Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Posted: 01 Oct 2013 10:44 PM PDT DUNGUN 2 Okt. - Seorang atlet lumba basikal Terengganu, Mohamad Asmui Ali @ Awang, 20, maut dirempuh van pengiring setelah beliau terjatuh di Kampung Batu Tiong, Pulau Serai di sini pagi ini. Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi ketika mangsa bersama sekumpulan berbelas pelumba dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju Kuantan. Atlet yang difahamkan di bawah Majlis Sukan Negeri Terengganu dan rakan-rakannya itu dikatakan akan menyertai pertandingan di Sepang Ahad depan. Ini merupakan insiden kedua yang meragut nyawa pelumba di negeri ini pada tahun ini setelah seorang atlet pelapis lumba basikal bawah 15 tahun maut digilis treler di jambatan Kampung Guntung, Tepoh, Kuala Terengganu 5 Jun lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Muhammad Syafiq Imran Syahril, 15, dan 45 pelumba lain menjalani latihan harian dari pusat bandar raya apabila dia terjatuh di laluan bertentangan. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 01 Oct 2013 09:55 PM PDT GERIK 2 Okt. - Tiga penjenayah yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah termasuk bunuh dan samun, ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Intan dekat sini awal pagi ini. Dalam kejadian pada pukul 1.40 pagi itu, polis terpaksa menembak kesemua suspek berusia 26 hingga 28 tahun itu setelah mereka melepaskan tembakan ke arah polis yang cuba menahan mereka. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |