Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Posted: 20 Oct 2013 11:35 PM PDT Oleh GARRET DAWUM Mahu mencuba pelbagai watak bagi memantapkan kedudukan dalam bidang seni. SOAL kisah cinta pasti tidak akan lari daripada seseorang yang bergelar selebriti. Itulah adalah antara soalan yang pasti akan ditanya oleh wartawan kepada artis. Hal ini kerana cerita umpama itu sudah semestinya akan menjadi bualan oleh umum kelak. Tidak mahu bercakap panjang, hadir ke sesi fotografi bersama Hits baru-baru ini, pelakon kelahiran Kota Kinabalu Sabah, Bella Dally terus diterjah tentang kisah cintanya yang hangat diperkatakan. Menyentuh tentang soal cinta dan siapakah lelaki bertuah yang sedang bertakhta di hati, semua itu sudah tidak menjadi rahsia kerana siapa kekasihnya diketahui umum. Awal bulan November 2011, pelakon, Nazim Othman telah mengumumkan wanita yang telah mencuri hatinya adalah Bella. Menurut Nazim, Bella merupakan seorang wanita yang taat dan sentiasa menerima apa juga nasihat sama ada berkaitan dengan kerjaya mahupun perhubungan dengan hati terbuka. Cinta Bella dan Nazim dikatakan mula berputik sejak mereka berlakon bersama dalam satu drama muzikal terbitan RTM iaitu Inspirasi Varsiti pada 2011. Kisah itu sebenarnya telah mendapat perhatian dan berjaya membuahkan bibit mesra sehingga ke hari ini. Namun, Bella memilih untuk tidak bercakap banyak dan lebih tentang kisah cintanya itu. Katanya, cukup sekadar orang tahu dia mempunyai teman lelaki dan sedang bercinta dengan Nazim. "Bukan apa, saya tidak mahu bila bercerita banyak tentang kisah cinta saya bersama Nazim, orang akan labelkan saya sebagai menunjuk dalam soal itu. "Tapi, saya tak kisah pun kalau orang tahu. Itu bukan masalah besar. Kalau orang tanya, saya akan kongsikan secara luaran sahaja dan tidak terlalu mendalam sebab saya tak selesa kalau semua cerita cinta kami diketahui umum," tegasnya. Mengenai tahap keselesaannya dengan buah hati, kata gadis berusia 22 tahun ini, buat masa sekarang dia selesa dan Nazim tidak mempunyai banyak ragam. "Cuma, kami pernah menolak sesi fotografi bersama selain tawaran berlakon bersama. Kami buat semua itu bukan sebab memilih atau apa tetapi masa dan jadual kami yang berbeza," katanya. Ditanya, adakah keluarga sudah mengetahui kisah percintaannya dengan Nazim, si jelita ini pantas menganggukkan kepala. Menurut Bella, keluarga terutama ibu, Weana Quadra dan bapanya, Ali Abdul Wahid Daly memang bersifat terbuka dengan siapa dia berkawan. "Mereka (ibu dan ayah) tidak akan banyak bertanya tentang hubungan antara saya dan Nazim walaupun mereka tahu. Bila mereka tanya, saya akan jawab dengan jujur. "Lagipun, mereka sudah merestui hubungan ini. Sekarang matlamat saya hanya untuk bekerja," kata bekas peserta Pilih Kasih musim pertama ini sambil memberitahu yang namanya masih tidak dikenali walaupun sudah empat tahun berada dalam industri. Akui Bella, namanya tidak dikenali sebab ada orang beritahu bahawa dia kurang mencipta kontroversi. "Saya tidak kisah kerana tujuan saya berada dalam industri bukan untuk dipalit kontroversi atau gosip. Impian saya dalam bidang seni supaya orang dapat menerima bakat diri ini, bukan mencari populariti melalui kontroversi. "Jika ditanya apa yang saya mahu, pastinya pengiktirafan kerana kebolehan dan bakat dimiliki," jelasnya. Jauhi watak antagonis jika sebulan lalu, Bella bercuti 'sakan' di Eropah untuk berehat seketika daripada bidang lakonan, kini dia kembali dan bersedia dengan projek terbarunya iaitu drama bersiri di TV3. Sebelum ini, katanya dia baru sahaja habis penggambaran dengan TV9 menerusi drama 10 episod, +One. Dalam drama itu, dia digandingkan dengan Elfira Loy, Dj Nas-T dan Zain Saidin. "Sekarang saya akan mula balik setelah sebulan berehat untuk meluangkan masa bersama keluarga. Tetapi permulaan saya pada kali ini ialah saya akan menjadi lebih selektif. "Memilih maksud saya adalah dari segi watak yang dibawa. Sekian lama, saya terikat dengan watak antagonis atau peranan hitam. Dan sekarang saya ingin mempelbagaikan watak saya. "Saya tak boleh bawa watak jahat selama-lamanya. Saya kena corakkan sikit resume lakonan saya," katanya yang mula dikenali dengan penampilan cemerlangnya sebagai orang jahat menerusi Vanilla Coklat dan Serapah Dara Bulan Madu. Memilih bidang lakonan sebagai kerjaya yang dianggap fleksibel masanya, Bella memberitahu keinginan itu bukan disebabkan dia demand atau sebaliknya tetapi tidak rela dirinya menjadi bahan eksploitasi pihak penerbit menerusi watak-watak negatif sehingga boleh menjejaskan imej dan mengundang rasa kurang senang keluarga. "Keluarga banyak merestui perjalanan seni saya. Saya memang hendak menjaga hati mereka. Harap permintaan saya itu tidak disalah ertikan. Saya bukan jenis lupa diri. "Memang tidak dinafikan, watak negatif banyak mencorak personaliti saya untuk berjaya sehingga sekarang," hujah Bella panjang lebar berhubung isu menolak watak hitam. Pertemuan empat mata dengan aktres ini yang menyambut hari jadi pada September lalu terus digunakan Hits untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Hits sempat bertanya, adakah dia mempunyai masalah komunikasi memandangkan Bella mempunyai masalah untuk berbicara dalam bahasa Melayu dengan baik, jawabnya, memang ada. "Memang dulu orang sering pertikai kemampuan lakonan saya kerana slanga Sabah saya yang pekat. Namun kepercayaan diberi pengarah membuatkan saya cuba seday a upaya untuk bercakap seperti orang lain di Kuala Lumpur. "Itu tidak bermakna saya lupakan asal usul, tapi ia perlu untuk membolehkan saya berlakon dan berdialog seperti pelakon lain," katanya yang pernah menerajui filem Seru dan Gila-gila Remaja 2. |
Masih ada dalam industri - Gee Posted: 20 Oct 2013 11:35 PM PDT Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI Gee masih membuat persembahan nyanyian namun hanya untuk majlis tertutup. Penyanyi yang popular menerusi lagu Dia dan Apa Sebenarnya mengatakan dia masih berada dalam industri walaupun kisah berhubung perkembangan kariernya semakin hilang ditayang di dada akhbar mahupun kaca televisyen. Jelas wanita yang kini berusia 43 tahun itu, sungguhpun kisah berhubung dirinya sudah kurang didengari, dia masih aktif bernyanyi khususnya untuk majlis-majlis tertutup dan korporat. "Saya masih dalam industri, masih lagi membuat persembahan untuk majlis-majlis tertentu mungkin cuma publisiti itu sudah tiada. "Selain itu, saya ada juga mendapat beberapa tawaran lakonan tetapi terpaksa ditolak kerana jadual kerja yang diberikan tidak bersesuai dengan jadual harian saya," katanya. Fauziah yang lebih mesra dengan panggilan Gee ditemui sewaktu majlis pengenalan duta kempen kesedaran kanser iaitu Let's Rock Cancer Malaysia, baru-baru ini. Tambah Gee lagi, setelah beberapa tahun berehat daripada publisiti, perasaan rindu untuk membuat persembahan dan tampil dengan karya terbaru itu semakin menebal dalam diri. "Sekali sekala perasaan rindu untuk bernyanyi di atas pentas, di hadapan ratusan dan ribuan peminat itu ada juga. "Buat waktu ini, saya bahagia dengan hidup yang dilalui di mana saya banyak melibatkan diri dengan kerja-kerja amal selain turut terlibat dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi bersama kumpulan Lady Biker's Malaysia. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |