Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Lelaki lembam rentung dalam kebakaran Posted: 28 Oct 2013 10:06 PM PDT PAGOH 29 Okt. - Seorang lelaki yang dipercayai lembam ditemukan rentung dalam satu kebakaran di Kampung Parit Haji Naib Khadir di Bukit Pasir, dekat sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira puKul 12.05 pagi, Hafizi Ahmad, 40, dipercayai terperangkap dalam kebakaran semasa tinggal seorang diri. - UTUSAN ONLINE |
Op Cantas Khas di perairan 4 negeri Posted: 28 Oct 2013 11:59 AM PDT Oleh SHAFURA ASHIKIN SUFFIAN MOHD. Yusof Abdullah memeriksa kad pengenalan seorang penumpang feri dalam Op Cantas Khas di Pelabuhan Klang, Selangor, semalam. - UTUSAN/SHAFURA ASHIKIN SUFFIAN PELABUHAN KLANG 28 Okt. - Polis Marin menangkap seramai 22 individu dan merampas barangan bernilai RM305,000 sepanjang Op Cantas Khas di perairan empat buah negeri sejak 17 Oktober lalu. Komander Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Mohd. Yusof Abdullah berkata, operasi melibatkan kawasan perairan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor dengan seramai 3,935 individu telah diperiksa termasuk penduduk tempatan dan warga asing. Selain itu katanya, sebanyak 488 buah jentera air termasuk bot, sampan, perahu dan kelong turut diperiksa. "Kesemua tangkapan dibuat atas pelbagai kesalahan antaranya mengikut Akta Kastam, Akta Imigresen, Ordinan Perkapalan Saudagar, Akta Dadah Berbahaya, Akta Kawalan Bekalan dan Akta Bahan Letupan. "Polis Marin telah memainkan peranan penting dalam operasi ini untuk membanteras kegiatan jenayah di perairan Kuala Perlis sehingga ke Selangor," katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan Polis Marin Pulau Indah, di sini hari ini. Mohd. Yusof berkata, antara kejayaan operasi tersebut adalah rampasan 21,600 biji pil kesihatan iaitu Hemaviton Stamina Plus sekali gus menumpaskan sindiket penyeludupan racun terkawal pada 23 Oktober lalu. "Pada hari yang sama juga Polis Marin menumpaskan kegiatan penyeludupan minyak diesel sebanyak 800 liter di Pelabuhan Klang dan merampas sejumlah mercun di Kampung Acheh, Sitiawan, Perak yang disimpan dalam stor di sebuah rumah. "Kegiatan penyeludupan yang dilakukan itu untuk mengelak daripada dikenakan cukai," katanya. Op Cantas Khas dilancarkan oleh PDRM sejak 17 Ogos lalu, bertujuan membanteras kegiatan kongsi gelap, senjata api, pembunuhan, rompakan dan jenayah lain yang meningkat. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |