{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Jenayah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Jenayah


Polis maut ketika tahan penunggang motosikal

Posted: 26 Oct 2013 10:39 PM PDT

JOHOR BAHRU 27 Okt. - Seorang anggota polis berpangkat Konstabel maut selepas terjatuh daripada motosikal ketika cuba menahan seorang penunggang motosikal di Jalan Loo Hong Jung, Pandan di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Wahib Musa berkata, ketika kejadian pukul 2.15 pagi itu, mangsa, Jucille Juin, 23, bersama seorang lagi anggota sedang meronda di kawasan berkenaan apabila terserempak dengan suspek dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, anggota tersebut cuba menahan suspek berusia 21 tahun yang enggan memberhentikan motosikal menyebabkan motosikal mangsa dan suspek bergesel sebelum mangsa terjatuh dan melanggar tiang lampu jalan. - UTUSAN ONLINE

Suspek kes tikam positif dadah

Posted: 26 Oct 2013 10:32 PM PDT

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Suspek kes tikam empat orang awam yang mengakibatkan dua daripada mereka menemui ajal berhampiran dua stesen LRT di Wangsa Maju, Khamis lalu disahkan positif dadah.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika ditemui pemberita pada majlis pengebumian salah seorang mangsa di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat