Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Tiada jurang walaupun bertudung Posted: 06 Oct 2013 06:02 AM PDT Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH PERKEMBANGAN dunia fesyen muslimah memberi peluang kepada model bertudung menjejakkan kaki ke pentas peragaan. Persepsi terhadap model bertudung juga telah banyak berubah. Bagi penghias ruang Citra Wanita minggu ini, Norkhairi Fatimah Azzaharuddin, 24 trend ini memberi peluang kepadanya menerokai kerjaya model Muslimah. Mereka yang bertudung semakin ramai yang tampil menghiasi televisyen dan majalah. Ini membuktikan tiada jurang perbezaan sama ada seseorang model itu bertudung atau sebaliknya," katanya yang mesra dengan panggilan Eryn. Meletakkan prinsip bertudung bukan halangan melakukan apa sahaja yang diminati, Erin menjadikan pengacara TV9, Farah Deeba sebagai idola. "Saya menjadikan Farah sebagai idola kerana beliau bukan sahaja cantik tetapi berilmu dan mempunyai pendidikan tinggi. "Justeru, dalam mengejar cita-cita tersebut saya sentiasa berusaha untuk cemerlang dalam apa juga bidang yang diceburi," jelasnya. Selain meminati bidang peragaan, Eryn gemar memasak bagi mengisi masa lapang dengan menjadi sukarelawan. "Saya suka memasak untuk keluarga. Tugasan sebagai model membolehkan Saya membahagikan masa dengan baik. Jika ada kelapangan, saya akan menghasilkan resipi sendiri untuk hidangan keluarga," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |