah nak satukannya semula tetapi akhirnya kita berjaya menyatukannya semula," katanya. Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian ketika berucap pada Majlis PenyampaianBantuan Pentadbiran Persatuan Belia dan Majlis Ramah Mesra bersama Belia di Dewan Besar MBAS di sini hari ini. - KOSMO! |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |