Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Penjenayah cedera ditembak polis Posted: 03 Oct 2013 09:07 PM PDT SUNGAI PETANI 4 Okt. - Seorang penjenayah cedera ditembak polis dalam kejadian di Taman Keladi di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam itu, suspek yang berusia 18 tahun berkenaan cedera di bahagian bahu ketika cuba melarikan diri selepas diarahkan menyerah diri. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, kejadian bermula apabila anggota polis peronda terserempak dengan sebuah kenderaan yang dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di Taman Sejati Indah. Katanya, anggota polis peronda terbabit kemudian membuat semakan status kenderaan dan mendapati kereta tersebut pernah digunakan untuk melakukan samun dan rompakan bersenjata. "Suspek diminta memberhentikan kenderaan, namun mereka tidak berbuat demikian, sebaliknya terus memecut laju. "Polis terpaksa mengejar kenderaan tersebut sejauh dua kilometer hingga ke Taman Keladi. Dalam keadaan kelam-kabut itu, polis melepaskan tembakan dan mengenai bahu kanan salah seorang suspek,'' katanya ketika dihubungi di sini. - UTUSAN Khalil memberitahu, seleas menyedari rakan mereka ditembak, dua lagi suspek bertindak memberhentikan kenderaan sebelum melarikan dir. "Polis yang melakukan pemeriksaan menjumpai beberapa parang dan senjata tajam dipercayai digunakan suspek untuk melakukan samun,'' katanya. Tambahnya, suspek yang cedera itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut. Polis turut melancarkan gerakan memburu dua lagi suspek yang berjaya melarikan diri. - UTUSAN |
Wanita ditipu sindiket RM1.74j Posted: 03 Oct 2013 11:01 AM PDT Oleh FARHANA JONI SIBU 3 Okt. - Gara-gara percaya dirinya menjadi buruan pihak berkuasa Hong Kong kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram, seorang suri rumah tidak teragak-agak membayar wang lebih RM1 juta untuk membersihkan namanya kepada satu sindiket yang memperdayakannya melalui panggilan telefon. Menurut sumber, mangsa hanya dikenali sebagai Ling menerima panggilan telefon daripada empat individu yang mendakwa diri masing-masing dari Hang Seng Bank, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia, Jabatan Hasil Dalam Negeri dan peguam berasal dari Hong Kong pada Mei lalu. Beliau berkata, keempat-empat individu terbabit mengatakan Ling kini menjadi buruan pihak berkuasa Hong Kong kerana terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram. "Bagi membersihkan namanya, Ling dikehendaki membayar sejumlah wang yang dimasukkan ke dalam beberapa akaun yang diberikan. "Akibat percaya dan takut dikenakan tindakan undang-undang, Ling telah melakukan 62 transaksi wang ke dalam beberapa akaun berjumlah RM1,746,434 sejak 2 Mei hingga September lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Sumber berkata, Ling memasukkan wang tersebut ke dalam bank tempatan seperti Public Bank Berhad, CIMB, Maybank, Hong Leong Bank, RHB Bank dan Ambank. Beliau berkata, suri rumah terbabit membuat pembayaran itu selepas menerima sepucuk surat berbahasa Mandarin didakwa dari Jabatan Hasil Dalam Negeri Hong Kong memaklumkan dia mempunyai hutang sebanyak HK$880,000 (RM362,633.04). "Akibat bimbang dan takut dengan ugutan 'pihak berkuasa' Hong Kong itu, mangsa meminjam wang daripada suaminya lebih RM300,000 dan menjual barang emas dimiliki seberat lebih tujuh kilogram. "Suami mangsa berusia 61 tahun yang bekerja sebagai jurugambar berasa hairan apabila isterinya menangis dan meminta bantuan kewangan. "Dia terkejut apabila mendengar cerita isterinya lalu membawa wanita itu membuat laporan di Balai Polis Sentral Sibu pada pagi ini setelah mengesyaki menjadi mangsa penipuan," katanya. Pasangan yang mempunyai dua anak berusia 12 dan 18 tahun itu ditemani peguam mereka semasa membuat laporan polis. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |