Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 04 Oct 2013 11:40 AM PDT LAMBAKAN tudung di pasaran sememangnya tidak dinafikan lagi. Harganya juga ada yang murah dan mahal tetapi ramai yang masih tidak berani untuk mencuba tudung jenis baharu. Kebanyakan daripada mereka yang bertudung lebih cenderung memilih tudung yang mudah dipakai tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk mengenakannya. Tambahan pula bagi kaum ibu yang bekerjaya, sudah pasti mereka akan memilih jenis tudung yang mempunyai ciri-ciri seperti ringkas, mudah dan cepat kerana sibuk dengan pelbagai urusan harian. Tidak kurang juga bagi generasi muda yang baru berhijrah daripada tidak bertudung kepada bertudung memilih tudung Hayfa Hoodie untuk digayakan kerana ia merupakan antara pilihan terbaik untuk mereka. Tudung ini juga lebih menarik kerana mempunyai dua warna di bahagian luar dan dalam yang boleh ditukar mengikut kesesuaian dan padanan pakaian. Minggu ini, .com ingin berkongsi tentang keunikan tudung Hayfa Hoodie yang sesuai digayakan untuk pelbagai majlis. Selamat mencuba.- AZRIN |
Mulakan hari dengan Boss Jour Pour Femme Posted: 04 Oct 2013 11:40 AM PDT SEMBURAN wangian adalah pelengkap solekan bagi setiap wanita sebelum mereka melangkah keluar rumah. Bagi wanita yang ingin bergaya moden, sofistikated dan feminin, haruman Boss Jour Pour Femme pastinya pilihan tepat untuk anda. Koleksi terbaharu daripada Hugo Boss ini dihasilkan dengan gabungan haruman daripada wangian bunga-bungaan putih seperti fresia, lili dan citrus. Gabungan wangian floral dan citrus mampu membangkitkan inspirasi kepada wanita untuk permulaan hari yang lebih ceria. Jenama ini masih lagi mengekalkan gaya eksklusif dalam setiap keluarannya dengan menampilkan rekaan botol kristal dengan gaya mewah. Boss Jour Pour Femme boleh didapati di pasaran pada harga RM178 (30ml), RM256 (50ml) dan RM333 (75ml). Selain wangian, koleksi ini juga didatangkan dengan pilihan mandian Boss Jour Pour Femme Showel Gel pada harga RM112 (200ml) dan Boss Jour Pour Femme Body Lotion RM124 (200ml). |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |