Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- USM ambil inisiatif sediakan program sediakan pelajar rancang kerjaya
- Dua mayat dalam but kereta dipercayai mangsa culik
- Kes denggi di Melaka meningkat lebih 82 peratus
USM ambil inisiatif sediakan program sediakan pelajar rancang kerjaya Posted: USM ambil inisiatif sediakan program sediakan pelajar rancang kerjaya05/10/2013 9:38pm GEORGE TOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif untuk menggalakkan penuntutnya merancang kerjaya mereka bagi menghadapi saingan dunia pekerjaan yang semakin kompetitif. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar), Prof Dr. Adnan Hussein berkata, walaupun perkara itu bukan agenda USM, usaha berkenaan dilihat penting bagi memastikan pelajarnya bersedia. "Kita mesti pastikan penuntut kita dilengkapi maklumat yang tepat selain membuka peluang lebih baik untuk mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Sector Focused Career Fair' (SFCF) 2013, di sini hari ini. Adnan berkata, USM berharap menerusi SFCF yang merupakan inisiatif bersama Talent Corp dan universiti tempatan, akan membantu penuntut universiti itu bersedia menghadapi alam pekerjaan sebenar. "Industri berkembang dengan pantas sekarang dan pelajar perlu mengikuti perkembangan ini," katanya. - Bernama |
Dua mayat dalam but kereta dipercayai mangsa culik Posted: Dua mayat dalam but kereta dipercayai mangsa culik05/10/2013 7:57pm IPOH - Dua lelaki yang ditemui mati di dalam but sebuah kereta di kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Alor Pongsu, Lebuh Raya Utara-Selatan semalam, mungkin mangsa culik di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, ini susulan penangkapan tiga lelaki berumur antara 20 dan 30-an di Pulau Pinang yang disyaki terbabit dengan kes penculikan itu. "Seorang suspek ditangkap semalam, manakala dua lagi ditangkap hari ini. Polis sedang siasat sama ada ketiga-tiga suspek ini mempunyai kaitan dengan dengan kes culik dan bunuh mangsa ini dan adakah kedua-dua mangsa ialah mangsa sebenar penculikan itu," katanya kepada pemberita hari ini. Beliau berkata, kehilangan kedua-dua mangsa itu dilapor oleh rakan mereka pada Rabu lepas. Katanya, siasatan awal mendapati mangsa tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan motif sebenar pembunuhan masih dalam siasatan. - Bernama |
Kes denggi di Melaka meningkat lebih 82 peratus Posted: Kes denggi di Melaka meningkat lebih 82 peratus05/10/2013 7:45pm MELAKA - Kes denggi di negeri ini mencatatkan pe ningkatan sebanyak 82.1 peratus antara Januari hingga 3 Oktober lalu berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Ketua Penolong Pengarah Kanan (Vektor) Penyakit Bawaan Vektor) negeri, Dr. Nur Aishah Buang berkata,sejumlah 692 kes denggi dilaporkan di negeri ini sepanjang tempoh tersebut berbanding hanya 312 kes bagi tempoh sama tahun lalu. "Kes kematian disebabkan denggi di negeri ini turut meningkat kepada enam kematian tahun ini melibatkan mangsa berusia antara lapan bulan hingga 54 tahun berbanding sifar sejak dua tahun lalu," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Seminar Pencegahan Denggi Menerusi Jawatankuasa Ko munikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) peringkat negeri di Wisma Perkeso, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini. - KOSMO! |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |